Terbaca pasal ni, ada kenalan k.fiezz kongsikan di facebook. Tertarik nak kongsikan kat sini untuk reminder pada k.fiezz juga sebab k.fiezz antara yang ada masalah pcos atau masalah kesuburan. Berkait rapat juga dengan masalah hormon estrogen berlebihan.

Untuk yang tak tahu, PCOS ni keadaan yang menyebabkan telur-telur tidak membesar mengikut saiz yang sesuai untuk disenyawakan. Ada telur tapi saiz-saiz nya kecil. Kadang walaupun setiap bulan datang haid tapi tak semestinya kita subur dan ada pengeluaran telur. Faktor pemakanan & cara hidup menyebabkan punca kepada masalah ni.

HORMON ESTROGEN & HORMON PROGESTERONE.

Seperti yang semua sedia maklum atau bagi yang tak tahu, dalam badan kita ni ada hormon Progesterone..hormon Estrogen..Kedua-dua hormon ni penting untuk sistem reproduksi kita..Tetapi kena seimbang kedua-duanya..Kalau terlebih, akan menyebabkan masalah kesihatan. Macam hormon estrogen berlebihan ni. 


“Hormon estrogen berlebihan adalah keadaan di mana estrogen seseorang melebihi hormon progesteron. Keadaan ini menyebabkan estrogen akan mendominasi jika badan tidak menghasilkan hormon progesteron yang cukup.
“Jika keadaan ini berlaku, anda akan mendapat gejala seperti berat badan berlebihan, keguguran rambut, cepat letih, punca sukar hamil, jerawat, sentiasa lapar, sindrom ovari polisistik (PCOS) dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan Prima Nora miliknya baru-baru ini.
Menurutnya, hormon estrogen berlebihan tidak disebabkan baka atau keturunan semata-mata tetapi lebih kepada gaya hidup serta amalan pemakanan seseorang.
Sumber dari - HarianMetro

Di bawah ni, boleh baca penerangan lebih detail makanan-makanan yang boleh diambil untuk mengawal Hormon Estrogen berlebihan..

Sebelum tu jom kenal sikit hormon Estrogen ni. K.fiezz explain dari pemahaman k.fiezz..Kalau tersalah mana-mana fakta, boleh komen di ruangan bawah ni..

HORMON ESTROGEN 

Estrogen merupakan hormon utama terutama untuk wanita bagi menonjolkan sifat wanita seperti bentuk badan, payudara serta kitaran haid setiap bulan yang menjadi pengukur kepada kesuburan wanita.

Manakala untuk lelaki, hormon estrogen ada tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Dialirkan oleh darah menuju ke pelbagai organ dalam badan untuk menjalankan fungsi masing-masing.

BAGAIMANA HORMON ESTROGEN BOLEH JADI BERLEBIHAN?

Disebabkan faktor pemakanan & cara hidup kita sekarang yang semua serba nak cepat. Malas masak..Ada fast food, frozen food..Lepas tu makanan / produk yang ada campuran bahan kimia, perasa, pewarna..Penggunaan gadget. Semua yang menyumbang kepada masalah kesihatan bila diambil secara berterusan dan dalam jangka masa panjang.


Setengah makanan saperti dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen.

Bahan plastic dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.. Penggunaan pil perancang, kosmetik dan produk-produk berbuih juga penyebab hormon estrogen berlebihan.


Xenoestrogen ni adalah ‘hormon xeno’ yang serupa seperti hormon estrogen dan terdiri daripada bahan asli yang diperbuat daripada tauhu,tempe,bahan sintetik seperti bahan kimia bagi menghasilkan plastik dan boleh diperoleh daripada persekitaran seperti makanan, air manakala  kimia daripada industri pertanian dan penternakan.
Xenoestrogen?Apa pula ni k.fiezz?Okey, xenoestrogen  ni sebenarnya estrogen palsu dalam badan. Dia merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan. Risiko serius untuk wanita adalah kanser payudara, rahim, endiometrosis dan fibroid. Bagi lelaki pula boleh menyebabkan kanser prostat, serangan sakit jantung, angin ahmar dan nyanyuk.

Serta penyakit lain seperti obesiti, kencing manis dan punca sukar hamil.
So macamana cara untuk stabilkan hormon ni?Melalui pemakanan dan lifestyle yang sihat.

Bawah ni, makanan-makanan bagi mengawal gejala berlebihan estrogen.

HORMON BERLEBIHAN ESTROGEN MENYEBABKAN PENYAKIT

Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan. Diantaranya ;


1. Tumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
2. Tumbuhan adenoma dan kanser payudara.
3. Kemandulan dan sukar hamil.
4. Perdarahan rahim.
5. Pada lelaki menyebabkan lemah tenaga batin dan 'pondan'

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovary, adrenal dan lemak badan.

MAKANAN-MAKANAN YANG BERTINDAK SEBAGAI ANTI ESTROGEN

Makanan-makanan ini mengadungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan2 lain saperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.

1. Buah delima/promagenate.
2. Sayur2 broccoli, kobis, califlour, bak choy, raddish.
3. Minyak zaiton.
4. Cendawan.
5. Anggor merah dan biji.
6. Oats
7. Teh hijau.
8. Buah2 citrous - lemon, limau nipis, grape fruits
9. Kacang2 almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.
10. Bawang merah.
11. Kunyit.
12. Spirulina, chorella
13. Sayur2 hijau , sawi, bayam, salad dll.
14. Minyak kelapa dara.
15. Bawang putih
16. Kucai dan celery
17. Berries - blue berries, black currant.
18. Maca
19. Fax seeds
20. Makanan2 fermented - yogat, tapai, kimchi. Bekalkan probiotik atau good bakteria.

Google - hamidarshat45

Bila tengok senarai atas ni, ada antaranya k.fiezz tengah cuba amalkan..Sis cuba..sebab sedar diri k.fiezz kategori yang agak susah untuk pregnant .

Ni antara sebab k.fiezz jarang kongsi my struggle dengan orang lain yang tak faham dan tak berada dalam situasi k.fiezz..Yang tak berada situasi macam k.fiezz dan PCOS-er yang lain, memang tak akan faham. Lagipun malas nak cerita lebih-lebih sebab nanti dibandingkan dengan orang lain 'ala...si polan tu period jarang2 keluar, pregnant je.'..'si polan tu gemuk, boleh je pregnant'..so dari kita rasa annoying dibanding-bandingkan gitu, baiklah tak payah cerita..Macam k.fiezz cakap tadi, orang yang tak berada dalam kasut kita..tempat kita, takkan faham. Cerita lah macam mana pun..huhu..Biarlah kita buat senyap-senyap je usaha kita tu..Nanti dah dapat hasil, baru tunjuk..hehe..Insyaallah..Moga dimakbulkan Allah, doa k.fiezz & PCOS-er lain yang sedang menanti zuriat masing-masing..Aamiin..

Kalau  korang nak tahu lebih detail mengenai PCOS, masalah kesuburan boleh google je. K.fiezz nak cerita, k.fiezz bukan pakar atau orang yang sesuai untuk share. Sebab info yang k.fiezz dapat serba sikit ni pun melalui pembacaan sana sini.

Ni pun k.fiezz dapat info dari FB. Tertarik nak kongsi di sini untuk reminder pada k.fiezz juga..

3 Comments

  1. Thanks kongsi info ni kak. fiezz... Insyallah... bila sampai waktunya, Allah akan bagi..Aminn..

    ReplyDelete
  2. Thanks atas perkongsian. Sy pun PCOS-er TTC 7 years.

    ReplyDelete
  3. apatah lagi sekarang kan banyak fast food :(

    ReplyDelete