Dapur FiezaSani - Kek Batik
Mr hubby lama hint suruh buat kek batik ni. tapi k.fiezz tak confident. takut tak jadi. kang membazir je beli bahan tapi penyudahnya ke tong sampah. Tapi baru-baru ni, mr hubby beli juga bahan-bahan. Jadi nak tak nak kena buat lah juga,kan. Dah beli bahan-bahan dia.
K.fiezz memang tak pernah buat tau kek batik ni walaupun ramai cakap kek ni paling simple. paling senang. walaupun senang lah, simple lah. Memang tak ada nya k.fiezz terpikat nak buat. tak confident tu lagi tinggi.
Tapi sebab kena buat juga, so k.fiezz helo-helo mama tanya resipi. Mak mertua k.fiezz memang tahu buat kek batik ni. Dia pernah buat masa datang rumah kitaorang beberapa bulan lepas.
K.fiezz masa tu tengok gitu-gitu je cara buat dia. tak lah hafal.
so haritu lepas telefon mama, gigih la k.fiezz buat kek ni. memang senang pun cara buat dia. tak susah mana pun. cuma cuak takut tak jadi je. takut dia lembikk. adeh.
Lepas dapat guide dari mama (mak mertua), kita mulakan operasi. step by step sampai lah siap. Esoknya tunggu nak potong.
uwaaaa..napa lembik ni. tak keras pun. tapi mr hubby makan je, dia cuma komen 'manis'. mungkin sebab susu pekat tu rasanya terbanyak. Walaupun tak berapa nak menjadi, k.fiezz post juga status buat kek batik ni dalam whatsapp status k.fiezz. Saja..Sekarang ni kan, semua pun nak update dalam status WhatsApp lah, FB, IG. hehe. habit orang sekarang. hehe. K.fiezz tak terkecuali, sikit-sikit nak update. haha.
Eh sekali bos k.fiezz whatsapp tepi, dia tanya bila boleh rasa?adeh.. sogan nak bagi member-member atau orang luar rasa masakan k.fiezz ni. takut tak mencapai piawaian tekak diaorang.
tapi tapi semalam, hasil diskusi kat unit k.fiezz. bos nak buat makan-makan sempena semua kerja-kerja yang melibatkan unit kitaorang dah selesai semua. Kira macam kenduri kesyukuran la ni. Jadi hasil diskusi, masing-masing kena bawa sumbangan (portluck). dan tetiba nama k.fiezz naik kena buat kek batik. ah!sudah..weii yang first time hari tak menjadi, tau dak?tapi member-member suruh buat juga.
Ni cabaran ke apa?
Baik..cabaran di sahut. Semalam balik kerja, singgah SOGO cari bahan-bahan >> Buttercup & biskut Marie. Susu & milo memang dah ada kat rumah. Ingat nak cari serbuk coklat sebab member pejabat k.fiezz cakap, kalau dia buat kek batik dia guna serbuk coklat. lagi sedap katanya. tapi kat sogo tak ada lah pulak. Jadi kita guna je lah MILO.
balik rumah, habis je masak. lepas tu makan malam. sambung bersilat buat kek batik ni pula di dapur.
Antara bahan-bahan yang k.fiezz gunakan
CARA MASAK -
1) Masukkan buttercup dalam kuali (k.fiezz guna separuh buttercup) & gaul sampai cair
2) Diikuti dengan susu (2 sudu - ikut nak manis tahap mana. kalau nak lebih, tambah lagi susu pekat.
3) Dah sekata susu & buttercup. Masukkan pula milo (2-3 sudu atau lebih). Kacau sehingga sekata & tak berketul-ketul. *tak nak guna milo, boleh guna serbuk coklat (kawan k.fiezz cadangkan Van Houten)*
4) Kemudian masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan & kacau sekata.
5) Lepas semua bahan dah sebati, tuangkan ke dalam bekas kosong. Pedapkan bagi ketat semua adunan dalam bekas. Kemudian masukkan dalam peti ais semalaman. Esok pagi, baru potong & siap untuk di makan.
Dan ini hasil lepas masukkan dalam bekas. K.fiezz pedapkan bagi semua bahan ketat dalam bekas ni.
Dan ini hasil lepas di potong-potong.
Rasa dia, okey ke? kawan-kawan pejabat k.fiezz komen sedikit masin (mungkin sebab buttercup), tak manis sangat (dah cun tu). Ada seorang member ofis k.fiezz cakap 'dah boleh buat jual, beb'..hehe..insyaallah, kena improve lagi tu. Kalau semua lulus, baru boleh next step, jual ke?eh. haha. ala, ramai reti buat kek batik ni. k.fiezz yang baru belajar.
Apa komen bos k.fiezz?Dia cakap separuh dari bekas ni dia yang makan. K.fiezz tanya sedap ke? dia cakap lain kali kalau dia jeling-jeling tu, paham-paham je lah.haha. Maksudnya 'nak lagi la tu'..hehe
2 Comments
kena cari unsalted butter.
ReplyDeletekalau beli butter, cari kat kulit butter tu "unsalted", baru tak masin.
van houten tu sadap tp x senang nak cari juga kat sini.
lepas ni try buat cheesekut pulak! lagi senang hihi
ReplyDelete