Best lah Silkygirl Fix It Stick Concealer Ni
Perempuan bila dah start main dengan mekap ni. Bila barang mekap tak cukup atau stok sedia ada dah habis, kena top up la jawabnya. mahal ke murah ke?kena beli. Kalau tak, rasa tak lengkap mekap tu,kan?
haha..so minggu lepas misi mencari Concealer..
CARI CONCEALER BARU
Sebab concealer Althea k.fiezz guna sekarang dah habis...uwaaa..nak order baru yang Althea ni makan masa 2-3 minggu juga sebab kena order online sebab brand Althea ni dari Korea. Tu yang makan masa sikit..
Kalau gitu, cari concealer kat Watson/Guardian atau tempat kegemaran k.fiezz, SOGO je lah..
Dalam SOGO ada section kecantikan. Mesti ada jual concealer, kan? tunggu gaji, k.fiezz pi terjah...
Haritu sebelum gaji ada ternampak sale concealer jenama RIMME ke RIMMEL..tak ingat macamana ejaan dia..tapi antara dua ni lah ejaan dia. Masa tu nampak harga dia RM10 je..tapi tapi tak beli sebab belum gaji masa tu.
MASUK SOGO CARI CONCEALER..
Minggu lepas, dah gaji..k.fiezz masuk SOGO nak cari concealer RIMME / RIMMEL yang sale RM10 tu.. Tapi dah habis..ishhh..sabar je, tau..Orang baru dapat gaji, dalam akaun ada kaching kaching. Barangnya SOLD OUT..hmmm
Sokay, dalam SOGO kat tingkat 1 ada outlet REVLON, MAYBELLINE. Kadang kat situ, ada juga diaorang buat SALE..Dan kebetulan masa k.fiezz ke situ, ada SALE..50% diskaun kalau tak silap. Antara jenama yang ada REVLON, MAYBELLINE, SILKY GIRL..Jomm lah terjah...
Cari punya cari, jumpa silkygirl fix it stick concealer ni. Halahhh nak ambik ke tak ni? tak biasa guna jenis stick-stick ni..Senang ke nak guna?Berbelah bahagi nak ke tak?Nak tak nak nak tak nak, penyudahnya ambil juga..hehe..Dasar perempuan,kan..hehe...
Cuba je lah guna..Tak cuba tak tahu kan. Ambil satu dulu. Kalau okey, baru beli satu lagi untuk letak dalam make up bag yang di pejabat.
Harga silkygirl fix it stick concealer tengah sale masa ni cuma RM8 je. Harga asal RM16 (kalau tak silap.k.fiezz tengok dalam website..
Silkygirl Fix It Stick Concealer Review
So macamana hasil dia best ke tidak? serius best... Suka sangat dengan silkygirl fix it stick concealer ni. Senang sangat nak guna. Warnakan pada part kita nak cover up,dan tadaaa.. dia berjaya tutup bahagian tu. Eh lepas warna tu, ratakan tau..Jangan bior pula gitu..Kang kena gelak dengan orang lain. haha
Fungsi concealer ni untuk yang tak tahu, meh k.fiezz explain secara ringkasnya..
FUNGSI CONCEALER
Concealer ni untuk menutup kawasan-kawasan yang kita tak nak orang tegur 'eh..parut apa tu..' , 'hitam lah bawah mata awak. tak cukup tidur yeak'..lebih kurang gitu lah..maksudnya untuk tutup parut-parut jerawat, lebam bawah mata & juga untuk tutup kawasan kening yang kita tak warnakan / lukis dengan pencil kening. Tak nak lah nampak bersepah kawasan kening yang tak di warnakan dengan pencil tu. Paling penting untuk nampak kawasan kening lebih kemas. Jadi kita tutup dengan concealer.
KEGUNAAN CONCEALER.
So untuk k.fiezz, concealer ni k.fiezz guna di 2 kawasan utama area muka. Satu di kening untuk tutup kawasan yang tak diwarnakan/lukis dengan pencil. Dua untuk tutup lebam / kawasan gelap bawah mata..
Di kawasan lain, k.fiezz lebih suka guna Obsess Cushion Foundation yang berfungsi untuk menutup parut-parut jerawat di muka. eh..selit juga pasal obsess..hehe...jangan marah..Iklan Iklan..
NAK TUTUP KAWASAN YANG BERPARUT >> Guna Obsess Treatment Foundation
Sambung cerita pasal silkygirl fix it stick concealer ni.
Jom tengok sebelum dan selepas gunakan silkygirl fix it stick concealer..
Warnakan di kawasan yang berkenaan..Ratakan..
Kemudian dap dap dengan bedak. Macam k.fiezz guna Obsess Cushion Foundation. Atas ni gambar sebelum..
Love it..Jenis stick. First time guna...Memang puas hati sangat..
Hasilnya..Selepas.. Apa kata korang?cantik tak?
Nampak tak kawasan yang ditutup dengan silkygirl fix it stick concealer tu? Tak nampak sangat,kan?
REKOMEN SANGAT!!
So untuk korang pencinta mekap & dalam mekap beg wajib ada concealer ni . K.fiezz memang cadangkan sangat-sangat silkygirl fix it stick concealer ni. Confirm puas hati.
Dari 5 bintang. K.fiezz bagi markah penuh. yeayy..saya suka saya suka..
Dan k.fiezz dah beli lagi satu untuk letak dalam mekap beg di pejabat. Tengah SALE ni, baiklah kita beli je lebih.
1 Comments
Oh dah tak lama umi takda beli barang mekap. Haha. Last beli eyeliner silky girl. Tu pun dah patah bulan lepas 😓
ReplyDelete