Kahwin Adalah Kerjasama
Agak hot satu post yang k.fiezz kongsikan di Facebook semalam menggunakan #roadtojannah berkenaan isu BERAJA kan suami.
Sebab kes dalam post tu , si suami nak makan tepat pukul 8mlm hasil masakan air tangan isteri, tak suka rumah bersepah, tak suka anak comot, time makan malam kena layan borak sambil isteri suapkan anak makan. dan isteri makan lepas dah setel semua kerja siap. ehhh..ni jadi isteri ke?jadi pembantu rumah ni?

Yang si isteri bekerja hokay, balik ke rumah jam 6.30ptg. Sampai je rumah terus zap zasss macam robot siapkan segala kerja-kerja rumah tanpa bantuan suami?kena pastikan anak dah mandi, rumah bersih dan lain-lain...
Fuhh..to be honest penat k.fiezz baca tips tu sebab dalam tips tu MANA FUNGSI SUAMI?
Ramai juga yang komen di FB k.fiezz berkenaan isu ni. dan seperti yang dijangka,ramai tak puas hati. Yea..k.fiezz pun..Sebab baca dari tips perkongsian tu, kesian si isteri buat kerja-kerja rumah seorang diri..handle anak lagi..Boleh faham situasi si isteri penat sebenarnya tapi dia anggap macam biasa..Lama kelamaan boleh #roadtodepress..
Dari perkongsian tu, difahamkan tuan punya fb berkongsi tips tersebut untuk bantu kawan dia.
Dan ada yang kata si isteri macam perli suami sebab semua kerja rumah dia yang buat padahal si isteri pun bekerja.
K.fiezz baca tips tu, heh suami dia buat apa yeak?goyang telur je lah..haha..adeh..sorry la cannot brain tips tu. Mungkin untuk isteri yang tak bekerja, boleh la kot ikut tips tu. Contoh part makan tepat pukul 8mlm, tak ada masalah sebab confirm isteri dah siap masak masa lunch lagi.. Melainkan kalau suami ko nak menu lunch lain, menu dinner lain. Seawal pukul 4ptg dah boleh masak untuk menu makan malam pula.
Bagi yang bekerja, tak logik nak makan sharp pukul 8 terutama yang ada anak-anak kecil. Sambil masak nak layan anak atau bagi dorang tengok tv / gadget untuk alihkan perhatian dorang supaya tak kacau time masak. oo..tapi dalam kes ni, suami tak suka anak-anak tengok tv. So isteri kena bawa anak ke dapur sambil masak. Jadi anak-anak di bagi mainan untuk bagi leka & tak ganggu mak masa memasak.
Pada k.fiezz time ni, suami main peranan. SILA JAGA ANAK MASA ISTERI MASAK kalau nak makan sharp pukul 8mlm. Time ni suami boleh mandikan anak, pakaikan baju anak, tengok-tengokkan anak.. isteri boleh siapkan kerja-kerja di dapur untuk masak.
Kalau tanya k.fiezz logik tak nak makan sharp pukul 8mlm?
Okey, dalam situasi k.fiezz, logik. Sebab..K.fiezz belum ada anak lagi. Jadi sampai je rumah pukul 6ptg. Rehat kejap. Lepas tu solat asar jap. Rehat semula sambil tengok tv sambil makan, sebab time petang-petang balik kerja, perut laparrr..haha..minta di isi. Jadi makan dulu apa yang ada kat rumah.
6.30ptg, masuk bilik air, mandi. Dah siap mandi, rendam ikan/ayam (apa-apa yang nak di masak). Pukul 7, layan drama (haha)..Tengok la kadang ada cerita pukul 7, k.fiezz layan. Kadang tak layan. Tapi tetap buka tv..sambil-sambil masak..potong-potong dulu apa yang patut. Masak nasi. Dah siap bahan-bahan, letak ketepi dulu.
Kalau drama pukul 7 tu, k.fiezz layan. Tengok drama dulu. Kalau k.fiezz tak layan sangat drama tu, k.fiezz terus masak. Sambil masak tu, solat Maghrib..Dalam pukul 8 lebih kurang, k.fiezz & mr hubby dah makan malam. tapi kalau k.fiezz melayan drama pukul 7, memang tunggu sampai habis lah baru k.fiezz masak. So pukul 9 baru makan malam. haha, nampak..

Isteri melayan tv tu pun macam me time. Nak release tension lepas penat kerja seharian kat pejabat. Jadi sama-sama kena tolak ansur. terutama yang ada anak-anak kecil.
Untuk yang ada anak kecil, k.fiezz rasa tak logik?sebab kalau nak makan malam tepat pukul 8mlm, suami kena mainkan peranan macam yang k.fiezz explain atas ni.
Selain dari faktor nak makan tepat pada waktu makan. Banyak lagi kena ambil kira tanggungjawab dan kerjasama suami isteri. Bukan isteri buat semua kerja rumah. Isteri bukan robot!! Masa kahwin dulu, si lelaki cari isteri kan?bukan cari pembantu rumah!!
Kalau lelaki sejenis nak perfect, rumah mesti teratur, bersih, kemas sila rajinkan diri untuk tolong isteri juga. Jangan pandai nak complaint je.
Kahwin adalah kerjasama. Nak buat anak pun kerjasama kan?so sama lah juga kerja-kerja rumah yang lain, KERJASAMA.
tak jatuh pun seluar dalam buat kerja-kerja rumah, ringankan beban isteri.
Baca juga >> https://www.fiezasani.xyz/2020/02/tips-suami-isteri-bahagia.html
Baca juga >> https://www.fiezasani.xyz/2020/02/tips-suami-isteri-bahagia.html
4 Comments
ya saya pun ada baca pasal posting tu. ramai jugak yg komen di posting beliau
ReplyDeletemmg rmai yg kecam psl post tu..
ReplyDeletemmg menjadi persoalan apa fungsi suami dia.. haha
mama setuju sgt. mmg perkahwinan ni melibatkan byk kerjasama dan persefahaman
ReplyDeleteada bc juga posting viral tu..kemain nk soh bini wat mcm2 kn...siap ckp nk mkn kul 8..kot ye pn sama2 la urus anak ke..tlg masak ke
ReplyDelete