Siapa kat sini, tandas rumah dia sentiasa berbau harum. Caya lah sebab korang sangat concern dengan kebersihan dan kewangian tandas. K.fiezz nak salute sikit. 

Untuk yang kurang part penjagaan tandas ni macam k.fiezz. hehe. Jom nak kongsi dengan korang produk Mr Muscle Fresh Discs yang berfungsi sebagai wangian & membersihkan mangkuk tandas setiap kali lepas penggunaan tanpa kita perlu memberus mangkuk tandas. Macamana cara dia?jom check it out. 

Seperti yang kita tahu, tandas tempat pembuangan air kecil dan besar. Walaupun dah flush tapi bau-bauan dia masih ada melekat dalam tandas. Kalau di rumah kita sendiri, tahan lagi. Cuba kalau tandas awam atau tandas di stesen-stesen minyak. Aduh, bersabar sayang dengan bau-bauan kurang enak. Tapi nak buat macamana tandas awam. 

TESTER Mr Muscle TRY & REVIEW

Baru-baru ni k.fiezz terpilih untuk mencuba produk Mr Muscle Fresh Discs dari website Try and Review. Main mohon je. Eh, sekali terpilih pula. Rezeki rezeki, Boleh kongsi dengan korang semua pasal produk ni. 

Website Try and Review ni apa? Nanti k.fiezz explain lebih detail kat bawah. 

Sebelum tu, meh nak cerita dengan korang dulu produk Mr Muscle Fresh Discs ni. 

www.fiezasani.xyz

Mr Muscle Fresh Discs ni berfungsi sebagai wangian & membersihkan mangkuk tandas setiap kali lepas penggunaan atau tiap kali kita flush. Jadi tak ada la kotoran melekat pada mangkuk tandas dan bila tiap kali nak buang kotoran tu, kita kena berus dengan bersungguh untuk hilangkan ia. 

Dengan Mr Muscle Fresh Discs ni, kita cuma flush je. dan tadaaa, kesan kotoran berjaya dibersihkan secara sikit demi sikit selepas tiap kali penggunaan. 

Di samping tu, Mr Muscle akan memberi wangian yang segar dalam bilik air. Setiap kali melangkah masuk dalam  bilik air dah boleh bau kesegaran haruman bunga-bungaan dari Mr Muscle Fresh Discs

Kalau tanya k.fiezz, best tak mr muscle ni?yea. k.fiezz cakap best sebab bau dia. Untuk kali pertama flush, tak bau sangat. Bila dah beberapa kali, baru bau dia naik satu bilik air. Dari segi kebersihan, mangkuk tandas kat rumah k.fiezz tak kotor sangat. Cuma untuk mengekalkan kebersihan, kita letak Mr Muscle ni untuk memastikan mangkuk tandas kat rumah k.fiezz sentiasa bersih.

Cara Guna 

Tak susah pun, korang cuma perlu tekan gel Mr Muscle ni di mana-mana tempat dalam mangkuk tandas. Tapi dicadangkan letak di tempat pengaliran air keluar semasa flush

Satu tiub ni boleh bertahan dalam 6 minggu lebih kurang. 

WEBSITE TRY AND REVIEW

Okey, tadi k.fiezz ada cerita pasal website try and review ni?so website apa ni, k.fiezz?
Website ni untuk korang mohon produk-produk baru di pasaran Malaysia untuk kita cuba dan beri review di website ni sendiri. dan kita boleh kongsikan juga hasil review kita di sosial media kita. Macam k.fiezz, k.fiezz blogger. So k.fiezz aktif di Instagram, Facebook dan blog. Jadi k.fiezz kongsikan hasil review di platform media sosial k.fiezz juga. Macam entry yang korang baca sekarang ni. 

Untuk korang yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging. Boleh juga cuba mohon review apa-apa produk yang sedang ditawarkan oleh try and review di website. Ada juga bahan untuk korang buat review di blog. Kalau nak tunggu tawaran dari client untuk review, ambil masa sikit terutama kalau korang baru berjinak dengan blog. so ni salah satu cara untuk korang memperbanyakkan entry dan belajar cara untuk menulis review. 

Bagi yang tak terlibat dengan blog. Boleh je korang nak cuba. tak semestinya korang blogger. Kalau bukan blogger, korang boleh kongsi di media sosial masing-masing. Semua mesti ada kan Instagram & facebook. Jadi share je kat situ. Pun boleh. Tapi kena mohon lah dulu. Nanti pihak try and review akan tapis dan pilih. 

Macam sekarang ni, ada dua produk yang ditawarkan di website try and review >> HELLMANN'S SALAD DRESSING PERFUME ESSENTIAL OIL MOROCCAN ARGAN. 

Pi la terjah kat try and Review untuk mohon.

5 Comments

  1. Kinah pernah dapat sekali try and review ni kak fiez. Dapat sabun basuh baju hihi

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba lagi yang jenis camni. nampak lagi ok la

    ReplyDelete
  3. Ada juga try apply produk dekat try and review ni kak fiezz tapi tak ada rezeki lagi nak dapat produk review

    ReplyDelete