Konvoi ke Langkawi - Laksa Ikan Sekoq Langkawi Banyak Tulang?
Jom sambung cerita cuti-cuti konvoi mr hubby & k.fiezz ke Langkawi bulan lepas. hehe. sorry lah, lambat benor update. Busy gitu. Busy sangat k.fiezz ooiii.. Entry sebelum, boleh baca di sini
>> Konvoi Ke Langkawi Homestay Di Langkawi Sri Legend Resort Condominium <<
>> Konvoi Ke Langkawi Homestay Di Langkawi Sri Legend Resort Condominium <<
Entry yang ni, k.fiezz nak kongsi makanan wajib kalau ke Langkawi iaitu Laksa Ikan Sekoq Langkawi. Sedap sangat ke sampai jadi bualan dan carian di Google pun memang hit Laksa Ikan Sekoq Langkawi ni.
Masa di terminal feri Kuala Perlis haritu pun ada satu kedai makan yang jual specialty dia Laksa Ikan Sekoq ni. Bukan main besar banner dia Laksa Ikan Sekoq. Tapi k.fiezz & mr hubby tak ada try pun makan. Nak tunggu sampai Langkawi. Nak rasa yang Langkawi punya.
Tempat yang kitaorang makan ni, berdekatan airport Langkawi. Lokasi tempat makan, di bahagian belakang airport. sambil makan sambil tengok kapal terbang berlepas. Lokasi tempat makan ni tepi jalan, menghadap pantai. Meja2 makan letak secara terbuka bawah pokok-pokok.Dah la masa tu nak hujan, tengok keadaan mendung semacam. tapi dah sampai Langkawi, nak juga rasa Laksa Ikan Sekoq Langkawi, gigih juga lah.
Semua peniaga yang jual Laksa Ikan Sekoq area sini guna lori je. Bukan kedai tau. Berderet beberapa buah lori yang jual menu Laksa Ikan Sekoq Langkawi area sini. Pilih lah yang mana nak, hat kitaorang makan ni , suggest by tunang kawan mr hubby. Orang Langkawi. Sedap katanya. Baikkk.. Jom try.
1st impression, kuah dia boleh lah. ada rasa cuma cuma tulanggggg banyakkk la weiiii. tak tapis dulu ke apa tulang sebelum masuk dalam kuah isi ikan. K.fiezz tahu buat laksa. k.fiezz tahu proses dia macamana. Memang tak tapis ke tulang-tulang ikan lepas blend tu. ke laksa ikan sekoq langkawi ni punya style tak perlu tapis. lepas blend terus campak dalam isi ikan yang dah di kisar sebelum tu. huhu. k.fiezz paling tak suka makan laksa, tulang ikan bersepah dalam kuah. patah selera nak makan. to be honest yang ni memang failed.
Dah lah servis slow. K.fiezz lepas order laksa ni, nak beli ABC. jenuh lah berdiri, repeat entah berapa kali kat pekerja situ. sampai dah naik give up k.fiezz order. Penyudahnya k.fiezz terus duduk, makan laksa. Masa k.fiezz duduk tu, mr hubby tanya 'order apa?'.. K.fiezz cakap nak order ABC tapi tak di layan. tak pe la minum je lah air masak. Elok untuk kesihatan. Cakap sambil tahan marah benornya tu. haha. Elok baru makan dua tiga suap, hujan dah start rintik-rintik. aduhh.. mula kitaorang bertahan juga duduk, sekali tak boleh jadi hujan makin lebat. berlari bawa mangkuk laksa cari tempat berteduh.
Lagi menambah stress makan sambil kena asingkan tulang dalam mulut. serius.. k.fiezz memang tak suka makan laksa yang banyak tulang ni.
K.fiezz tak tahu lah mungkin style Laksa Ikan Sekoq Langkawi ni, tulang banyak kot. sorry, bukan nak kutuk. tapi k.fiezz kurang lah kalau Laksa yang banyak tulang ni. Failed. Yang ni, k.fiezz tak habis pun sebab banyak sangat tulang.
so this is my 1st impression makan laksa ikan sekoq langkawi ni. Mungkin kena dengan selera orang lain tapi dengan k.fiezz, tak. sebab TULANG BERSEPAH. i is stress makan Laksa Ikan Sekoq Langkawi ni. Oo masa ni kitaorang tak dapat pun ikan sekoq sebab dah habis. dapat laksa biasa yang memang standard ada ikan separuh agaknya (rujuk gambar atas).
5 Comments
Teringinnya nak makan laksa..kena buat sendiri la kot..kalau beli sure pedas apa segala kan..dah la x leh makan pedas
ReplyDeletesedap laksa! lama xmkn..
ReplyDeletePopularkan laksa ikan sekoq ni. Pernah makan dulu tapi lama dah lah. Dah lama juga tak pi langkawi nanti.
ReplyDeletestress wei makan banyak tulang ni. betul tu, boleh hilangkan rasa nak makan ... Hurmmmm, kena try kedai lain.
ReplyDeletefemes laksa ikan sekoq ni..tk pernh try
ReplyDelete