Senang Nak Pasang DIY Rak Kasut atau Shoe Storage Box Ni
Tadaaa.. tengah in sekarang rak kasut DIY ni, kan?atau nama omputih dia shoe storage box. Yang jenis kena pasang & buat sendiri ni. betul tak?k.fiezz mula-mula macam tak terpikat nak beli shoe storage box ni sebab fikirkan kena pasang kotak-kotak tu sendiri. Mr hubby bukan kategori rajin nak DIY-DIY ni, hah.
Ada ternampak member yang post DIY rak kasut ni kat facebook tapi macam k.fiezz cakap tadi, tak berminat.
Tapi ni jadi terminat sebab nampak biras k.fiezz yang buat. K.fiezz tanya biras, senang tak nak cantum2kan kotak ni. Biras cakap 'senang je'. Dia rujuk pada tutorial seller yang dia beli. Biras k.fiezz bagi link seller yang dia beli DIY rak kasut ni kat Shopee tapi sold out weiii. Mula-mula tengok, ada lagi stok. Tu pun tinggal satu warna je. Tak pe lah, k.fiezz add je masuk dalam bakul. Eh sekali tengok balik, SOLD OUT. Tu diaaa.. penangan sungguh lah. Tengah hot gitu.
So cari yang lain, jumpa seller yang k.fiezz beli ni. RM2.40 size besar (33x23x14). Satu kotak ni boleh masukkan 2 pasang kasut size k.fiezz (4/5). Dari segi harga affordable. K.fiezz beli 15 kotak. Nasib ambil 15 je weii.. Sekali dah siap semua kotak, mula-mula k.fiezz nak susun satu barisan 3 kotak. Jadi 15 kotak ada 5 barisan. Lepas tu baru teringat, rumah k.fiezz memang dah ada rak kasut kayu yang abah k.fiezz buat. Takkan nak buang. Tengok elok lagi rak nya. Kayu dia pun tegap lagi. sayang la plak Jadi susun memanjang macam dalam gambar bawah ni. lagi 1-2 kotak, dah sampai siling. haha. Nasib beli 15 je. fuhhh..
Rak kasut kayu yang abah buat tu, ingat nak letak luar. Untuk letak selipar je. Sebab kawasan rumah DBKL ni bahaya sikit letak kasut elok-elok kat luar. Nanti hilang. Lagi satu risau juga nak letak rak kasut tu kat luar, takut ada yang memanjat naik kat tebing untuk lompat (bunuh diri). huhu. Baru je jadi 2 minggu lepas kat rumah k.fiezz weiii. Ada orang bunuh diri. Dah la orang tu lompat dari tingkat k.fiezz. aduh. Seram pagi-pagi keluar rumah bila lampu koridor dah automatik tutup.
Okey berbalik pada topik DIY rak kasut ni. Ada yang dm / pm tanya?susah tak nak lipat-lipat atau nak pasangkan box rak kasut ni?
Jom k.fiezz tunjuk tutorial sikit. cewah, tutorial sangat. haha.
Okey berbalik pada topik DIY rak kasut ni. Ada yang dm / pm tanya?susah tak nak lipat-lipat atau nak pasangkan box rak kasut ni?
Jom k.fiezz tunjuk tutorial sikit. cewah, tutorial sangat. haha.
ni lah hasil DIY rak kasut yang tengah hot sekarang ni. My Shoe Storage Box. K.fiezz terpaksa susun tinggi-tinggi macamni memandangkan ruang terhad kat rumah . Sebelah tu rak kasut kayu yang abah k.fiezz buat dulu. Masih elok. Jadi letak sebelah-sebelah. Yang DIY rak kasut baru tu untuk letak kasut-kasut kerja, kasut-kasut jalan. Rak kasut kayu untuk letak selipar-selipar.
Untuk k.fiezz nampak kemas sikit bila kasut-kasut dah masuk dalam Shoe Storage Box ni sebab kalau tak sebelum ni bersusun kotak-kotak kasut. Ada kasut yang dah rosak sebab duk dalam kotak tak keluar. Tak kena udara luar. Jadi macam bertompok-tompok. Nak buang, kasut mr hubby yang kena ni. Kalau kasut k.fiezz, dah buang dah. Beli kasut lain. hehe. Tapi sebab kasut mr hubby yang bermasalah ni, cuba basuh dulu. Tengok hasil dia macamana.
Shoe storage box ni, ada ruang udara setiap kotak, jadi rasanya tak ada masalah kasut rosak.
Entry lain berkaitan Shopee << KIPAS BERDIRI BRAND HIRAKI >>
TUTORIAL DIY RAK KASUT -
2 pcs. Satu rangka kotak. satu bingkai/frame.
Dia datang dalam sekeping macam ni. Yang kecil tu bingkai dia untuk bahagian depan.
Setiap keping, dah siap lipatan / garisan. Cuma ikut je bagi bentukkan kotak.
Ni bahagian belakang dia. Lipat ke bahagian dalam
untuk jadi macam ni. Fungsi sebagai lock kotak.
Macamani rupa dia dah siap.
Ni bahagian depan. Yang tepi macam ada lebihan tu,lipatkan ke bahagian dalam
Pasangkan bingkai/frame pula.
Part ni memerlukan kesabaran sikit. Tapi bila dah masuk dalam line, senang je nak masukkan.
dan tadaaa..siap sebiji kotak. Buat lah yang lain sampai habis. Lepas tu susun ikut suka korang.
Tak faham juga. Nah video tutorial k.fiezz.
Semoga berjaya. hehe.
Overall untuk k.fiezz tak susah pun nak pasang / cantumkan kotak-kotak ni. Senang je. K.fiezz buat sendiri tanpa bantuan mr hubby sebab mr hubby kerja. K.fiezz order ni minggu lepas. Hari jumaat sampai. Sabtu, k.fiezz buat sikit. Dapat siapkan 6 kotak. Semalam, ahad k.fiezz siapkan yang baki. dan tadaaa siap. Mr hubby balik rumah, tengok dah siap je. Nasib dia puji, cantik. Kalau tak, sentap. haha. penat weiii buat. Dengan angkat kotak-kotak tu lagi. Lepas siap 6 kotak tu, k.fiezz terus masukkan beberapa pasang kasut. Nak tengok tahap ketahanan, alhamdulillah. Nampak bertahan setakat ni.
So kalau korang nak beli, cari je kat Shopee. Ni link seller yang k.fiezz beli
< Shoe Storage Box - Large Size > tapi baru kejap ni, k.fiezz tengok dah sold out weiii. haha. korang cari lah nama item ni kat Shopee. Tapi kalau dah jumpa, terus masuk cart & bayar. Tengah laku keras sekarang ni.
6 Comments
ish artikel menghasut ne miza dah usha dekat shoope tunggu green light hehe
ReplyDeletehaha..grab miza..jangan tak grab..nampak tersusun kasut ada storage box ni, tau..eh..#terhasut plak..haha
Deletewow mudah aje nak pasang. cantik la nampak kemas
ReplyDeletehaah senang je nak pasang..cuma yg part bingkai tu, memerlukan kesabaran sikit..
DeleteSuami ada beli 15 box, yang dah siap pasang cuma 9 box je..
ReplyDeleteTak boleh nak beli, kang anak anak kerjakan jadi mainan, aduh.
ReplyDelete