Laaa.. tak perasan entry ni tak publish.haha. Publish je la yeak walaupun cerita tahun lepas. Info untuk sale 2020 pula. hehe.
---------------------------------------------------------------------------
SOGO Sale..SOGO sale..Hah, korang yang member SOGO, ada SOGO SALE 2019 untuk member. Yang bukan member pun boleh je pi. Tak salah aih. Cuma bawa la sapa yang ada SOGO kad atau pinjam kad SOGO kawan-kawan, family. Sebab kalau tak silap, masa nak masuk staff SOGO minta tunjuk kad member SOGO. 

SOGO SALE 2019

SOGO SALE 2019 ni untuk member dari 27 Disember sampai 29 Disember 2019.

K.fiezz dah terjah ke SOGO?

Harus lah uoll. Tempat k.fiezz naik LRT hari-hari. Sesambil nak naik tren untuk balik rumah, kadang rajin gak singgah ke SOGO. Selalu k.fiezz pi pasaraya yang kat tingkat bawah tu, beli bahan basah. 

Dah Sogo Sale ni, time lunch k.fiezz dengan member harus lah buat lawatan tapak kat sini.hehe. Memula pi makan dulu kat tingkat 6, lepas tu terus naik tingkat 7. Kat tingkat 7, ada sale untuk 'Kembali ke Sekolah'. 

Tak ada yang nak beli barang sekolah anak-anak,kitaorang pi tingkat 5 untuk bedding/household. Tengok cadar, bantal, set comforter, pinggan mangkuk, periuk-periuk. Mak-mak confirm sangkut kat tingkat ni.  K.fiezz pun tersangkut beli set cadar (dalam gambar bawah ni). Harga asal RM2xx.xx. Lepas diskaun, RM45.00 sahaja. 

Cadar ni k.fiezz beli masa balik kerja. Tengah hari masa k.fiezz ke sini, k.fiezz wasap mr hubby nak tanya saiz katil kitaorang King @ Queen, mr hubby tak jawab. Lupa derr.. haha. Lepas dah keluar dari SOGO baru mr hubby return call. Adeh.  sabar je lah. So balik kerja lah singgah lagi. 

www/.fiezasani.xyz


Lepas dah dapat confirmation dengan mr hubby saiz katil, k.fiezz singgah lagi sekali ke SOGO beli set cadar ni je. Naik kat tingkat untuk bedding ni, terus ambil cadar ni. Dah aim awal tadi tapi mr hubby lambat benor reply/return call

SOGO SALE MURAH KE?

Murah-murah weii kalau SOGO sale ni. 2 biji bantal RM35. Set comforter RM79. Kontrol je napsu dari membeli yang bukan keperluan. haha. sebab dah ada comforter kat rumah. Beli hat ni, nak letak kat mana?

Selain dari ni, semua la ada sale. Setiap tingkat sale. Happy hour lagi. adeh. bertabah je masuk SOGO kalau waktu SALE ni. 

Macam tingkat untuk ladies masa k.fiezz singgah petang time balik kerja, ada happy hour seluar jenama Applemints, harga RM19. Nasib la k.fiezz malas nak berebut dengan orang sebab ramai berkerumun kat situ. haha. Kita lalu je lah. Lagipun kalau nak beli seluar, nak kena cuba dulu. Nak try pun satu hal juga. Bilik penuh. Koser la haii.

Kalau korang ke sini, sila rambang mata yeak. haha. 

2 Comments