Tahun yang di nanti-nantikan. Sebab masa sekolah dulu kita dah di gambarkan tahun 2020 ada kereta terbang, bangunan tinggi-tinggi dan canggih. Paling win yang kereta terbang tu benornya. Hehe. Bangunan tinggi-tinggi memang dah banyak pun. Merata celah Kuala Lumpur ni. Tengok je kiri kanan, penuh bangunan tinggi. Cuma tak lah secanggih macam yang kita gambarkan masa sekolah dulu. 

Kereta terbang?kita belum sampai lagi ke tahap tu. Lagipun tu cuma imaginasi kita je. Mungkin akan datang, akan wujud juga kereta terbang. who know?

Wawasan 2020

Dulu masa sekolah, kita selalu dengar wawasan 2020 seperti yang selalu disebut oleh Perdana Menteri kita masa tu & sekarang Tun Dr Mahathir. Cuma disebabkan perubahan tampuk pimpinan, dah jarang dengar pasal wawasan 2020 ni. huhu. Sekarang ni dah di tukar ke wawasan 2030, kalau tak silap k.fiezz. 

Tapi tak kisah lah, wawasan-wawasan ni macam besar kita nak ulas sebab melibatkan negara. Jom kita cerita pasal azam 2020 memasing. 

Azam 2020 K.Fiezz

Okey, jom share sikit azam untuk tahun 2020 ni. K.fiezz.. hmmm. let see..

Azam Kerja Hakiki

> K.fiezz nak set untuk siapkan kerja yang bos bagi pada hari yang sama juga. Tak nak KIV untuk buat sebab nanti MALAS nak siapkan. 

Azam Blogger


>> Nak lebih organize susun atur jadual review-review di blog. 

>> More consistent update blog. K.fiezz target untuk update 2x entry sehari. #siscuba

>> Kalau boleh nak lebih aktif hadir event-event tapi k.fiezz kerja sepenuh masa, jadi kita tengok kesesuian masa untuk hadir mana-mana event. Nak yang berbayar kalau boleh . hehe.

>> Nak start semula bagi hadiah / cenderahati pada pembaca-pembaca blog k.fiezz yang rajin singgah kat blog k.fiezz ni. as a thank you gift sebab selalu jejak ke sini & tinggalkan komen. 


Azam Business : 

>> Nak lebih fokus dengan bisnes kecil-kecilan k.fiezz iaitu Obsess Cosmetic. Nak cuba capai target boleh buat jualan lebih dari 1k sebulan. cewah. berangan, tak salah kan. visualization orang cakap. Kita visualize kita dapat apa yang kita nak. 

Azam Personal :


>> Nak organize gambar-gambar dalam gallery handphone dan usb. Dah berterabur la weiii. Rasanya nak cuci gambar-gambar tu dalam bentuk photobook. Lama tak ber photobook.

>> Nak cuba menanam pokok kari, kunyit kat rumah. Tanaman yang kita selalu guna dalam masakan. So baru ni k.fiezz clear satu sudut kat bahagian dapur untuk letak pasu-pasu. cewah. #siscuba. tapi belum beli lagi pasu ke apa. clear dulu kat situ sebab tak ada ruang nak letak. jadi dah kosong area tu, baru kita fikir next step. 

>> Nak more holiday. more holiday. Sambil pegang banner macam orang buat mogok tu kat mr hubby. haha.

>> to be happy wife & positive all da time. Abis selalu tak positif ke macamana, k.fiezz. haha. Ada la time-time dia negative.


>> menabung. hmmm. paling susah nak buat ni. haha. sebab  pantang nampak RM dalam akaun banyak je, mula la shopeeee. hehe. Insyaallah.. cuba.. cuba


>> Nak konsisten bersenam semula. Eh, dah kurus tu k.fiezz. Haih, dah meningkat usia ni lagi lebih kena jaga kesihatan tau. Kena rajin bersenam, jaga pemakanan. so tak salah nak bersenam walaupun sis kurus. 

Okey, ni antara yang k.fiezz ingat. Nanti kalau ada tambahan, k.fiezz update lagi. hehe.
So bebila mood malas datang atau down, k.fiezz rujuk sini semula untuk reminder. haha.


www.fiezasani.xyz

So k.fiezz nak ucapakan Selamat Tahun Baru pada semua pembaca-pembaca blog k.fiezz yang rajin singgah ke sini. Teruskan kerajinan tau. hehe. Nanti k.fiezz bagi reward. Salah satu azam tahun baru k.fiezz ni. 

dan kalau korang ada idea nak k.fiezz kongsi pasal apa-apa, just drop kat komen, k. K.fiezz akan cuba pertimbangkan cadangan korang tu.  Kalau k.fiezz mahir pasal isu/topik yang dicadangkan tu k.fiezz akan up entry.

2 Comments

  1. Semoga tercapai semua azam kak fiezz yang kak fiezz listkan. Aamiin

    ReplyDelete