Baru-baru ni masa cuti tahun baru cina, k.fiezz cuti seminggu. Dah kebetulan ambil cuti lama tu, kitaorang planning nak pi bercuti dalam negeri je. hehe. 

So pembukaan cuti-cuti family kitaorang untuk tahun 2020 ni, k.fiezz yang pilih Kuala Sepetang Taiping atau nama lamanya dikenali sebagai PORT WELD. Sebuah perkampungan nelayan. Bukan je terkenal dengan jeti tangkapan ikan tapi kat sini ada tarikan alam. Pencinta-pencinta alam, wajib ke sini..

Antara aktiviti yang boleh kita buat, tengok kelip-kelip, makan mee udang, jungle treking ke Hutan Paya Bakau, pi melawat kilang arang yang popular kat Taiping, bot river cruise, memancing. Antara aktiviti yang kitaorang buat kat sini, pi tengok Kelip-kelip & jalan-jalan cari makan. 

Next entry k.fiezz kongsi. Kang letak semua dalam 1 entry, bosan korang baca. hehe. 

Okey, sambung cerita pasal cuti-cuti ke Kuala Sepetang Taiping ni, lepas kitaorang pi berkelah di Ulu Kenas, Kuala Kangsar kitaorang teruskan perjalanan ke Kuala Sepetang, Taiping. Tak jauh pun, dalam sejam lebih je.  

Baca juga >> Mandi Manda Di Ulu Kenas Kuala Kangsar

THE HAPPY 8 RETREAT, KUALA SEPETANG, TAIPING

Penginapan kitaorang kat sini,  adik ipar pilih di The Happy 8 Retreat, Kuala Sepetang, Taiping. Mula-mula kitaorang dapat bilik kecil , tapi masa check in staff yang jaga kaunter, bagi bilik besar sikit sebab dia tengok kitaorang ramai. hehe. Dia bagi 2 kunci & suruh tengok yang mana rasa besar. 

Hasil penelitian, kitaorang pilih bilik yang boleh muatkan 7 dewasa & 2 budak. sebab bilik yang kitaorang pilih ni ada katil queen & bahagian atas ada 3 tilam.  dan kitaorang ada bawa juga extra toto. so yang mana tak muat, kena tidur atas toto. 

Jom check it out tempat penginapan kitaorang kat Kuala Sepetang ni. 


www.fiezasani.xyz

Nampak burung tu. hah tu lah hotel kitaorang. Tempat ni dalam kawasan perkampungan cina.Ada kedai makan melayu (2 pilihan) - satu jual Mee Udang & satu lagi jual western. Kalau nak beli barang-barang makanan contoh macam jajan-jajan untuk buat makan dalam bilik, kat area ni ada SpeedMart 99. Jalan kaki je dari hotel. 

www.fiezasani.xyz

Hah part  ni yang menarik hotel kitaorang ni atas ayor weii..haha. peghak jap..

www.fiezasani.xyz

Kat dalam hotel, depan kaunter. Cantik tau dekorasi hotel ni. K.fiezz suka..

www.fiezasani.xyz

View dari tingkat bawah hotel 

www.fiezasani.xyz

Okey, satu je kelemahan hotel ni, tak ada lif. Guna lah manual (turun naik tangga daa) & bilik kitaorang tingkat 3. Kus semangat. Nasib menginap 2 Hari 1 Malam je kat sini. Semput naik tangga. Lif yang ada kat sini untuk beg-beg sahaja. Kecil comel je lif untuk beg-beg ni. Patut tak boleh naik. Dah lah jenis open. Gayattt.. Tak pe lah. Beg je lah naik lif. 

www.fiezasani.xyz

Cantik tak. ni dekorasi hotel ni. Semua dinding dia ada lukisan-lukisan macam ni. 

www.fiezasani.xyz

View dari balkoni bilik kitaorang. Sejukkk mata memandang. 

www.fiezasani.xyz

Katil Queen ni boleh muat 3 orang - Mama, Mr Hubby & K.fiezz..

www.fiezasani.xyz

Bahagian atas. Ada 3 tilam. Yang belah atas ni, salah seorang adik ipar k.fiezz & 2 orang anak buah yang tidur.. 


www.fiezasani.xyz

Nampak tak jaring keselamatan tu. Kot lah nak tidur kat situ. haha. okey, sila abaikan beg-beg-beg yang bersepah tu. Kepenatan weiii..Oo, TV tu perhiasan je. Tak ada siaran. haha. 

www.fiezasani.xyz

Bilik ayor dia..cantik. Pintu pun jenis kayu. Kunci dia macam style rumah orang dulu. Sinki
dia pun guna kayu. Serius, k.fiezz suka dekorasi hotel ni..cantikk sangat.
kat sini, no worry tau untuk korang yang memerlukan hair dryer dimana-mana..hehe..kat sini ada..

www.fiezasani.xyz

Tandas bersih. Yang penting shower ada water heater. Nak mandi ayor panas boleh. ayor sejuk pun boleh. Pilih la..

www.fiezasani.xyz

Kat balkoni..jaring tu kukuh tapi kena pantau lah juga budak-budak ni. Ada kerusi untuk lepak ambil udara luar & untuk merokok..hehe..

www.fiezasani.xyz

Ni view waktu pagi masa k.fiezz tunggu yang lain bangun. Tengok nelayan-nelayan yang baru sampai untuk naikkan hasil tangkapan. Seronok tengok. Rezeki di mana-mana yang penting kena berusaha dan rajin. 

Overall penginapan kat The Happy 8 Retreat ni, best. Cuma tak ada lif je. hehe..yang penting berbaloi dengan pemandangan dia. dan kalau korang nak lari jap dari kesibukan bandar, boleh rilex kat sini. Tempat dia pun tenang & menarik..sesuai la untuk cuti santai-santai..

Next entry k.fiezz nak kongsi pasal kedai makan area sini. Kena hati-hati dengan salah satu gerai yang k.fiezz beritahu awal entry tadi. Sebab harga makanan yang kedai tu caj, untuk k.fiezz tak berbaloi dengan presentation makanan dia..Rasa pun so so je. 

Eh. tak pe lah..nanti sambung cerita. stay tune..

Alamat Hotel - The Happy 8 Retreat | Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak
No. Tel : 05-858 2188

3 Comments

  1. pemandangan menarik, hotel pun design cantik. tapi sayang tv takda lak siaran. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Nampak best je hotel ni kak.. Serba serbi nampak beraih dan cantik tapi tuhlah sayangnya tak ada lif.. Jenuh orang yang ada sakit lutut nak mendkai tangga

    ReplyDelete
  3. Cantik hotel tu

    Jemput baca my new entry di blog rabia

    ReplyDelete