Tertarik dengan talk Pegawai Psikologi dari Kementerian k.fiezz iaitu En Aswandi berkaitan topik atas ni.. 

K.fiezz tak pernah dengar talk yang Pegawai Psikologi kitaorang ni. Jadi k.fiezz tak tahu talk dia best ke tak?

Cuma pernah sebelum ni ada orang luar datang bagi talk ke Kementerian kitaorang. Orang tu tanya siapa Pegawai Psikologi kat Kementerian ni. Kitaorang jawab, En Aswandi. Terus dia cakap, 'wahhh uoll dapat the best psikologi officer'.. Kalau ada masalah, sila jumpa dengan En Aswandi ni..very suggested..Gitu la orang tu cakap..

K.fiezz macam..okey..tak kenal sangat En Aswandi ni cuma kitaorang satu level. Selalu lah terserempak kat Pantry atau nak pi toilet ke atau nak naik lif..Jadi senyum-senyum gitu je lah.

So harini kat Mesyuarat Agung PUSPANITA di Kementerian Kerja Raya, En Aswandi salah seorang yang akan bagi talk bertajuk 'Minda Cantik Peribadi Menawan'. Dan baru k.fiezz tahu kenapa orang tu cakap En Aswandi ni, the best psychology officer. Serius..he deserves. Dia bercerita dari segi pengalaman dan cara dia menyampaikan talk memang best tak bosan. 

APA YANG KITA FIKIR, ITU LAH HASILNYA

Apa yang dia sampaikan berkaitan topik atas ni, semuanya bermula dari minda. Kita fikir yang baik, baik lah hasilnya. Contoh paling simple yang diterangkan, kenapa penyanyi atau pelakon dalam real life  diaorang jadi macam lagu yang diaorang nyanyikan. 

Kalau kata penyanyi tu menyanyikan lagu putus cinta atau yang berkaitan dengan hubungan terlerai ditengah jalan, dalam real life penyanyi tu pun jadi seperti dalam lagu dia..tak caya?Cuba korang buat penyiasatan sikit.. Ada tak penyanyi yang menyanyi lagu-
lagu hubungan terputus di tengah jalan & dalam real life dia pun terjadi perkara yang sama. 

Okey, kalau kata lagu putus cinta tu subjektif takkan sebab asyik menyanyi lagu putus cinta, duk putus cinta je selalu. so kita tengok penyanyi dari luar negara yang lagu-lagunya berkisar pada bunuh diri. dan tengok real life penyanyi tu. Apa jadi?

Tadi ada lah di bagi beberapa contoh tapi tak mau lah k.fiezz mention kat sini. Nanti ai kena saman pula..hehe..so korang boleh buat penyiasatan sendiri (kalau rajin)...

Cuma point yang nak disampaikan di sini bila si penyanyi asyik ulang menyanyikan lagu dia, menda tu dah set dalam minda dia. Menyanyi lagu tu bukan sekali, kan? berulang kali. Sebab buat show. Mungkin secara kebetulan tersama tapi ada logiknya disitu. Kadang kita bercakap pun kena hati-hati juga. Tak boleh main lepas.. Apa yang kita cakap, macam satu doa. Terutama bila kita ulang perkataan / ayat yang sama. Jadi apa yang kita fikirkan, tu lah hasilnya.

Ada perkongsian yang diberi tadi, seorang budak perempuan yang rutinnya hari-hari wajib layan cerita korea. Satu hari, budak ni kemalangan & koma. Bila dia sedar dari koma, ayah dia bertanya sesuatu dalam loghat negeri. Tapi budak ni jawab dalam bahasa Korea.  Dia tak ingat dia orang Malaysia. Sampai keluarga dia terpaksa panggil Dr tapi Dr ni pun tak mahir sangat bahasa Korea. Jadi Dr minta bantuan dari seorang lelaki Korea untuk bercakap dengan budak perempuan ni. 

Jadi nampak tak bila kita dah biasa dengan perkara tu sampai jadi rutin, dia dah set dalam minda kita. 

Kaum Wanita & Stress

Dalam talk tadi ada diberi contoh kes yang VIRAL ni. K.fiezz ada kongsi kat sini. Tak ingat, boleh klik link atas ni. 

Menurut pandangan Pegawai Psikologi sendiri, rutin ni boleh bawa ke DEPRESS. Kita isteri jangan layan suami macam RAJA. Kita rasa kita boleh buat semua kerja rumah sebab tak nak ganggu atau susahkan suami tapi sebenarnya dalam tak sedar, kita sendiri dah buat diri kita stress..

Untuk elakkan stress, masing-masing kena mainkan peranan sebagai suami & isteri. Bukan bergantung pada satu pihak untuk tanggung semua beban kerja rumah. 

Dalam situasi sekarang, majoriti suami isteri bekerja. Jadi jangan harapkan satu pihak  sahaja. Masing-masing ada peranan dan tanggunjgawab di rumah. 

Seperti kes ni, bila kita set dalam minda 'kita boleh buat semua kerja', lama-lama boleh membawa ke DEPRESS / STRESS dalam tak sedar. Bila stress, tu yang bawa ke peringkat lain yang lagi serius. 

Kurangkan Stress

>> MENARI

yeaa..menari boleh buatkan kita hilang stress. Zumba atau apa-apa aktiviti yang mengeluarkan peluh..Bila peluh keluar, kita mengeluarkan toksin kotor dalam badan yang mempengaruhi mood kita untuk happy je sentiasa.

>> BERBORAK / BERSEMBANG

Sila luahkan apa-apa yang terpendam pada suami / keluarga / kawan atau sesapa yang kita boleh luahkan perasaan. Jangan simpan. Bila kita luahkan, kita akan rasa ringan masalah yang kita hadapi. 

>> BERJALAN

Sama macam menari (point no. 1)

>> BERNAFAS

Bernafas dengan betul boleh melegakan kita.

>> FOKUS PADA PERKARA YANG KITA BOLEH CONTROL

Sila fokus pada perkara yang kita boleh kontrol. Jangan stress fikirkan perkara yang kita tak boleh nak control.

>> INGAT SEGALA PERKARA YANG MANIS

Ingat pada perkara-perkara yang manis. Semua orang ada peristiwa manis, best. So ingat perkara-perkara yang manis dan best ni. 

>> PELUK

Peluk boleh hilangkan stress. Tapi tapi peluk dengan suami/isteri/anak/ keluarga kita. bukan orang lain pulak, tau..haha...Sebab melalui pelukan ni, kita menyalur kasih sayang secara direct. dan sebab kan tu, digalakkan kita mak/ayah peluk anak-anak sebab bila kita peluk diaorang, kita menyalurkan rasa sayang pada diaorang melalui denyutan jantung kita.. 

>> SENYUM

Selalu senyum.. eh gitu..

So rumusannya, kita nak yang baik-baik, kita fikir yang baik-baik. Dan jangan stresskan diri sendiri..Bila minda kita sentiasa cantik dan berfikiran positif, secara tak langsung akan menyerlahkan peribadi kita untuk sentiasa menawan. Gitchuuu..hehe


2 Comments

  1. Setuju dengan Fiez untuk entry ni...tambah sikit kena berfikiran positif..

    ReplyDelete
  2. yg dah berkahwin, boleh la jadikan suami mcm kawan.. bincang, sembang dan buat kerja sama2.. gauli macam baru berkahwin..

    ReplyDelete