Percutian singkat ke Kuala Sepetang, Taiping haritu kitaorang teruskan dengan aktiviti jalan-jalan cari makan di Pekan Taiping pula. Cari Cendol. Kalau tengok di Google, Cendol Ansari yang paling popular. Tapi selain Ansari, Bismillah Cendol pun antara yang top 3 terbaik..Jadi moh la kita pekena Bismillah Cendol.

BISMILLAH CENDOL

Lokasi kedai ni di tengah pekan Taiping & parking ada di depan kedai. Cuma parking jadi rebutan sikit. Sebab k.fiezz rasa parking sentiasa penuh. 

Kedai Bismillah Cendol ni tak besar sangat pun. Ada di sediakan meja dan kerusi cuma limited untuk satu-satu masa dalam 20 orang je lebih kurang. Dan orang sentiasa keluar masuk kedai ni. Kena beratur untuk dapat tempat duduk. Jadi bila dah habis makan & minum cendol, cepat-cepat lah bangun untuk bagi pada orang lain yang tengah tunggu cari tempat kosong.

MENU BISMILLAH CENDOL

>> Cendol Biasa / Pulut / Kacang Merah
>> Pasembur

Depan kedai Bismillah Cendol ni ada orang jual laksa dari atas motor. Boleh je nak order sambil-sambil minum Cendol kat sini. 

K.fiezz order laksa dia..sedappp weii..rekomen sangat. K.fiezz punya level taste untuk laksa sikit cerewet. Sebab k.fiezz sebenarnya kurang gemar kalau beli laksa kat luar. K.fiezz suka yang mak masak & k.fiezz sendiri masak sebab selalunya laksa kat luar, samaada kuah cair atau tulang bersepah. Tapi yang laksa kat sini, memang sedap. Memenuhi tekak k.fiezz...tak ada tulang bersepah & kuah dia pekat. 

www.fiezasani.xyz

View dari hadapan kedai Bismillah Cendol

www.fiezasani.xyz

K.fiezz tak makan ke?sorry, diet ke tepi sikit. haha. Tengah tunggu cendol & laksa k.fiezz masa ni..

www.fiezasani.xyz

Cendol Kacang Merah. It's mine..


www.fiezasani.xyz

Laksaaa..Sedap..Rekomen sangat

Overall makan kat sini sedap, berbaloi & murah. Total makan kat sini >> 

4 Cendol Kacang + 1 Cendol Biasa  + 2 Pasembur - RM14.40
Laksa - RM4.00

Alamat 233, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Negeri Perak

7 Comments

  1. ala nampak laksa time gini pulak nyum nyum

    ReplyDelete
  2. Omg sedapnya cendol tu... Bila dalam pantang semua nampak mengiurkan. Bila bukan dalam pantang tak kisah pun.. Hahaha.. Dasar sangat!

    ReplyDelete
  3. nyummm cendol dan laksa. tiada berpisah ^_^

    ReplyDelete
  4. cuaca panas dpt cendol sedapnya

    ReplyDelete