Cantik tak cotton t-shirt baru k.fiezz ni. Sila cakap cantik sebab mahal ni?hehe. tak lah. acah je. tak mahal pun, murah murah je. Harga asal  cotton t-shirt  ni RM18.00 tapi sekarang ada diskaun 45%. Jadi harga mark down RM9.90 je. Murah kan?Cepat, kalau korang nak sila terjah sekarang sementara promosi masih berlangsung.

Eh. beli kat mana ni, k.fiezz?

Haah, lupa pula nak cakap beli di mana t-shirt ni? 

BOXY.MY

Beli kat sini, korang >> Boxy.My. Untuk yang tertanya-tanya Boxy.My ni apa? Kedai atas talian yang menjual t-shirt berkualiti dengan harga berbaloi-baloi dan terbaik di pasaran. Worry not, Boxy ni boleh dipercayai sebab diaorang dah lama beroperasi sejak tahun 2009 lagi dan semakin berkembang dari sehari ke sehari. Boxy.My berusaha untuk menjadi antara kedai jualan t-shirt yang terbaik antara terbaik.

Di Boxy.My ni ada 3 jenis pilihan t-shirt mengikut pilihan dan kegemaran masing-masing . T Shirt yang ada di Boxy.My jenis plain. Walaupun tak ada corak tapi pilihan warna untuk dipilih 24 warna, weiii (#silarambangmata). K.fiezz boleh cakap masa nak pilih warna, rambang mata sebab semua cantik.

Jenis T-Shirt di Boxy.My
  • MicroFiber Shirt (Lengan Panjang, Lengan Pendek)
  • Cotton Shirt
  • Polo Shirt
K.fiezz pilih yang mana?Teruskan baca. hehe.

Kenapa Perlu Pilih BOXY.MY

Quality Control - Boxy mengutamakan produk yang berkualiti dan memastikan pelanggan mendapat kepuasan pembelian dengan Boxy.my dan setiap pelanggan dilayan seperti V.I.P. Maksudnya kepuasan dan kehendak pelanggan diutamakan. Jadi korang tak perlu was-was nak membeli-belah di Boxy.My.

Customer Service yang sedia membantu

Customer Service Boxy.My yang sedia membantu setiap masalah, pertanyaan pelanggan supaya pelanggan enjoy semasa membeli-belah di Boxy.My.

Penghantaran PantasOrder harini, esok baju sampai. K.fiezz terkejut masa order ni. Dalam masa sehari dah terima baju yang di order. serius, terbaik lah.

T-Shirt Ready StokSemua stok terus dari kilang dan sentiasa ada stok. 

Pilih Cotton T-Shirt

Masuk di website Boxy.My, rambang mata sebab tak tahu nak pilih yang mana? Warna-warna dia cantik. Hasil pilih punya pilih. K.fiezz pilih cotton t-shirt warna island paradise (biru cair). cantik tak?cantik, kan, kan..haha

www.fiezasani.xyz

Kenapa Cotton T-Shirt Jadi Pilihan?

  • Fabrik Berongga - pengaliran udara keluar-masuk dengan baik jadi buat kita lebih selesa.
  • Penyerap Bau - Kain cotton penyerap bau ketiak dan peluh. Jadi membantu kurangkan bau yang tak berapa nak sedap. hehe. eh, tapi kena juga guna deodorant, yea. 
  • Paling tahan di dunia - Yang terbaik di dunia, tak kisah dalam keadaan cuaca panas, hujan dan kalau di rendam tak mengecut. Bila basah, serat kain semakin kuat.
  • Serap Lembapan Badan - Membantu serapan lembapan di badan dan buatkan badan kita sentiasa rasa kering.  
  • Bersifat Hypoallergenic - kajian pada material cotton sesuai dengan orang asma atau alahan sebab materialnya bersifat "hypoallergenic", sesuai untuk orang yang ada kulit sensitif. Dan cotton juga tak mudah melekat dengan habuk, hama atau bakteria jahat. 
  • Senang di Jaga - Senang dibasuh dan kadar turun warna adalah rendah. Kain cotton juga kurang berkedut walaupun tak digosok.
  • Kain kegemaran Tukang Jahit - sebab senang dipotong, dijahit (tak berat, tak melorot macam kain lain).
  • Harga Lebih Murah - Lebih murah berbanding kain sutera, songket, batik.
Best tak t-shirt dari Boxy.My ni?

Okey, kalau tanya k.fiezz. Memang best. Kain dia lembut, tak panas dan selesa di pakai. Warna dia paling k.fiezz berkenan. Cantik sangat. K.fiezz post di Facebook, ramai yang puji warna pilihan k.fiezz ni cantik. Biru lembut (code - island paradise). Harus lah cantik,kan. Siapa yang pilih (sambil #fliphair). hehe.

Untuk korang yang berminat nak cari t-shirt plain samaada cotton, microfiber, polo yang murah dan berkualiti, boleh terjah ke Boxy.My. Maklumat lanjut, seperti di bawah. 

Maklumat lanjut - 

Facebook : Boxy.My

4 Comments

  1. Memnag best sangat t shirt di boxy.my ni kan kak fiezz. Saya pakai hat microfiber memang selesa. Tak panas.

    ReplyDelete
  2. comel fieza dgn tshirt boxy

    ReplyDelete
  3. kita pun ada satu..ambil yang berkolar punya..

    ReplyDelete