Shopping time. Hari Jumaat, memang favourite kebanyakan pekerja-pekerja wanita government sebab REHAT LAMA (12.15 - 2.45ptg). hehe. K.fiezz bukan dalam kategori rajin keluar time rehat hari Jumaat sebab tak ada geng. Tapi kalau ada geng, jangan..jangan tak ajak. confirm k.fiezz laju je joint geng keluar time rehat hari jumaat. hehe

So semalam k.fiezz joint 2 orang member pejabat ke Jalan TAR. Salah seorang member k.fiezz ni ada lah cerita satu kedai area Jalan TAR yang jual baju blouse murah. Dia cakap kedai ni kat mana. K.fiezz boleh agak lokasi kedai ni. Tapi mr hubby k.fiezz bukan seorang yang rajin nak keluar weekend. Huhu. Kitaorang memang jarang giler keluar time weekend . Yang dekat area-area rumah pun, mr hubby tak mau. Ni kan pula nak ke area Jalan TAR. Memang out of topic lah cerita dia.  Kalau keluar pun, kalau betul-betul ada hal. Saja-saja, memang tak lah. 

K.fiezz pun kalau nak ke area Jalan TAR ni, memang keluar hari kerja. Hari Jumaat lah selalunya, lepas balik dari kerja. Lepas dah shopping atau dah dapat apa yang nak beli, senang balik rumah naik LRT dari SOGO tu je.

Berbalik pada cerita k.fiezz & member-member pejabat ke Jalan TAR ni semalam, kitaorang ke kedai jual baju blouse murah yang member k.fiezz beritahu sebelum ni. 

BUTIK PARI jual baju blouse murah

Masuk je dalam butik PARI ni, rambang jap mata weiii. Bergantung baju-baju blouse, baju kurung, dress kat dalam tu. Allah. Ni yang lemah ni. Nasib dah budget berapa yang nak shopping. Kawal nafsu weii. 

Harga pun memang murah-murah lah cerita dia. Macam blouse, range harga antara RM19-RM25. Baju kurung yang dah siap, RM39-RM59. Dress RM40. Apa lagi yeak. Tudung. tak perasan pula harga. tapi murah juga tu. 

www.fiezasani.xyz

Majoriti kat sini blouse. Macam-macam design. Naik rambang biji mata tengok. 
eh. yang ni cantik. tengok belah sana, eh cantik juga..aduuuuiii..perempuan sangat kan. memang dasar kaki shopping. haha. kalau duit berkeping-keping dalam bank, confirm shopping tanpa was-was. haha. tapi tak pe lah, duit tak berapa nak berkeping pun kurang2nya kita belajar berjimat cermat, yea tak? haha. ayat sedapkan hati je ni. haha

www.fiezasani.xyz
so k.fiezz beli 2 helai blouse ni. Harga setiap satu RM19.90. Nasib juga kat sini, blouse dia ada saiz. Bukan yang free saiz. K.fiezz kalau free saiz, memang tak beli lah sebab kalau free saiz selalunya besar. 

www.fiezasani.xyz

Lokasi Kedai PARI ni, boleh rujuk gambar atas ni.
(landmark - Kedudukan kedai ni di bahagian belakang Jalan TAR yang menghadap Semua House), nak senang cari, tahu kan pasar malam Jalan TAR. Hah, kedai ni kat situ.

Kalau korang yang berada di luar KL, boleh check it out di Lazada. Nampak kat kad ni, diaorang ada jual di Lazada juga.

So lepas ni dah tahu nak cari baju blouse murah. K.fiezz memang tak banyak koleksi blouse sebab selalunya harga blouse mahal kat tempat lain. 

Tapi tak pe, dah tahu kat mana ada jual baju blouse murah, next time ke PARI ni je lah. Setel. Murah pun murah. kualiti pun, boleh tahan. tak mengecewakan. Dah lah rambang mata masa dalam Kedai PARI ni..

Bukan blouse je. Baju kurung, dress pun ada. yeay, lepas ni nak cari baju kurung ke, dress ke untuk pi kenduri (wedding), pi sini je..Semalam pun k.fiezz dah terberkenan dress. ada size k.fiezz pula tu. sabar je lah k.fiezz menahan nafsu. tak pe, nanti time gaji kita terjah. hehe. 

1 Comments

  1. cantik cantiknya! tapi kalau plus size macam sha tah takda huhu

    ReplyDelete