Lelaki curang. Allah. paling risau bila dah bersuami ni, suami gatal curang dengan orang lain. Banyak faktor sebab lelaki curang ni. Kadang tu isteri cantik, anak berderet pun boleh curang juga. tak ada anak, pun boleh jadi punca lelaki curang. eh tapi ada je suami yang setia walapun tak ada anak lagi. so apa sebab lelaki curang ni yeak?

Mata Duitan -

Ada weiii lelaki mata duitan. Bukan perempuan je mata duitan tau. Lelaki pun ada. Tambah-tambah zaman sekarang ni, ramai wanita lagi berkerjaya dan berpendapatan tinggi dari lelaki. Jadi lelaki yang dapat wanita banyak duit ni, memang akan kikis secara halus yang kita tak perasan. Bila dia jumpa dengan wanita yang lagi banyak RM, dia akan tinggalkan kita. 

contoh paling mudah - lelaki yang cari pasangan dari kalangan kakitangan kerajaan. Sebab senang nak buat loan. huhu. Duit dapat kat suami, isteri yang tanggung hutang bertahun-tahun. Suami tinggalkan & cari orang lain. Ni real kes yang k.fiezz tahu. 

Benci dengan pasangan

Mungkin pasangan selalu hina atau memandang rendah pada lelaki, jadi si lelaki ni simpan dendam. 

Contoh paling mudah - si isteri berpendapatan lagi tinggi dari suami. Segala perbelanjaan rumah di tanggung oleh isteri, jadi isteri memandang rendah dan selalu menghina suami. Suami marah bila diperlakukan macam tu tapi tak terluah. Jadi dia luahkan dengan curang pada isteri sebagai balas dendam sebab dia rasa isteri tak hormat pada dia. Dan dia jumpa dengan orang lain yang lebih hormat dan menghargai dia. 

Playboy

Tak boleh buat apa kalau dah sejenis playboy. Sejenis memang tak boleh setia dengan satu. Kalau dari awal dah tahu, wanita-wanita sila la angkat kaki kalau tak nak makan hati di kemudian hari. 

Penampilan Pasangan

Wanita bila dah berkahwin, dah beranak pinak part penjagaan diri memang out. sorry, bukan nak mengata tapi realiti. Lelaki ni dia sukakan yang cantik. Jadi bila isteri kat rumah dah tak berapa nak cantik, tak ada masa nak jaga penampilan diri sebab sibuk uruskan rumah, anak-anak mulalah si suami ni mencuci mata di luar. Dari cuci mata tu, terlekat dengan orang lain pula. 

Yang perempuan mesti nak cakap, 'penat lah k.fiezz buat kerja rumah. suami tak tolong langsung'. huhu. So dari awal berkahwin, jangan manjakan suami. Sila latih buat kerja rumah sama-sama. Jadi penat sama-sama. Kalau tak ada masa nak jaga penampilan diri pun sama-sama. haha. fair.

Tak Serius

Ada lelaki yang tak serius dalam hubungan. Mungkin dia tak bersedia dengan komitmen atau masih tak pasti dengan hati sendiri samada kita pilihan dia ke tidak?Nak putuskan hubungan, dia sendiri tak pasti. Jadi dia curang belakang kita. 

Bosan Dengan Pasangan

Lelaki dah bosan dengan perangai pasangan. Contoh macam terlampau mengawal, mengada-ada terlebih atau lelaki kena ikut sahaja apa yang pasangan nak tanpa pasangan hiraukan kehendak si lelaki. Lama-lama si lelaki akan bosan & mula cari orang lain di belakang pasangan.

Kurang Perhatian

Hah, lelaki ni kena bagi perhatian lebih. Kalau kita buat tak tahu je, mula lah dia rasa terabai. Manja sangat lelaki ni, tau. Contoh - pasangan kena tanya apa aktiviti yang dia buat, atau dia ada masalah?berkomunikasi dua-dua pihak. Jangan kita je yang asyik mengadu macam-macam kat lelaki. Tapi bila lelaki nak mengadu, kita buat-buat sibuk atau malas nak dengar. 

Kekasih Lama

Hmmm. yang ni susah sikit sebab kekasih lama, kan. Dah lama bercinta & hanya diaorang je tahu sebab diaorang putus. Tapi kalau dah terjumpa balik dan bertukar-tukar nombor telefon, ada kemungkinan cinta lama bertaut kembali. Tambah pula kalau pasangan kurang beri perhatian atau layanan macam kekasih lama.

Suka-Suka

Saja nak test market, tengok masih laku ke tidak sampai lupa status diri tu bergelar 'suami'.

Rasa Diri Muda dan Menarik

Walaupun hakikatnya dah tua, kulit pun dah kedut sana kedut sini. Rambut pun dah beruban. Ada hati nak curang. Padahal tak tahu kalau diaorang dapat pun girlfriend lain, perempuan tu nak kan duit je. Sebab tanggapan orang, lelaki yang dah berkahwin ni dah stabil dari segi kewangan. Yang orang luar tak tahu, si isteri yang banyak support terutama kalau isteri tu berkerja juga.

Tak Rasa Bersalah Curang

Selagi tak melibatkan hubungan intim, lelaki rasa 'okey je' curang. 

Curang Semasa Isteri Dalam Pantang

hmmm..ni banyak jadi. lelaki curang semasa isteri dalam pantang. tak tahu la pasal apa time isteri dalam pantang, suami curang. gatal sangat tak dapat 'tut'. eh, hello isteri tu tengah rehat lepas keluarkan seorang manusia iaitu anak dia. jadi sila lah memahami situasi isteri waktu tu. eh, tengah pantang tetiba dapat tahu suami curang, tak ke boleh buatkan isteri meroyan. geram kadang kalau baca kes-kes suami curang masa isteri dalam pantang ni. 


Note - Ada cadangan topik nak k.fiezz kongsikan, share di ruangan komen, k ;)

4 Comments

  1. Yang ini yes betul

    Saja nak test market, tengok masih laku ke tidak sampai lupa status diri tu bergelar 'suami'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. pernah dengar alasan yang ni. bukan ciptaan semata tapi ada pengakuan dari kenalan pasal suami dia gunakan alasan ni untuk menggatal.

      Delete
  2. kena hati2 jgn sampai terjebak

    ReplyDelete
  3. Saya kan memang pantang dengar kes curang ni. Geram je ras kan. Tapi yang pernah mengalami suami berlaku curang je tahu kan oerasaan tu macam mana. Ada yang jenis suami insaf dan tak nak buat tuh xpela. Dapat hat dah tua pun x sedar diri memang tak tahu nak cakap apa dah.

    ReplyDelete