Jalan-Jalan Cari Makanan Di Pasar Malam Pantai Dalam
Semalam entry emosi. hehe. biasa lah perempuan,kan. Kadang mood elok. kadang tetiba nak marah. kadang tetiba sedih. haih,complicated tau tak perempuan ni. haha. Sokay, harini k.fiezz up entry happy pula.
Ni cerita 2 minggu lepas masa mak dan abah turun KL. Saja nak cuti-cuti. Haha. Yelah lama duk KL, dari k.fiezz baby sampai k.fiezz dah kahwin ni, dah biasa dengan suasana bandar, bila sekarang dah duduk kat kampung,sesekali rindu juga suasana KL..dah, jangan tanya umur k.fiezz. Rahsia?haha. nak tahu, baca entry semalam, k.fiezz ada beritahu umur k.fiezz tapi bukan exact number. haha. Sensitif part umur ni.
Berbalik pada cerita mak dan abah k.fiezz turun KL ni. Masa diaorang tinggal kat KL dulu, mak dan abah k.fiezz memang rajin ke pasar malam di Pantai Dalam ni. Kat sini pasar malam dia meriah. Sepanjang jalan. Sampai tak tahu nak beli apa. Banyak sangat barang. haha. K.fiezz rajin juga ikut mak dan abah kalau diaorang ke pasar malam ni. Tapi lepas mak dengan abah dah duk balik kampung, memang lama dah tak turun pasar malam pantai dalam ni. Biasalah, mr hubby tak rajin. haha. bukan kutuk tau. kenyataan.
Dah kebetulan turun KL haritu, mak ajak ke Pasar malam Pantai Dalam ni. Mak nak cari APAM BALIK kesukaan mak kat sini. Sebab (tengok gambar bawah ni) kenapa mak k.fiezz suka..
Sesekali jalan kat pasar malam. haha. peghak jap k.fiezz. lama tak turun ke pasar malam.
Masa ni tak ramai orang lagi. Kalau tak pasar malam sini, meriah weiii..nak jalan pun berhimpit.
Dapat dah apam balik favourite mak
Hah, ni lah apam balik favourite mak k.fiezz. Tebal. Tu yang mak k.fiezz suka.
Next. Popia basah favourite abah. Belikan sekali untuk mr hubby.
Lepas beli ni, terus balik rumah.
Ni lah apam balik yang jadi favourite mak k.fiezz tu.
Popia basah. Sedap juga. K.fiezz tak berapa sangat popia-popia ni. Nak rasa, boleh je. Favourite, nope.
Hah. ni favourite k.fiezz.haha. k.fiezz ko kalau yang manis-manis cam ni tambah2 coklat, memang tak boleh nak kawal nafsu. Ni Pisang Goreng Cheese Coklat. RM7 ada 10/11 ketul. Tapi kecil-kecil je pisang dia. Boleh lah.
so misi mencari apam balik berjaya. hehe. Repeat, tunggu mak dan abah k.fiezz turun KL lagi. hehe
4 Comments
SA pun suka apam balik tebal macam ni...sedap...puas makan..pas tu request jagung lebih..huiiii dapnyaaaa
ReplyDeletepasar malam tempat paling best. syurga beli belah. sebab lepas beli terus makan ngap. hehehehee
ReplyDeletewahhh pelbagai makanan yg ada ya..sebab rabia x pergi dh pasar malam
ReplyDeleteApam balik tu nampsk sedap sangat
ReplyDelete