Salam Aidilfitri korang..sorry, sunyi sepi blog k.fiezz ni bila time cuti..masa bulan puasa ritu, kemalasan sikit nak update blog..tak ada idea pun yea jugak...pas tu sabtu (1.6.2019) sebelum raya k.fiezz & mr hubby dah balik kampung..lagiiiii la malas nak menaip kat blog ni hah..adeh...perangai sangat tau k.fiezz ni...

SAMBUT RAYA SEDERHANA

so raya korang camne?meriah ke idak?k.fiezz & mr hubby..beshe-beshe je..tambah plak masa pertengahan puasa haritu, adik mr hubby kemalangan..yang agak teruk jugak kecederaan dia..patah tulang belakang..so beberapa minggu sebelum nak raya ritu, memang kitaorang kerap berulang ke hospital melawat adik ipar..mak mertua k.fiezz pun turun sekali ke sini masa adik ipar k.fiezz di tahan kat wad...jadi memang rutin harian masa tu ke hospital melawat adik ipar...ni juga salah satu k.fiezz kurang update blog sebab keletihan..

adik ipar k.fiezz lama kat wad sebab kena buat operation tulang belakang...dan buat kat hospital kerajaan, lagi la amik masa...macam adik ipar k.fiezz, dia kakitangan kerajaan..memang ada GL tapi nak buat pembedahan tu, kena mohon dulu kat JPA..lepas dah dapat kelulusan baru pembedahan di buat..huhu..so nak tak nak kena keluar duit sendiri dulu..nanti baru claim...jadi pembedahan dia dah buat sebelum raya..cuma dia tak dibenarkan keluar sebelum raya ritu..So mr hubby kureng sikit la mood dia nak beraya tahun ni..yelah faham..situasi dia...jadi kita beraya secara sederhana je...

TAHUN NI GILIRAN SEBELAH K.FIEZZ

Tahun ni turn kat Sungai Siput dulu..sebelah k.fiezz..so aktiviti di pagi raya..apa lagi, bergambar laaaa..selain makan..hehe..

www.fiezasani.xyz

Muka mr hubby la..mentang tahun ni turn belah k.fiezz dulu..kemain serius muka dia..

www.fiezasani.xyz

kita posing duduk la...

www.fiezasani.xyz

Sesi bersalam-salaman di pagi raya

www.fiezasani.xyz

Abah & Menantu lelaki kesayangan..haha

www.fiezasani.xyz

alolo..manja la sangat adik k.fiezz yang tengah ni ngan mak...siap cium2 bagai...

www.fiezasani.xyz

Menu di pagi raya - bermacam juadah..cewah...ada
nasi impit, kuah kacang, laksa, rendang ayam, daging masak hitam, lemang tepung &kuih-muih...

Dua menu kat bawah ni, k.fiezz yang masak....

www.fiezasani.xyz

Daging Masak Hitam

www.fiezasani.xyz

Rendang Ayam

www.fiezasani.xyz

Tema batik & warna maroon jadi pilihan untuk tema raya tahun ni...

www.fiezasani.xyz

Geng Maroon beraya

www.fiezasani.xyz

Sepupu merangkap bff k.fiezz masa kitaorang kecik dulu sampai la besar..cuma dah besar ni & memasing dah kahwin, dah tak baper rapat sangat macam dulu-dulu..tapi masih lagi berhubung..

www.fiezasani.xyz

Rumah sepupu abah k.fiezz area Padang Rengas..

Masa jenjalan hari raya pertama tu, rasanya dalam perut k.fiezz ni majoriti laksa je..ada baper biji umah pi, menu utama laksa..haha...meriah laksa dalam perut ni masa raya pertama ritu..haha

SALAM KOSONG-KOSONG

Eh..lupa plak nak wish bersempena dengan bulan syawal ni,  k.fiezz nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua...Salam 0-0 dari k.fiezz kalau ada terkasar bahasa, terkurang ajar di blog dan juga sosial media k.fiezz..besa la jari ni kadang bila menaip time tengah marah..tak sedar ayat yang keluar..laju je mengetuk keyboard ni..jadi salam kosong-kosong dari k.fiezz..

6 Comments

  1. Meriahnyaa raya ...
    Salam lebaran maaf zahir dan batin Fieza ...

    ReplyDelete
  2. cantik sedondon. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kak

    ReplyDelete
  3. Warna maroon cantikkkkk ... Oooo patutkah tahun dpn pilih kaler ni pula? ...hehe.

    ReplyDelete
  4. tak merasa rendang pun lagi ni hehe. sedapnya tengok menu raya akak

    ReplyDelete
  5. Samalah kita theme maroon. Sep sket kak fiezz

    ReplyDelete