Mencuba Menu Tuuu Dia Pak Tam
Jalan2 Cari Makan di PPUM Isnin baru ni. Amboi sampai dalam hospital jalan-jalan cari makank.fiezz nya ooii..Kebetulan uoll..K.fiezz teman mr hubby ke PPUM ada check up susulan. Kitaorang pi ke hospital pun dah 10 lebih.. Pagi tu k.fiezz cuma lapik perut makan karipap & roti cicah dengan air teh je. Mr hubby minum air kosong je sebab kena puasa. Ingatkan kena ambil darah. Tu yang puasa.
Sekali tunggu dr sampai lepas lunch, dah kelaparan tahap apa je. dan lagi best, Dr tak ambil test darah pun..haha..Penat mr hubby puasa dah berapa jam..dari malam semalamnya. Cuma minum air je..
keluar dari bilik Dr, tak ada kena ambil ubat ke apa..Kitaorang terus je lah nak ke parking. dan on the way nak ke parking tu, ada lalu kedai makan Pak Tam dalam kawasan PPUM ni. Dekat je dari tempat yang mr hubby jumpa Dr..So singgah je lah makan kat situ. Laporrrr weiii..
TUUU DIA....PAK TAM
Glamour dah kedai Tuuu Dia...Pak Tam ni. Merata ada. K.fiezz kenal kedai ni kat R&R yang menghala ke Utara. Kalau tengok kat R&R tu, semedang je kedai ni penuh. Sedap la kot. Agaknya lah. Sebab k.fiezz pun tak pernah makan kat kedai ni.
So first time cuba makan kat kedai Tuuu Dia..Pak Tam ni..
K.fiezz order Nasi Kandar + Ayam : RM7.50
Air Teh O Ais : RM1.80
Mr hubby order Nasi Bukhara Daging : RM14.00
Air kosong (2 gelas) - RM0.30
REVIEW K.FIEZZ
Tak tahu lah sebab kitaorang lapar ke apa..haha..tapi dua-dua set ni sedappp..ada rasa dia. Cukup segala rempah-ratus..Berbaloi sesekali layan makan ..
Korang nak cuba menu-menu PAK TAM ni boleh check it out kat Cawangan dia yang merata ada..Cuba je lah google..
Korang nak cuba menu-menu PAK TAM ni boleh check it out kat Cawangan dia yang merata ada..Cuba je lah google..
2 Comments
liez pernah makan yg dekat selayang.. lauk pauk dia byk betul tapi kena datg seawal jam 11pg..sbb klau lewat mmg penuh org
ReplyDeletesedapppnyaaa lapar lah pulak hehehhee
ReplyDelete