Bila tetiba tengah down & terbaca post dari salah seorang tukang urut yang k.fiezz pernah pi berurut dulu. Macam tahu-tahu je k.fiezz tengah down ni. Bukan senang tau nak keep positive all da time. Ada masa, ter negatif juga tambah-tambah bila fikir faktor usia yang makin meningkat ni.

Kadang terfikir, eh boleh ke pregnant dalam usia ni? Sebab dah berusia,kan. huhu. tambah pula kadang terbaca sesapa update, nak pregnant lagi sebelum umur 35..huhu. sis dah lebih 35, tau..so bila baca ayat-ayat tu, rasa down sangat. terasa diri ni tua. Huhu. Dalam hati bila baca caption macam tu, mentang lah korang dah berderet anak. update tanpa fikir dalam senarai kawan2 tu mungkin masih ada yang berusaha macam k.fiezz ni. tapi kita tak boleh nak marah. masing-masing punya sosial media. kalau macam ni k.fiezz yang terasa, k.fiezz hide kan je status dari si polan. huhu. sorry. nak buat macamana. tak nak down kan diri sendiri. K.fiezz pernah unfriend sorang dalam senarai kawan di FB. sebabnya dia update caption seperti di atas. tak marah kat dia cuma diri sendiri yang terasa dengan caption tu. 

Tue belum lagi kadang tengok kawan-kawan yang sebaya k.fiezz, anak memasing dah sekolah. pi konvo tadika anak, anak dapat keputusan periksa cemerlang..and so on. k.fiezz mampu like je lah. 

Kadang malas nak fikir, cuba sentiasa positif dengan Allah. Sis manusia biasa. Ada masa bersangka baik. Kadang tak. Allahu. Ada lah hikmahnya yang kita tak tahu. yang penting sentiasa bersangka baik. 

Pernah lah kadang tu terfikir nak bagi keizinan Mr Hubby kahwin lagi kalau dia nak zuriat yang berbin / berbinti kan dia. Serius..kadang terfikir. Tapi tak pernah terluah. Setakat terfikir je. Mana tahu dapat yang muda,lagi subur dan tak bermasalah macam k.fiezz ni. huhu. 

Tapi tue lah. tak terluah. Setakat ni mr hubby tak ada lah buat hal ke apa. alhamdulillah..tapi hati lelaki kan, mana kita nak tahu. dan ntah kenapa sekarang ni macam ada feeling wife instinct tu..ala, yang isteri ada deria ke-6 tu kalau suami buat hal. haha. ntah. perasaan je kot. malas nak layan. 

Haih, nampak tak..Mula lah k.fiezz ni nak negatif..

Positif..Positif..sila memunculkan diri masuk dalam badan sis ni..Tapi betul dari kata-kata K.Jue ni. K.fiezz setiap kali usaha mesti k.fiezz berharap sangat menjadi. Tapi tapi bila tak menjadi, tu yang jadi down sangat sangat. Sebenarnya lupa, semua usaha tu penting tapi apa pun berbalik pada rezeki dariNYA. Kalau pulun buat waktu subur pun, tapi Allah kata belum rezeki, belum lah tu..huhu. K.fiezz selalu lupa part ni. sila ingat lain kali, yea k.fiezz. 

Macam k.fiezz sendiri, k.fiezz ada buat test Ovulation, untuk tahu waktu subur. Memang excited sangat bila dapat result 2 line yang pekat, bermaksud tengah subur. Bila waktu subur ni, memang kena on lah citer dia..For info dalam setiap kitaran haid wanita, ovulasi berlaku sekali je dalam tempoh tu. Kalau tak menjadi kitaran yang tu, sila la cuba bulan yang berikutnya. Dalam tempoh subur tu, suami isteri digalakkan bersama dengan lebih kerap untuk memudahkan perjumpaan antara sperma & ovum. Dan sperma lelaki boleh tahan 3 hari, kalau tak silap. tapi tue lah kalau sperma dalam keadaan gagah perkasa dan tiada masalah. Itu yang digalakkan suami isteri kena bersama dengan lebih kerap waktu tempoh subur ni. 

dan masalah k.fiezz adalah pcos. which is PCOS bukan setiap bulan ada ovulasi. huhu. Sadis kan. Memang bila berada dalam situasi ni, down sangat. Tue yang k.fiezz rasa kalau tetiba mr hubby cakap 'sayang, nak tambah cawangan sebab nak anak'..Rasanya k.fiezz bagi je. Serius. Sedar diri kan. So jangan ego sangat. haha..mak mertua k.fiezz pun sure happy dapat cucu lagi..

Thank you K.Jue untuk kata-kata ni. at least penguat semangat untuk k.fiezz yang tengah down ni. 

www.fiezasani.xyz

Okey, dah kita cerita pasal pregnant-pregnant ni, saja nak kongsi dengan korang yang dalam usaha untuk hamil nak cari tukang urut, boleh lah roger K.Jue ni. Dulu dia ada SPA kat dalam FRIM Kepong tu tapi tak silap k.fiezz dalam bulan depan, dia dah start operasi di Ipoh.  Sebab dia dah pindah sana. K.Jue ni tukang urut bertauliah. Sesambil urut dia akan bagi nasihat juga tentang jaga pemakanan, kesihatan untuk yang nak hamil macam kita ni terutama yang ada masalah cyst, pcos, fibroid. K.Jue ni selalu gak membebel kat semua TTC, makan kena jaga. amalkan cara hidup sihat baru senang lekat. tapi degil. k.fiezz lah salah seorang tu. tu yang tak berjaya lagi sampai sekarang. hehe. 

Walaupun k.fiezz tak berjaya hamil lepas urut dengan dia jangan la judge dia tak bagus pula. Salah sendiri yang tak nak jaga makan, tak nak bersenam. Dia mampu tolong dengan urutan, yang lain terserah pada kita sendiri. Ramai yang berjaya pregnen dengan k.jue ni, diaorang jaga pemakanan & amalkan cara hidup sihat. Majoriti yang berjaya pregnant dengan K.Jue ni semua cerita menda yang sama. So salah siapa sekarang yang tak berjaya macam k.fiezz ni.huhu. bukan salah K.Jue. Jadi korang yang tengah berusaha & nak cuba berurut, boleh lah pi jumpa K.Jue ni. 

Lagipun tak silap k.fiezz untuk yang nak hamil macam kita ni patutnya memang selalu kena urut pun untuk bantu peredaran darah berjalan lancar. Yelah kita ni makan macam-macam. senam jarang-jarang bak kata P.Ramlee, so tak tahu dalaman kita macamana..Jadi cara terbaik berurut. Selain tue boleh menyegarkan badan tau lepas berurut ni. Untuk yang nak hamil, digalakkan urut sebaik habis period. 

Masa k.fiezz pi berurut dengan dia dulu, k.fiezz & mr hubby berurut. Untuk lelaki ada tukang urut lelaki yang akan urutkan. Bukan K.Jue ni pula.

Kalau korang follow dengan K.Jue ni di FB dia selalu membebel pasal trying to conceive ni. Kadang dia bagi guideline, tips, info. Ada masa dia marah orang yang malas nak cari info dari group TTC yang dia dah buat. Dah ada dalam group tapi bila nak cari info, pi tanya..Spoonfeed orang kata. K.Jue tak suka orang yang malas macam ni. Nak anak kena rajin, kata dia. Tegas lah citernya k.jue ni. haha.Korang yang hati tisu dan cepat sentap tak digalakkan follow K.Jue ni.hehe

Selain berurut k.jue ni ada buat jamu homemade untuk kesihatan dalaman wanita. K.fiezz pernah makan jamu K.Jue ni. Serius sedap. Kalau pi berurut dengan dia, dia tak paksa pun suruh beli jamu dia. Terpulang. Nak beli, beli. Tak nak, sokay. 

Nak follow K.Jue >> FB (juenaqayla08)

5 Comments

  1. Sedih la pula baca entry ni.
    Semoga baik2 saja utk FS dan suami.

    ReplyDelete
  2. Sabar jer Fiez..adakala kita smeua ni di uji dengan kepelbagaian ujian..insyaallah..semoga usaha fiez dan suami akan mencapai kejayaan...

    ReplyDelete
  3. aka..setiap manusia diuji dengan dugaan yang berbeza..at least akak dah bersuami..saya masih single..umur pon 30an dah..see,jangan putus asa..chill okay..saya doakan sis dapat anak cepat cepat. follow here #482

    ReplyDelete
  4. eh... apa plak tua nya. I dpt Rizq masa umur 36 tahun tau. Memang mak kertu. Tp walo I tua, I dapat full bf Rizq smpai umur 2 thn lebih. Eh. 3 tahun. Haha. Orang selalu ckp da tua takde susu. Haha.. mitosss...
    I rasa kita sebaya kan. Thn ni umur 40 thn. Atau maybe fizz lebih la kot. 42 camtu. tp rilek je.. tua tak tua pun bkn penentu.
    Lagi satu, selain urut, Fizz da try IUI / IVF?
    Rizq adalah anugerah Allah melalui treatment IUI. Alhamdulillah.. Rezeki kami.
    Uols berdua bleh try pi consult dgn Dr Natasha di KL Fertility Centre. Seorang doktor yang sangat la nice... smpai skrg kami ber contact. KL Fert ni selalu buat free forum. Boleh la join talk tu.

    TBH -masa I TTC selama 8 tahun - I tak pernah pergi berurut. Tak tahu kenapa, tapi tak pernah rasa nak pegi. So, selama tu,I memang pergi ke pakar je. LPPKN, Dr. Hamid and last but not least - berjaya dgn Dr Natasha :)

    Apa pun, yakin dan percaya lah - ada hikmah di sebalik journey kita ini. Dan jgn putus asa berdoa. Ada rezeki lebih, buat umrah :) *hugs*

    ReplyDelete
  5. Setiap manusia rezeki mereka berbeza. In shaa Allah ada rezeki kak Fiezz nak timang anak cuma belum tiba masa. In shaa Allah semoga impian kak Fiezz akan terlaksana.

    ReplyDelete