Hari Isnin baru ni, Perdana Menteri dah keluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk kawal penyebaran virus COVID-19 dari terus merebak.

Setakat ni jumlah kes keseluruhan yang telah dijangkiti di Malaysia dah meningkat 790 kes. Dari 790 kes, kes yang sedang dirawat 728 manakala yang dah sembuh atau discaj 60 kes. dan 2 kes kematian. 

So penularan ni merisaukan semua rakyat Malaysia. Macam k.fiezz sendiri, k.fiezz pengguna LRT. Risau weii naik LRT nak sentuh apa-apa. Tapi nak mencari rezeki, nak tak nak memang kena guna pengangkutan awam. Cuma sejak menularnya kes COVID-19 ni, bff dengan hand sanitiser. Mask dah SOLD OUT. Cari kat mana-mana pun dah habis. Jadi kita protect diri sendiri dengan hand sanitiser memandangkan virus COVID-19 berjangkit melalui sentuhan. 

ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

So baru-baru ni, bila PM keluarkan arahan perintah kawalan pergerakan, rasa lega sangat. Duduk kat rumah, kerja dari rumah. Tak payah keluar naik pengangkutan awam. fuhhhh...

Perintah Kawalan Pergerakan ni bermula dari 18 Mac 2020-31 Mac 2020..

Tapi cuti selama 14 hari yang di beri ni tak bermakna boleh jalan-jalan, melancong pula..

Cuti yang diberi ni kena kuarantin diri masing-masing kat rumah untuk mengelakkan virus ni tersebar dari terus merebak.

Melalui perintah kawalan pergerakan ni juga, dilarang berkumpul beramai-ramai sebab nak elakkan virus ni dari tersebar. Memandangkan kita tak tahu antara ramai-ramai ni, siapa yang jadi carrier virus COVID-19. 

BORANG KEBENARAN KELUAR DARI KEDIAMAN 

Semalam juga keluar arahan untuk yang nak keluar dari kawasan kediaman, boleh isi borang keluar di Balai Polis berdekatan.. 

Dah malam tadi berpusu-pusu memasing beratur kat Balai Polis pula semua duk sibuk nak balik kampung..Dah berkumpul ramai-ramai macam tu, sedar tak korang mendedahkan diri korang dengan virus COVID-19. sebab kita tak tahu antara yang ramai-ramai tu siapa carrier?Haritu beramai-ramai pi pasaraya panic buying. Berkumpul ramai-ramai macam tu lagi senang terdedah dengan virus COVID-19..

adeh..Korang dah kenapa, weiii?Suruh duk rumah sendiri kot.. Bukannya hantar duk kat penjara..Panas ke apa duk rumah sendiri?

Perintah Kawalan Pergerakan suruh duduk dalam kawasan rumah atau bahasa senang nak faham, duduk di kediaman masing-masing. eh, semalam berlumba-lumba masing-masing ke balai polis nak isi borang kebenaran keluar nak balik kampung. adeh..

VIRUS BOLEH TERSEBAR BILA MASING-MASING PENTINGKAN DIRI

Korang sedar tak, bila masing-masing pentingkan diri macam ni berlumba-lumba nak balik kampung virus tu tersebar lagi cepat. On the way nak balik kampung tu, kita mesti ada berhenti rehat kat R&R, isi minyak, pi toilet. So kita dah sentuh macam-macam kat situ dan mungkin ada virus tu..Balik kampung kita pegang, sentuh, salam pula orang tua kita, jiran-jiran, sedara-mara, adik beradik.. Jadi korang rasa virus tu tersebar ke idak?

Dah kat kampung pula kes COVID-19 ni merebak. 

Kes COVID-19 ni paling tinggi kes di KL & Selangor. Dan semalam yang ramai balik kampung orang KL & Selangor. Korang rasa. Lepas ni merebak lagi tinggi kat negeri-negeri pulak. Minta dijauhkan tapi tak mustahil kalau masing-masing pentingkan diri..

Macamana nak tercapai misi kerajaan untuk hentikan VIRUS ni dari merebak?

Tadi PM buat perutusan khas lagi sekali sebab tengok keadaan semalam masing-masing sibuk nak balik kampung.  Adeh.

Yang k.fiezz confuse, hari selasa tu masing-masing panic buying menyerang segala pasaraya shopping barang-barang makanan/keperluan sebab risau kalau kerajaan keluarkan perintah kawalan pergerakan ni. Dah kerajaan keluarkan arahan, bagi kelonggaran bekerja dari rumah masing-masing gelabah tetek nak balik kampung.  Allah..tak faham lah korang ni..

CUTI 14 HARI BUKAN CUTI REHAT

Cuti yang diberi arahan oleh Kerajaan kepada kita semua ni tak kisah lah kerajaan atau swasta, bukan cuti rehat tau. Cuti tak perlu keluar bekerja tapi kena kerja dari rumah la weiii..Standby kat rumah. Buat kerja dari rumah. 

SETUJU POLIS TANGKAP ORANG YANG PENTINGKAN DIRI NI

Ada kawan k.fiezz up status suruh polis tangkap orang yang pentingkan diri ni?betul, k.fiezz setuju. Pentingkan diri sangat..Tangkap, sumbat je duk dalam lokap..Padan muka..

2 Comments

  1. semoga kita smua dilindungi dr wabak covid19

    ReplyDelete
  2. Dah nampaknytend dah.. aishh org Malaysia ni

    ReplyDelete