Sibuknya kat ofis tadi. Ingat nak up entry sebab bos pun tak ada petang tadi. tapi lepas satu, satu kerja datang walaupun bos tak ada. haih, stress kejap. Selalu k.fiezz bila time free, tak ada buat apa. rajin gak taip entry di pejabat..hehe. kadang-kadang je. tak selalu. Ikut mood & idea nak mengarang. Kalau tak ada idea, memang scroll je lah atas bawah atas bawah facebook, instagram, blog

Memandangkan tak ada idea nak menaip pasal apa. K.fiezz cerita pasal makan lah. Minggu lepas, sementara tunggu mak & abah k.fiezz sampai KL, mr hubby & k.fiezz singgah makan kat gerai belakang pejabat k.fiezz tu. Berdekatan juga dengan Padang Merbuk & Aswara. 

Ada satu gerai makan area situ. Pagi, orang lain meniaga. Petang, orang lain yang meniaga.

Dulu masa mr hubby hantar k.fiezz ke pejabat, selalu juga kitaorang breakfast kat situ. Sedap juga menu dia. Boleh lah masuk kat tekak ni. 

Kalau makan petang, pernah juga kitaorang singgah makan kat situ. Mr hubby paling suka mee rebus dia tapi rasa k.fiezz macam orang yang jualnya dah tukar orang. Dulu orang lain yang jual waktu petang. Ni dah orang lain pula. tak pasti lah. rasa k.fiezz lah. 

Sokay, kita cuba lah menu apa yang ada sekarang kat situ. 

Pilihan kitaorang haritu, kegemaran k.fiezz all da time, Kuew Teow Goreng.  

www.fiezasani.xyz

Harga RM6 lebih

Dari segi rasa, sedap. K.fiezz suka. ada rencah ayam. Basah-basah macam berkuah pula tapi tak lah melaut kuah dia tu, just nice lah orang putih cakap. Cuma sayur tu, batang sayur je yang banyak. haha. jenuh asingkan. 

Kalau korang kebetulan ada kat area yang berdekatan (k.fiezz mention atas ni), boleh lah cuba makan di gerai tu. Pagi & petang orang yang lain meniaga. Tapi kedai yang sama. Cuma tukar orang yang meniaga je. 

6 Comments

  1. amboi meriahnya kuew tiow Fiez, kak ana pun suka basah2 macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka jenis basah2 camni. sama selera kita,k.ana..

      Delete
  2. kuew tiow sup lebih sedap berbanding goreng..

    yalah lain orang lain citaarasa dia

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeee.. sy kalo kueyteow yg basah2 gni suke.. yg kering pon suke..
    jnji kueyteow goreng.. haha

    ReplyDelete
  4. sedapnya alahai di hujan2 gini

    ReplyDelete
  5. sedapnya. suka suka jer kueh teow ni.

    ReplyDelete