Hello November and I'm Obsess Cosmetics Agent
Hello November...Be nice to me & give me all the good news. Aamiin. Kejap dah masuk bulan November, kan. Rutin kerja-rumah-kerja-rumah, eh dah hujung tahun.
Bismillahirrahmannirahim..k.fiezz nak buat pengumuman ni, k.fiezz sekarang secara rasminya agent Obsess Cosmetics. K.fiezz cover di kawasan Kuala Lumpur (Bank Negara / Sogo / JKR & Jalan Klang Lama), yang mana berdekatan dengan pejabat & rumah k.fiezz untuk COD dan melalui pos, k.fiezz buat semua tempat. haha. rezeki jangan di tolak orang kata.
Terjebak Dengan Obsess Cosmetic?
Dah macamana k.fiezz terjebak dengan Obsess Cosmetic ni?Macam yang semua tahu (eh..ada ke yang ambil tahu). Kalau ada lah. Kalau tak ada, tak apa. Meh nak cerita sikit. K.fiezz baru perasan yang minat k.fiezz lebih terarah pada kecantikan. Kalau perasan, k.fiezz selalu juga buat job review yang melibatkan kecantikan. Suka kecantikan jadi rasa nak bercerita pasal kecantikan tu, lagi semangat nak menaip di blog. Jadi bila ada peluang depan mata untuk jadi salah seorang mini agent Obsess Cosmetics, tak lepaskan peluang lah uoll sebab boleh bercerita / berkongsi produk-produk yang boleh buat wanita lain pun cantik macam k.fiezz.eh..haha #perahsan..
Sebelum terjebak dengan Obsess Cosmetics ni, k.fiezz memang terlibat dengan dunia perniagaan secara kecil-kecilan. Cewah. ayat skema sangat tau. haha. tak lah dunia perniagaan yang juta-juta tu. K.fiezz jadi dropship jamu untuk wanita.
Okey tu okey permintaan jamu yang k.fiezz jual ni. cuma macam bosan sebab k.fiezz tak minat sangat jamu tu memandangkan k.fiezz sendiri bukan pengamalnya. Memang plan nak amal tapi belum lagi masa untuk amalkan sebab k.fiezz tengah berusaha untuk hamil. Tak sesuai nak ambil jamu tu. Selalu dapat pertanyaan 'k.fiezz amalkan ke?'. huhu . serba salah nak jawab.
Dan k.fiezz tahu minat k.fiezz memang lebih pada kecantikan. K.fiezz suka mekap. K.fiezz suka kumpul lipmatte. K.fiezz suka nak kongsi apa-apa topik berkaitan kecantikan. Jadi haritu ternampak ada Agent Obsess yang mencari Mini Agent Obsess Cosmetics. Terus laju-laju k.fiezz pm tepi. dan alhamdulillah, kebetulan masa tu tengah ada offer untuk jadi mini agent. Tanya sikit latar belakang Obsess Cosmetics ni & k.fiezz buat penyelidikan di Google, nampak produk Obsess Cosmetics ni memang banyak feedback positive. Apa lagi laju-laju daftar jadi mini agent.
Selain dari minat berkaitan kecantikan, k.fiezz rasa satu kelebihan bila dah terjebak dengan Obsess Cosmetics ni sebabnya k.fiezz boleh selit-selitkan di blog k.fiezz ni entry berkaitan kecantikan. Selalu entry kecantikan ni, memang ramai wanita suka baca & cari di Mr Google. Satu kelebihan di situ. Macam jamu yang k.fiezz jual tu pun, sebab ramai google dan jumpa blog k.fiezz , ramai yang beli. Alhamdulillah. Rezeki.
So kali ni k.fiezz nak cuba dengan Obsess Cosmetics pula. Doakan menjadi. Aamiin. hehe
OBSESS COSMETICS?
Mungkin ada yang pernah dengar jenama Obsess Cosmetics ni?dan ada yang tak pernah dengar. Untuk info, Obsess Cosmetics ni dah 4 tahun dalam pasaran. Barang-barang kosmetik di bawah label Obsess Cosmetic (sila rujuk senarai)
>> Too Smooth Too Resist Loose Powder
>> Chocolate Paste Mascara
>> Bite My Cushion Foundation
>> Pop That Eyebrows Brow Definer
>> Mattely in Love Liquid Lipstick
>> Sweet & Tasty Travel Kit
>> Coming Soon (Blusher)
Nanti k.fiezz kongsi tutorial dengan produk Obsess Cosmetics.
Update-update terkini, korang boleh follow IG k.fiezz >> Obsess_fiezasani
Pertanyaan & Order >> WhatsApp (Obsess_fiezasani )
COD (Weekday - LRT SOGO) / (Weekend - Jln.Klang Lama / Bkt Jalil dan yang berdekatan)
Postage - Seluruh Malaysia
2 Comments
Tahniah dah jadi agent obsess cosmetic. Rabia pun minat kecantikan jugak. Kalau jamu tu, Rabia makan jugak. But not all jamu Rabia makan. Rabia pun obsess dengan kecantikan jugak ni. Nanti rabia follow Instagram obsess kak fieza ya . Goodluck for your business ♥️
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, mana ada rezeki halal yg sesuai tak salah mencuba. All the best kak, nt update la lagi ttg produk ni
ReplyDelete