JIKA ANAK DEMAM
K.fiezz tertarik nak kongsi artikel ni dengan korang terutama buat mak pak yang ada anak-anak. Dapat ni dari salah seorang kawan fb k.fiezz >> Nadia Muslimah Urutan Tradisional
JIKA ANAK DEMAM.
Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu2 yg lain…
P/s :
Mandi dia ada cara... Mulakn dari kaki dl pastu badan jirus dlm 3-4 kali bgi wap panas keluaq last skali baru ke kepala......
Dah keluaq bilik mandi lap tang hidung dulu takut air masuk hidungkan kang selsema pla.. inshaAllah akan baik.
Mandi dia ada cara... Mulakn dari kaki dl pastu badan jirus dlm 3-4 kali bgi wap panas keluaq last skali baru ke kepala......
Dah keluaq bilik mandi lap tang hidung dulu takut air masuk hidungkan kang selsema pla.. inshaAllah akan baik.
Cara ke 2 mandi guna buah lemon.. hiris2 pastu letak dlm tab mandi or baldi..
Kredit : Kiyuka Hamid
6 Comments
Thanks kak fieza share, kenkadang anak demam mak jadi gabra lupa semua tips dan petua
ReplyDeletealhamdulillah ada jugak tips ni yg kami ikut. bagus sangat ^_^
ReplyDeleteGood sharing. Boleh dipraktikkan nanti kalau anak demam. Bila panas memang kena kerap mandikan anak supaya panas cepat keluarkan
ReplyDeleteInfo yang bermanfaat ni, memang ramai ibubapa yg tak tahu info ni ... Tq share.
ReplyDeletenice sharing kak fiez
ReplyDeleteFiza pun mandikan anak wlpun waktu demam memang dorang tak nak mandi sbb bila badan panas air akan rasa sgt sejuk. Hirisan lemon pun menjadi jugak.
ReplyDelete