Tq sayang belanja Elizabeth Arden Perfume. Sabtu lepas, k.fiezz & mr hubby ke SOGO mencari Elizabeth Arden Perfume ni sebab stok yang sebelum ni dah lama habis. Habis je Yang Elizabeth Arden Perfume tu, ada stok perfume Versace. Jadi tak restock la Elizabeth Perfume. Kita guna dulu apa yang ada sampai habis. Ni Versace k.fiezz guna sekarang dah nak habis, tu yang hint kat mr hubby, nak cari perfume. 

Mr hubby tanya, nak Elizabeth Arden Perfume ke?k.fiezz cakap 'ha'ah. nak yang 5th Avenue'. hehe. Gediks. Sebenarnya tak kisah pun. Perfume mahal ke murah. Tapi dah orang nak belanja perfume mahal, jangan tolak. Rugii. haha.

Kebetulan SOGO ada sale. Jadi moh la tengok kat SOGO kot dapat harga mur mur Elizabeth Arden Perfume ni. Mencari la kitaorang Elizabeth Arden Perfume yang 5th Avenue tu kat SOGO. 


Orang ramai sebab ada SOGO MEMBER SALE. Kalau sale faham la macamana, kan. Nasib baik lah kat area perfume tak ramai sangat orang. Cari punya cari dan tadaaaa. Jumpa pun kaunter Elizabeth Arden. Ada promosi . Setiap pembelian lebih dari RM250 dapat free 30ml Elizabeth Arden Green Tea. Yeay...

5th Avenue yang k.fiezz nak tu ada promosi (refer gambar), sekali set dengan Lotion RM199.00. Harga asal Elizabeth Arden Perfume 5th Avenue  >> RM2++/setiap satu (125ml).

Ingatkan sebab harga set ni macam mahal mr hubby suruh pilih yang lain. So sesi mencium semua tester perfume Elizabeth Arden yang lain. tapi tetap suka 5th Avenue juga. Yang Provocative Woman & Green tea tu pun okey juga. 

Dah habis sesi mencium segala tester, mr hubby tanya nak tak yang lagi dua (PROVOCATIVE WOMAN & GREEN TEA) tu. Laaa nak suruh beli sekali ke?Meloncat-loncat rasa. hehe. Harus la nakkkk.

www.fiezasani.xyz

Total tiga-tiga perfume- RM403.00 & sebabkan bernilai lebih dari RM250 so dapat percuma 30ml Green Tea. Hat 30ml green tea ni boleh bawa time balik kampung atau travel

Selalu kalau beli perfume mahal-mahal ni, banyak dapat free gift tapi masa SOGO Sale ni, tak ada. Dapat 30ml Green Tea Perfume tu je.

Bau best tak k.fiezz dua-dua tu?

PROVOCATIVE - Bau dia kuat.
GREEN TEA - Bau dia lembut.

HARGA
PROVOCATIVE WOMAN - RM119
GREEN TEA - RM85

Harga ni sempena SOGO Member Sale. Kalau bukan sale, k.fiezz tak pasti tau. Cuba la korang google.

K.fiezz memang guna perfume mahal ke?

haha. kang dapat soalan macamni plak. tak. K.fiezz guna je perfume murah, tapi macam k.fiezz cakap kat atas ni, mr hubby belanja yang mahal. Tak tolak la u. haha. Lagipun k.fiezz memang suka bau Elizabeth Arden Perfume 5th Avenue ni. Bau dia just nice & tak kuat menyengit hidung. Dari segi ketahanan untuk satu botol (125ml), tahan lama. Jadi berbaloi sangat dengan harga dia. 

Tak rasa rugi keluar duit sekaligus beli perfume mahal?

Tak. Sebab 3 botol ni tahan untuk setahun atau lebih. Bergantung pada cara penggunaan.K.fiezz pun jenis jimat. Bukannya setiap bulan beli perfume. K.fiezz punya style, dah habis semua baru k.fiezz beli lagi. 

Sebab mahal?kalau lalu sebelah,ada tak orang toleh lagi sekali sebab bau semerbak?

Haha. tak tahu. ada kot. K.fiezz pun tak tahu bau 5th avenue ni kuat sangat ke tak sebab selalunya orang yang lalu berselisih dengan kita yang perasan bau perfume kita. Macam kita sendiri, kita rasa bau perfume yang kita pakai biasa-biasa je. Tapi setakat ni tak ada la sesapa yang tegur 'k.fiezz, wangi la perfume'. so k.fiezz rasa bau 5th avenue ni tak kuat sangat. Soft & just nice. Bau perfume ni depends pada pemakai. Ada yang pakai perfume murah pun, bau semerbak. Ada yang pakai perfume mahal, tak ada bau pun. so tengok pada penerimaan badan masing-masing dengan perfume yang kita guna.  

Perlu ke Perfume Mahal-Mahal ni?

Perfume mahal ke murah ke, tak kisah. Ikut lah bajet / poket masing-masing. Untuk k.fiezz sendiri, k.fiezz tak kisah yang mahal ke murah. Yang penting penggunaan perfume ni untuk  menaikkan level confident bila berhadapan dengan orang ramai. Contoh macam kerja k.fiezz as a Personal Assistant (Setiausaha), nak la wangi-wangi. Sebab orang keluar masuk bilik PA sebelum jumpa bos. So kalau ada bau badan, orang pun tak selesa dengan kita. dan kita pun tak confidence nak berhadapan dengan orang lain. 

2 Comments

  1. woww ni perfume favourite mama ni oooo.. suka bau dia

    ReplyDelete
  2. Betul tu lak fiezz. Tak kisahlah harga murah or mahal janji kita suka dna baunya just nice kan.

    ReplyDelete