Seriusly rasa nak menangis kat office tadi tau tak?k.fiezz ada job kena buat yang melibatkan edit-meng edit gambar & kena ada tulisan gerak-gerak (gif). Dalam handphone k.fiezz memang ada beberapa apps yang k.fiezz guna untuk edit gambar. Paling k.fiezz suka guna snapseed, terbaru inshot..Picsart pun k.fiezz suka. tapi semalam k.fiezz cuba buat edit gambar guna apps yang k.fiezz suka, inshot.. tak boleh weiiii.. Gif tu tak keluar. tak jadi lah ceritanya. Stress...

Bila baca briefing dari client, ada bagi guideline boleh edit gambar-gambar guna aplikasi Canva. apps to edit photo. 

Dengan senang hati, 'eh, buat kat pejabat lah'..ceh, konon ingatkan senang. Sesambil buat kerja gitu. Download apps Canva di PC. Start buat. Masukkan gambar & template yang nak digunakan. Tak boleh. Gambar k.fiezz yang nak guna untuk edit ni belakangnya background. K.fiezz tak tahu macamana nak buang background tu jadikan dia transparent. Try sekali bila nak buat. Tak jadi. buat  lagi. Tak jadi..weiii, bengang dah ni. Tak jadi kerja tadi. Menghadap canva tu je. 

Lepas tu baru k.fiezz terfikir, nak buang background gambar tu & jadikan transparent, k.fiezz guna apps Pics Art dulu. Lepas tu baru guna Canva untuk edit masuk yang tulisan gerak-gerak (gif) pula. Yang masukkan tulisan & template senang je bila guna Canva ni.  Patut client suruh guna Canva. Cuma part nak buang background dalam gambar k.fiezz tu, yang k.fiezz bermasalah tadi. 

k.fiezz tak berapa familiar dengan apps Canva ni sebab jarang guna. Jadi tak berapa cekap nak cari kat mana tools yang ada dalam tu. 

Gambar yang sehari sebelum tu edit guna Canva, mr hubby tolong selesaikan. Silapnya k.fiezz tak tengok mr hubby buat. Dah siap, mr hubby hantar gambar yang dah siap edit tu pada k.fiezz. k.fiezz, dengan senang hati post di IG seperti arahan yang diberi. Ingatkan senang je apps Canva ni. Buat-buat lupa, harini kena buat lagi 2 task, satu di IG Post. satu lagi di IG Story. yang memang kena guna Canva sebab melibatkan gambar ada tulisan bergerak-gerak. 

Lepas tak jadi tadi, tanya 2 orang geng blogger k.fiezz yang buat task sama. Seorang tu guna apps lain. Seorang lagi guna canva. Yang guna Canva ni, ada ajar k.fiezz. tapi tak jadiiii. 

Dengan kerja pula tadi di pejabat, boleh tahan. Lepas tu orang nak keluar masuk sebab pejabat k.fiezz ada pass Kementerian untuk keluar masuk, Kalau orang luar yang tak ada pass ni memang kena panggil staff untuk bukakan pintu. Bilik k.fiezz yang paling dekat dengan pintu, jadi memang orang panggil k.fiezz lah untuk bukakan pintu. Dah gangguan di situ sebab k.fiezz tak boleh nak concentrate untuk edit gambar dengan Canva ni. 

Tu belum lagi, k.fiezz masukkan gambar yang k.fiezz nak guna di My Drive Gmail. so boleh ambil dari situ je. senang. eh, berapa kali k.fiezz masukkan gambar dari handphone, save  ke My Drive. Bila buka My Drive, tak ada gambar yang k.fiezz dah upload tadi. huhu..geram dah ni..

Misi edit gambar dengan Canva tadi & mengejar dateline untuk posting sebelum pukul 1petang tadi, gagal. Patutnya ada 2 posting di IG. satu IG Post & satu lagi IG story. Yang IG story sahaja yang berjaya k.fiezz edit dengan aplikasi Canva ni. Memang seronok bila jadi tu. tak percaya berjaya edit gambar dengan Canva. Senang je rupanya..eh..haha..Cuma satu lagi yang tak berjaya tu, sis stress...

Balik rumah tadi, mengadu dengan mr hubby. 5 minit je buat, dah siap yang untuk 1 lagi posting. Lagi best, buka MyDrive k.fiezz kat Gmail. Gambar yang k.fiezz masukkan siang tadi di pejabat, berderet ada dalam folder My Drive. Huh. sabar sangat k.fiezz menengoknya. 

Yang dah berjaya buat dengan mr hubby petang tadi, tak boleh nak post sebab dah lepas dari dateline yang patutnya pukul 1 ptg tadi. 

Jadi rasanya sebab PC & line internet di pejabat tak berapa kuat sangat, tu yang bila k.fiezz nak ambil gambar dari My Drive tadi, tak ada. Walaupun dah refresh banyak kali dalam My Drive, gambar-gambar yang k.fiezz dah upload tak masuk dalam tu. 

Ikutkan silap k.fiezz juga ni sebab task dah beri awal (hujung bulan Oktober). Tapi k.fiezz jenis suka bertangguh buat kerja. huhu. last minute baru hegeh-hegeh nak siapkan. huhu

Moral of the story, lain kali siapkan task awal. Tunggu untuk posting ikut tarikh je. Selesai. 

Update - Masa k.fiezz taip entry ni, client inform tak apa boleh post je gambar sebelum pukul 10mlm. Yeay...legaaaa...actually tadi client dm k.fiezz lepas pukul 1pm, tak nampak post k.fiezz di IG. k.fiezz terus terang cakap ada masalah edit gambar. dia ada juga tolong tapi k.fiezz tak berapa faham. so berlarutan kitaorang punya conversation sampai malam ni. bila k.fiezz cakap dah berjaya edit, dia bagi green light post je walaupun dah lepas dari time yang patut kena post..so laju-laju post..thank you client..

6 Comments

  1. Dah pernah belajar apps canva ni tp x pernah guna, satu bende pun x ingat. Kalau nk guna nanti, kena belajar baliklah jawabnya... :)

    ReplyDelete
  2. Heheh guna photoscape je kalau saya :P

    ReplyDelete
  3. kalo sy xpndai lgsg nk edit gmbr.. haha

    ReplyDelete
  4. Saya baca dua kali.. tak juga faham-faham.. hehehe saya memang buta bab-bab gadjet dan IT ni. Kalau dapat henpon lama pun masih boleh hidup. Kalau bab-bab macam ni saya serah kat suami je lah. dia memang minat benda-benda macam gini..

    ReplyDelete
  5. yes saya pun suka guna canva kat pc. kat hp boleh buat tp utk gambar yg simple2 ja la. hehehe

    ReplyDelete
  6. Huiii kalau SA dah stress giler dah tu..semua kerja tak menjadi nanti

    ReplyDelete