Murah Murah Kosmetik Kat MakSu Beauty Ipoh Ni
Mughah2 uolls..rambang mata ni, hah kat Maksu Beauty, Ipoh..Baru ni masa balik kampung, lalu depan Mak Su Beauty ni, dengar biras k.fiezz cakap kat suami dia nak singgah sini...Cara dia cakap tu cam murah barang-barang kat sini..k.fiezz masa tu just dengar je la..macam tak minat pun..cewah...konon la..
Esoknya lepas mendobi kat kedai dobi self service, lalu depan MakSu Beauty ni..actually lokasi kedai ni dekat dengan rumah mak mertua k.fiezz pun..so sesambil lalu tu memang boleh je singgah...saja tanya mak mertua k.fiezz kot dia penah masuk kat MakSu Beauty ni..Mama cakap tak pernah pun...Sebelum kitaorang balik kampung ritu, mama cakap ada sales kat MakSu Beauty ni sebab ada gantung banner...tapi mama tak ada singgah la masa tu...
MAKSU BEAUTY, IPOH
Kebetulan haritu k.fiezz tanya, terus mak mertua masuk ke sini...ajak singgah..mama cakap nak tengok gak ada apa kat dalam ni...
Masuk-masuk je, staff dorang dah bagi bakul kecik untuk shopping..eh bahaya ni..haha..tak pe, kita round dulu tengok dalam dia ada apa..
Dah ada yang murah buat nak beli yang mahal?haha
Lepas dapat bakul dari staff kedai..k.fiezz & mak mertua mulakan round dalam kedai..eh...tengok barang tu, murah..barang ni murah...haih, tak leh jadik ni..apasal murah sangat ni..ai tak boleh la..alergik..silap plak masa tu tak amik cash banyak dlm wallet mr hubby..kalau tahu nak singgah sini, memang hat not seratus k.fiezz amik..haha...
Antara barang dalam Mak Su Beauty
Nak foundation yang mana?pilih pilih...Nasib stok foundation ada lagi kat rumah...kalau tak, confirm salah satu ni masuk dalam bakul...
Pencil untuk kening..tengok la sendiri harga dia..malas nak cakap...hehe..k.fiezz beli dua..balik umah mak k.fiezz, tunjuk kat mak..sekali mak pun berkenan..sejak bila plak mak reti lukis kening ni..haha..tak pe, nanti time raya nak borong pencil ni..satu pek murah je...
losyen..aloe vera gel...
Foot detox..yang bawah tu scrub st ives...yg scrub ni k.fiezz ada..k.fiezz penah share pasal scrub tu kat sini << St-Ives-Di-IG >>
Lipstick uoll...
kat sini berderet lagi bakul...k.fiezz amik yang dpt masuk dalam kamera je ni...
majoriti kat sini selain dalam gambar, koleksi aneka jenis mask...
eyeshadow...
Beg pun ada...apa ni..tau je k.fiezz ni kaki kumpul beg..haha
lagi koleksi beg...oemgeeee..tabahkan hati..
Borong Barang Kosmetik Kat Maksu Beauty
ate k.fiezz tak beli ke?muka k.fiezz tak beli..haha..cam tak caya je...2x k.fiezz repeat beli kat sini tau dak?Ni antara barang yang k.fiezz beli kat Mak Su Beauty, Ipoh...Mur mur je semuanya...
Barang-barang kat sini, ada yang brand, kita penah dengar & ada yang brand tak pernah dengar...kalau yang brand cam Deeja Cosmetic (Set Skincare) RM55..tak pasti harga dia berapa..tapi kat MakSu Beauty, tu la rega dia...Selain tu k.fiezz amik eyeliner brand NYX..Mascara (Maybelline), mini lipstick (HUDA)..
Tahan ke K.fiezz Pakai Barang Kosmetik Murah?
To be honest, masa beli ni k.fiezz pun tak terpikir pasal barang murah ni elok ke idak..Bila k.fiezz post kat Facebook memborong kat MakSu Beauty ni, ada sorang kawan komen - hati2 guna barang murah..macam kenalan tu penah guna barang kosmetik murah, tak serasi..jadi alergik kat bahagian mata..
citer ngan member ofis pasal ni dia pun sama gak..penah beli barang-barang kosmetik murah kat kedai cam ni kat Kelantan..dia pun tak serasi gak barang-barang kosmetik murah ni..
Eh..k.fiezz bukan la nak kutuk plak kedai jual barang kosmetik murah camni tak elok..nope..jangan salah faham disitu..cuma nak bagitau pada korang yang alergik atau jenis tak tahan pakai barang-barang kosmetik murah, tak perlu la beli..
Boleh cari yang hat jenis mahal kat farmasi/guardian/watson yang banyak gak jual barang-barang kosmetik...
Macam k.fiezz ni yang dah besa & setakat ni guna barang-barang kosmetik murah yang beli kat sini alhamdulillah..tak ada sebarang kesan tak elok...nampak serasi gitu..ai like...
Nanti boleh singgah selalu kat MakSu Beauty tiap kali balik kampung..haha
Boleh Beli Borong kat MakSu Beauty
Untuk yang business minded cam k.fiezz ni..cewah..haha..idak la korang yang suka berbisnes, boleh dapatkan stok kosmetik kat MakSu Beauty ni dengan harga borong...harga dia memang dah murah..kalau beli borong lagiiii murah...
Haritu ada gak terpikir nak jual la barang-barang kosmetik ni..k.fiezz kan suka pada kecantikan..so sesuai la nak jual barang cam ni..tapi modal kurenggg la plak..haha..jadi kita KIV dulu...
6 Comments
nasib baik la jauh...kalau dekat dekat memang la rambang mata den
ReplyDeleteaduh..knapa murah sangat ni. nak shopping jgk la..hehe
ReplyDeleteSiapa pemilik maksu beauty
ReplyDeleteX tau la sis.. X soal siasat plak..
DeleteOri ke ?
ReplyDeleteNak yg ori pun ada, sis..
Delete