DIY Header Blog Guna Canva
Tadaaa..masuk blog k.fiezz. perasan tak yang baru.. hehe..kalau tak perasan, okey meh lah k.fiezz reveal kan. Header berwajah baru uolls. cantik lah k.fiezz..Tempah kat mana tu?#perasancantik sangat tau. hehe..
Kalau ada yang ingat k.fiezz tempah. K.fiezz nak buat jari No No No (korang bayangkan la yeak gaya jari tu. haha). k.fiezz nak cakap proudly yang header baru ni hasil idea sendiri. wah, syabas k.fiezz (tepuk bahu sendiri). hehe. dan dibantu oleh mr hubby untuk bahagian background transparent.
GUNA CANVA BUAT HEADER BLOG
Okey, bulan lepas kalau ada yang perasan di facebook k.fiezz, k.fiezz ada mengeluh gunakan aplikasi canva ni. sebab tak berjaya nak edit gambar untuk job.
Tapi semalam k.fiezz google punya google, ada yang kongsi cara buat header blog guna aplikasi Canva ni. Bila k.fiezz baca cara-cara dia, macam senang je. meh la kita cuba buat.
Dah gedik buat header ni, kenapa k.fiezz oooii? macam terer..
Al kisahnya k.fiezz tukar header sebab template & tulisan kat blog ni k.fiezz dari tukar dari purple ke hitam/putih pula. Nampak pro gitu. eh.
TAK TEMPAH DESIGNER KE?
Tempah. K.fiezz ambil dengan Shahada Fauzi untuk editing template. Template masih guna yang sedia ada. Cuma tukar warna sahaja.
Tapi memandangkan bajet k.fiezz kurang, k.fiezz tak ada lah bercadang nak tukar header blog. Ingatkan boleh in header dulu dengan warna template baru ni. Eh sekali macam errrr.. tak sesuai je. Tu yang k.fiezz cuba buat sendiri header guna canva. Nak upah Sha. Bajet dah lari. Kita cuba la buat sendiri. Kalau tak jadi atau tak kena di mata, mr hubby kan ada. untuk kasi adjust. hehe.
MACAMANA CARA BUAT HEADER BLOG DENGAN CANVA
First of all, kena download dulu aplikasi Canva di komputer atau handphone. Mana-mana yang korang selesa untuk buat editing. K.fiezz guna laptop. Pakai handphone macam leceh je.
1 - LOGIN CANVA (Register guna FB)
3. Lepas dah pilih ETSY SHOP COVER. korang akan dibawa ke page lain. Seperti di atas. Rujuk arahan di gambar.
3a. Ni hasil editing k.fiezz. Gambar masuk kemudian masa mr hubby buat background transparent untuk header k.fiezz ni di aplikasi lain. Actually lepas kita dah tulis-tulis ni nak terus letak gambar pun boleh juga. k.fiezz dah letak gambar pun masa ni tapi bila hantar kat mr hubby untuk edit background transparent, tak cantik pula. so terus tukar gambar lain on the spot.
**Kalau korang perasan bahagian atas tu, untuk pilih jenis-jenis tulisan, warna dan lain-lain.
Jenis2 tulisan kat situ ada yang PERCUMA dan ada yang berbayar. Pandai-pandai lah korang nak pilih yang mana menepati selera. Tulisan yang PERCUMA pun cantik-cantik juga macam k.fiezz pilih ni .
4. Dah siap & puashati dengan hasil karya masing-masing. Klik button download & jenis fail pilih PNG. SIAP. Untuk bacground transparent, kat Canva ni kena bayar.
Ni lah hasil header kreativiti k.fiezz sendiri. Nak lagi cun guna background transparent untuk senang masuk dengan apa-apa template blog kita,. Macam k.fiezz mention atas ni, background transparent kat Canva, ada tapi berbayor lah pulak. so k.fiezz minta tolong kepakaran mr hubby k.fiezz. tQ sayang.
so kalau korang yang macam k.fiezz tak nak bayar untuk dapatkan background transparent, boleh cuba cuba guna aplikasi lain yang ada background transparent ni. Cuma buat layout je kat Canva macam k.fiezz ni.
Dan design yang kita dah buat dalam Canva ni, ada simpan dalam All Your Design. Kalau tetiba nak tukar ke, pi je kat sini untuk edit apa yang patut.
Suka pula guna Canva ni. eh. haha. cewah padahal haritu, rasa macam nak menangis tau dak..haha
6 Comments
Bestnya buat header sendiri...SA blom rasa nak tukar lagi header ngan baju blog..nanti la...hehehe
ReplyDeletemenarik jugak ... thanks sharingg
ReplyDeleteEh cantik, nampak lebih pro dan kemas. Kena cuba juga ni.
ReplyDeleteKita pun design header guna canva. Rasa macam lagi senang berbanding photoshop. hehe
ReplyDeleteLawa.. Saya pakai can a.. Tp. Xpernah try buat header sendiri
ReplyDeleteNampak menarik je. Nanti nak download canva dekat lappy jugaklah
ReplyDelete