Sabtu lepas k.fiezz attend baking class di ABC Cooking Studio di The Garden (Mid Valley). Kelas baking ni bukan setakat kelas belajar buat kek je..k.fiezz dapat belajar sekali nak cantik dengan makan kek je..eh..boleh ke gitu, k.fiezz..boleh la korang..rahsianya..jeng jeng jeng...Lennox Collagen 5000 la...eh..camne plak tu..apa kaitannya makan kek & Lennox collagen 5000...sat gi k.fiezz share yea apa kaitan dua ni?

sebelum tu meh nak citer sikit masa event Lennox Collagen Baking Workshop ni?

Lennox Collagen Baking Workshop..

Event ni berlangsung di ABC Cooking Studio, The Garden (Mid Valley)..tempatnya selesa..berhawa dingin, of course la..nak baking pun seronok..

Baking Workshop ni dianjurkan oleh The Butterfly Project & sponsor oleh Lennox bersempena dengan bulan Collagen Lennox 2019. 

www.fiezasani.xyz

meh setepek gambar tuan blog...

www.fiezasani.xyz

ABC Cooking Studio
The Garden (Mid Valley)
Lot T-226, 3rd Floor

nanti k.fiezz share pasal tempat ni kat entry lain yea...

KELAS BAKING DENGAN LENNOX

Kelas baking start pukul 4 - 6 ptg..Semua peserta yang datang ke bengkel ni, wajib buat baking...huhu..seriau k.fiezz part ni tau sebab k.fiezz ni bukan kaki baking...takut kek bantat je..haha..tapi tak cuba tak tau kan..dah ada kat workshop ni, kita cuba je..mana tau ada bakat terpendam jadi bakers pulak..hehe..#perahsan

www.fiezasani.xyz

selfie dulu sebelum start baking...yang pakai apron hijau tu, cikgu kat meja kitaorang yang akan guide setiap step cara penyediaan kek...k.fiezz pun tak tahu nak categorized kan ni kek ke apa..sebab nama dia

Berry Souffle Cheese..

Masuk dalam kategori dessert la kan ni...

sokay..tak kisah la masuk dalam kategori apa..moh k.fiezz share sikit apa yang kitaorang buat masa kelas baking ni...of course la baking kan...sorry tak leh nak tunjuk step by step cara penyediaan...sibuk pegang mixer, tak leh nak tunjuk cara buat Berry Souflle Cheese ni...tunjuk sesikit je la yeak...


www.fiezasani.xyz

ni bahan-bahan yang digunakan..dah siap ikut sukatan semua bahan..kitaorang cuma kena mix kan semua sampai masuk dalam cup tu...

eh..tadi k.fiezz cakap nak cantik makan ni je kan..apa kaitan dengan Lennox Collagen 5000..hah..kat sini la kaitannya uolls...dalam bahan diatas, dah ada sekali sukatan untuk Lennox Collagen 5000...so add on kan saja...Gaul sebati..siap...

so percaya tak k.fiezz cakap makan Berry Souffle Cheese ni pun boleh cantik...kelas tak...

Best jugak joint kelas baking sebab dapat new info cara amalkan Lennox Collagen 5000 ni  selain dibancuh dengan air..curlasss sangat tau..dah bosan asik minum je..hah, buh dalam dessert cam ni, hah..setel...ngap ngap makan sambil cantikkan kulit..gituuu

www.fiezasani.xyz

Siap dah semua bahan diadun..masuk dalam cup...lepas tu dibakar dengan suhu 150 darjah selama 20 minit....kedudukan cup tu disusun ke tengah..

Tips - nak bagi kek dalam cup dimasak cantik, elakkan cup diletakkan di bahagian tepi sebab kat tepi tu panas dia lebih sikit..takut hangit plak..jadi susun ke bahagian tengah..

www.fiezasani.xyz

kitaorang 1st group yang siap untuk step pertama atas ni...Sementara menunggu ni, kitaorang di ajar pulak cara buat krim/aising dan jem untuk hiasan,,


www.fiezasani.xyz

Tadaaa..selepas 20 minit..Siap bakar...Dalam cawan tu, jem yang dah diletakkan blueberry & raspberry untuk hiasan beserta aising...


www.fiezasani.xyz

and hasilnya...jadi ke idak...


www.fiezasani.xyz

close up sikit...

www.fiezasani.xyz

Siap berry souffle Cheese bersama Lennox Collagen 5000...

Resipi Berry Souffle Cheese ni, k.fiezz akan share entry berikutnya...kang panjang pulak entry k.fiezz yang ni...

overall k.fiezz suka sangat joint kelas baking ni sebab dapat belajar cara penyediaan & proses membuat kek macam Berry Souffle Cheese ni..cara putarkan mixer untuk adunan, aising..memacam lagi la teknik..sonok sangat...tapi nak jadi baker, kena banyak lagi joint kelas baking....

SANA SINI KOLAGEN?KOLAGEN TU APA?

Semua tahu collagen TERKENAL sebab fungsinya untuk mencantikkan kulit..sana sini orang bercerita kolagen ni untuk kulit...meh kita kenal sikit kolagen ni apa?selain utk kulit..apa lagi fungsi kolagen ni?Kolagen merupakan bahan utama dalam otot, kulit, tulang, tendon & pelbagai tisu yang ada dalam badan kita ni..Kolagen ni berfungsi membantu pertumbuhan sel kulit baru & mengekalkan kelembutan kulit. Manakala dalam sendi pula, kolagen berfungsi sebagai sokongan beban daripada pinggul, sendi & lutut..

Tetapi seiring dengan peningkatan usia bermula dari umur 26 tahun, penghasilan kolagen mula berkurang sebanyak 5% setiap tahun atau lebih kerana kesan pengamalan diet yang tidak seimbang serta gaya hidup yang tidak sihat. Pengurangan kolagen ni menyebabkan kedutan di muka, kulit kendur, sakit di bahagian sendi & tulang merapuh. 

Dan disebabkan ini produk kolagen semakin popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ramai yang mula sedar kepentingan kolagen dalam kehidupan harian kita...

PERLU KE PENGAMBILAN COLLAGEN?

Kalau korang, seorang yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalam badan serta rasa perlu ambil kolagen..korang boleh ambil kolagen tambahan untuk menampung keperluan harian badan. Kolagen tambahan ni boleh diperoleh melalui 3 kaedah iaitu kolagen dalam bentuk pil atau minuman..serta satu lagi melalui krim kolagen atau suntikan...Bagi kolagen bentuk pil atau minuman ni boleh membantu mengurangkan penyakit tulang, kurangkan berat badan, membina otot & meremajakan kulit. Manakala bagi krim kolagen atau suntikan, membantu menegangkan serta mencerahkan kulit...

so nak yang mana..terpulang...kalau melalui minuman, k.fiezz suggest korang boleh cuba rangkaian produk collagen dari Lennox ni & salah satunya adalah Lennox Collagen 5000 ni..Perempuan dan juga lelaki boleh amalkan...

TESTIMONI YANG MENGGUNAKAN LENNOX COLLAGEN

kalau ada yang tanya, betul ke bagus sangat lennox collagen 5000 ni?k.fiezz tak boleh nak jawab sebab tak cuba lagi..tapi ada salah seorang peserta yang datang masa baking workshop ni, berkongsi cerita kakak dia yang consume salah satu produk Lennox Collagen ni & hasilnya kulit kakak dia cantik dalam masa sebulan..

Selain dari perkongsian salah seorang peserta ni, k.fiezz google juga nak dapat jawapan betul ke bagus benor Lennox Collagen ni..and surprisely ramai testimoni yang berkongsi cerita best dengan pengambilan Lennox Collagen..Kulit makin cantik & nampak lebih berseri...Tumit kaki tak pecah-pecah dah..tu antara yg k.fiezz ingat..kalau korang google banyak lagi perkongsian dari pengguna Lennox Collagen ni..nak lebih pasti lagi, cuba la sendiri sebab effect setiap orang berbeza...

Kandungan Lennox Collagen 5000

Dari apa Lennox Collagen ni? Okey, Lennox Collagen dibuat dari fish collagen yang berkualiti tinggi yang diimport khas dari Jepun. Beserta dengan Coenzyme Q10,  Ceramide, Amino Acid (Arginine) & Vitamin C yang diperlukan untuk mengekalkan kecantikan..

Untuk korang yang was was ke apa dengan produk Lennox ni, jangan risau..kat packaging ada cop HALAL..so no worry, okey... 


Cara Pengambilan -


Campurkan 1 sudu (10g) dengan minuman kegemaran korang (panas atau sejuk) atau taburkan dalam masakan (sup), pun boleh juga..atau masukkan dalam adunan kek macam Berry Souffle Cheese ni...ikut korang yang mana selesa...


www.fiezasani.xyz

Jangan lupa amalkan Lennox Collagen 5000...

Next entry k.fiezz share rangkaian produk Lennox Collagen ni selain dari yang 5000 ni...stay tune...


Website - www.lennox.com.my

Instagram -  @lennox.malaysia

3 Comments

  1. wokey tak sabar nak tunggu next enteri nak cilok resepi tu sebab anak-anak miza suka makan asyik beli je bengkok mama hehe

    ReplyDelete
  2. Wah.. Boleh jd chef ni kak.. Hehe best kan mask dapur reramai mcm ni

    ReplyDelete
  3. Resepi please? ..... Sedapppppnyer

    ReplyDelete