Celebrate kat mana New Year malam tadi?K. fiezz, ada duk kat rumah. haha. Tengok Konsert Kita Punya kat TV2 je. Mr hubby bukan sejenis nak keluar. Dulu masa bercinta je, kemain ajak keluar tiap kali ada sambutan apa-apa. Dah kahwin, hah. Harap maklum. Haha. But sokay la. Dah berusia ni, rasa tak berapa nak gemar pun ada kat tempat crowded macam Dataran/KLCC/Putrajaya. Tempat-tempat hot yang buat sambutan untuk Tahun Baru. 

Tahun lepas, k.fiezz teman adik ipar ke Putrajaya sambut tahun baru. Pening masa kat crowd. Adeh. Faktor usia kah?haha. 

So tahun ni kita sambut tengok tv kat rumah je lah. 

Ada Konsert Kita Punya kat TV2. Sambil-sambil makan, chill tengok tv. Tetiba nak buang air kecik ke, terus je ke bilik air. Kalau kat crowd Dataran tu, tak ke haru tetiba nak memerut atau terkucil. Terkucil tu boleh lagi. Nak memerut, allah. Memang seksa. Dah keluar dari situ, nak duk balik tempat yang kita duduk sebelum tu memang tak dapat lah. Jadi malas nak menyesakkan diri. Kita sambut tahun baru dari rumah je. 

www.fiezasani.xyz
Antara artis-artis yang buat persembahan - BunkFace

www.fiezasani.xyz

Ada Tun Mahathir & tetamu kehormat.

www.fiezasani.xyz

Tarian tradisional

www.fiezasani.xyz

Tetamu kehormat - YB Syed Saddiq


www.fiezasani.xyz

Tu diaaa. Meriah weiii. 


www.fiezasani.xyz

Ucapan dari YAB Perdana Menteri - Tun Dr.Mahathir
sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Tepat pukul 12.00 mlm, ada pertunjukan kat bawah ni. 
Gunakan drone yang membuat persembahan gambar-gambar melambangkan Malaysia. Antaranya

www.fiezasani.xyz
Wau

www.fiezasani.xyz
Beca

www.fiezasani.xyz
Durian

www.fiezasani.xyz
Logo Truly Asia - Tahun Melawat Malaysia 2020


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Lepas habis pertunjukan drone, persembahan lagu tema Truly Asia bagi tahun melawat Malaysia 2020 pula. dan sesambil persembahan ni, baru ada pertunjukan bunga api. Wajib la ada pertunjukan bunga api. 

Okey juga sambut tahun baru kat rumah. tak sesak kat jalan, LRT, MRT. hehe. confirm lepas habis kat Dataran / Putrajaya / KLCC, bersesak weiii nak balik rumah memasing.

4 Comments

  1. kami ada tengok juga konsert ni semalam tapi tertido awal. sebab letih prepare barang2 anak2 nak sekolah harini, hehe

    ReplyDelete
  2. kita tdo awal mlm td..dah mcm kerja plk..haha

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru sis Fieza. ^^

    ReplyDelete
  4. Kira akak layan jugak konsert kat tv. Saya nan hado. Kita samalah sambut dekat rumah je. Suami pun jenis malas nak jeluar sambut sebab confirm jalan jammed lepas tu motor banyak...

    ReplyDelete