Hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan. Korang buat apa tu kat rumah?ada yang dah start bosan sebab tak bebas nak keluar jalan-jalan. Kalau tak mau, perintah kawalan pergerakan ni dilanjutkan sama-sama la kita ikut arahan untuk #stayathome dari 18 Mac - 31 Mac 2020.

Kalau sebelum ni nak ke mana-mana bebas bergerak. Sekarang semua terbatas. huhu. Tu pun ada juga yang degil, keras kepala. Ingat kerajaan saja suka-suka ke keluarkan arahan ni, weiiii..Tujuan utama nak putuskan virus Covid-19 dari terus merebak. Tapi ada yang ambil sambil lewa je. Keluar balik kampung la, jalan-jalan la..nak ke mana..semua tempat tutup. mall?tak silap k.fiezz cuma kedai, pasaraya yang jual barangan keperluan je buka.

MELAYAN NETFLIX

eh..membebel pula. okey, berbalik pada tajuk entry. K.fiezz melayan Netflix sebab kat rumah tak ada Astro. So duk buka Netflix je lah. Siapa ada langgan Netflix kat rumah, kita geng..Cerita-cerita kat Netflix best. Selalunya k.fiezz pilih genre thriller. Suspence tengok cerita thriller ni..Kena concentrate kalau melayan genre thriller ni sebab tertinggal sikit, dah tak paham. Kalau k.fiezz tertinggal mana-mana babak, patah balik.

tapi tak semestinya genre thriller  je k.fiezz layan..Selalunya k.fiezz baca info/sinopsis dulu sebelum tengok mana-mana cerita.

Kat Netflix ni kita boleh tahu cerita ni sesuai untuk tontotan seisi keluarga atau suami/isteri sahaja sebab nanti bila dah buka mana-mana cerita yang kita nak, ada keluar cerita tu kategori apa?language, sex, nudity, violence..

So yang mana ada anak-anak tu, kena pandai lah pilih cerita. Nak selamat pilih cerita bawah genre family/children. Selamat..

Yang cerita dalam kategori sex, nudity, violence layan masa anak-anak dah tidur..

FIFTY SHADES FREED

Baru ni k.fiezz melayan movie Fifty Shades Freed. K.fiezz baca info cerita ni macam best. So moh la tengok. best ke idak?

dan cerita ni bawah kategori sex, nudity, language..Kat rumah tak ada budak-budak, jadi okey je lah layan cerita ni..haha

SINOPSIS Fifty Shades Freed

Cerita ni berkisar pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Si suami (Christian Grey) seorang businessman dan juga seorang billionair. Manakala si isteri (Anastasia Steele) bekerja sebagai executive di sebuah syarikat.  

Baru sahaja mendirikan rumahtangga, Chris & Ana melayari rumahtangga yang bahagia & penuh mewah. Tetapi ada gangguan dari masa lampau yang bakal mengugat rumahtangga mereka.

Bulan madu Chris & Ana dipendekkan selepas ada pencerobohan di pejabat Chris dan ada fail yang dicuri. Hasil dari rekod kamera security, identiti penceroboh tersebuat adalah Jack Hyde, Ana ex-boss yang telah di pecat kerana gangguan seksual. Dan dalam masa sama, Chris mengupah seorang bodyguard untuk ana.

Chris membuat kejutan pada Ana dengan membeli sebuah rumah baru dan mengupah seorang arkitek yang menggoda, Gia Matteo untuk membina & mengubahsuai semula rumah tersebut. Gia ni gatal sebab selamba menggoda Chris di depan Ana semasa sesi perbincangan mereka. Jadi ana mengambil tindakan mengugut Gia untuk pecat dia kalau dia berterusan menggoda Chris.

Semasa Chris keluar negeri untuk urusan bisnes, Ana melanggar arahan Chris untuk terus balik ke rumah selepas kerja. Dia keluar dengan Kate untuk minum. Kate ni dating dengan abang Chris iaitu Elliot. Dan mulanya Ana ingat Gia ada hubungan dengan Elliot sebab dia pernah ternampak Gia dengan Elliot. Lepas sesi minum-minum dengan Kate, Ana balik ke rumah dan sampai di rumah,  Jack Hyde cuba menculik Ana. Dan nasib Ana baik, security team yang diupah Chris menjalankan tugas dengan baik. Cubaan menculik tersebut gagal. Selepas Chris balik dari business trip, Chris marah dengan Ana sebab ingkar arahan dia. dan berlaku pertingkaran sebab Ana tak suka cara Chris yang mengonkong & mengawal kebebasan dia. Selepas pertengkaran, Chris buat kejutan dgn bawa Ana bercuti ke Aspen, bersama kawan-kawan Ana dan abang Chris, Elliot. Dan semasa di Aspen, Elliot melamar Kate & diterima..dan baru Ana tahu yang dia syak Gia ada hubungan dengan Elliot tu, salah. 

Okey, part mana yang ada 18sx dalam cerita ni.

Well, well Chris mempunyai obsesi atau fantasi seks. Dan dia mempunyai satu bilik khas di rumah yang lengkap dengan segala kelengkapan untuk 'bermesra'..haha...Setiap kali Ana dan dia nak 'bermesra', diaorang akan masuk ke bilik ni. dan menggunakan segala peralatan yg ada untuk memenuhi fantasi Chris dan Ana hanya melayan je..haha..isteri kena lah ikut cakap suami..eh, gitchuuu..haha

Part 18sx tu, korang lajukan la masa tengok..haha..

Gangguan Jack Hyde tak berhenti setakat ni, dia terus menggangu Chris & Ana..dan kenapa Jack menganggu diaorang?Apakah gangguannya?tengok lah sendiri. Tak thrill la cerita,kan..hehe

Plot Twist

Tadi ternampak ada seorang kawan fb k.fiezz update, cerita ni no.1 trending di Malaysia dalam Netflix..haha..Nampak tak Perintah Kawalan Pergerakan punya penangan. Haha..Mau lepas habis sesi quarantine ni, isteri-isteri memboyot 9 bulan..haha..

K.fiezz komen di status kawan ni, dia tanya kalau plot twist Ana dengan Jake Hyde, dan Jack ada fettish macam Chris. Camna?K.fiezz jawab scary..haha..

Eh..men Google juga tadi..apa maksud Fettish ni?dah tahu maksud dia, baru k.fiezz berani komen scary..haha..

Fettish ni bermaksud Minat, hobi, kesukaan, obsesi pelik..


Yup, sebab dalam cerita ni Chris ada obsesi pelik dengan seks..so bila kawan k.fiezz tanya kalau plot twist macamana..kalau Jack yang ada obsesi macam Chris & Jack miskin..haha..terus k.fiezz jawab scary..haha..dasar mata RM sangatkan walaupun cerita je..Sebab Chris kaya, okey je dia ada obsess gitu..kalau si Jack, scary...dasar RM..haha..


RATING Fifty Shades Freed

Jalan cerita dia best, menarik..ada unsur suspence sikit masa Jake ugut Ana untuk minta duit tebusan 5juta..eh, tercerita pulak sikit..haha..kenapa Jake minta Ana duit tebusan tu, pi lah layan sendiri...

Overall jalan cerita dia 4/5..Boleh di tonton cuma tak sesuai di tonton bersama anak-anak, mak ayah yang dah berusia,keluarga..sebab scene 18sx dalam cerita ni boleh tahan banyak kali. Sesuai di tonton dalam bilik bersama pasangan..lebih afdal gitu..hehe...

1 Comments

  1. Erkk ingatknn50shade yg satu lagi hik hik.. best jln cite

    ReplyDelete