k.fiezz pernah ternampak Dato' CT sebelum dia pregnen dulu, dia kongsi minum jus avokado ni..so masa nampak Dato' CT share jus avokado ni, k.fiezz dh boleh agak untuk apa coz pernah terbaca  artikel pasal avokado ni salah satu yang boleh membantu kesuburan..

BELI AVOKADO di MEDAN

Tahun lepas masa cuti-cuti ke Medan, k.fiezz ada beli buah avokado ni sebab kat sana harga dia murah kot..lupa plak harga baper..tapi dapat banyak gak la ..Masa beli tu, amik hat yang belum masak lagi..so bila sampai kat Malaysia ngam2 la dia masak atau kena peram beberapa hari.. Cuma silapnya k.fiezz pi letak dalam peties, kawan k.fiezz inform avokado jangan peram letak dalam peties..memang tak masak lerrr..haha..adeh...mana ku tahu...

Lepas beberapa hari buh dalam peties, k.fiezz amik sebiji...k.fiezz tak tahu nak check dah masak ke belum..main amik je sebiji..try  & error...tapiiii rasa dia tak leh nak go kat tekak ni, adeh..

terbuang la gitu je buah avokado hat lain yang dah kecut..tapi tahun ni k.fiezz nak serius berusaha untuk hamil memandangkan umur dah meningkat...jadi k.fiezz gigih beli avokado ni lagi sekali..kat sini, k.fiezz pi beli kat pasar Chow Kit..Member ofis beritahu, kat situ murah sikit..dalam beberapa biji, RM10 cam tu...

TIPS - Untuk peram buah avokado, balut avokado dengan surat khabar dan biarkan..nanti check je kalau rasa lembut tu, dah masak ler...

CARI BUAH AVOKADO di PASAR CHOW KIT

Minggu lepas, k.fiezz ajak mr hubby pi ke pasar chow kit..nak beli buah avokado ni..anggaran harga 3-4 biji, RM10-12..tak dapat la harga yang macam member ofis k.fiezz beritahu, 6 biji RM10..mungkin kuantiti dah dikurangkan dari tahun lepas...but sokay..beli je lah...

k.fiezz dapat beli yang harga 4 biji RM10..

RESIPI AVOKADO SUAM

Memandangkan tahun lepas k.fiezz pernah buat air avokado ni tapi percubaan gagal..sebab tak sedap..jadi k.fiezz tanya sorang member ofis k.fiezz yang ex-ttc (trying to conceive)..dia ni banyak pengalaman n tahu pasal masalah kesuburan ni..since dia pun dah ada anak ni, dia ada citer buat puree anak guna avokado & masa k.fiezz cakap nak resipi jus avokado ,dia pun beritahu avokado ni bagus untuk kesuburan...

Jadi meh la kita cuba resipi avokado suam k.fiezz ni...kawan k.fiezz share resipi jus avokado.. k.fiezz panggil avokado suam sebab k.fiezz tak buh ais kiub..hehe..kalau korang nak buh ais, sila la letak yea....


www.fiezasani.xyz

AVOKADO SUAM k.fiezz..

Rasa dia lemak-lemak, ada manis sikit..so okey la..k.fiezz boleh abiskan secawan...

BAHAN-BAHAN

Avokado (setengah biji)
Susu cair/fresh (secawan) 
Susu pekat (2 Sudu Besar)

**K.fiezz guna 1 sudu kecil je sebab k.fiezz tak mau manis sangat...
**Susu ni kalau tak mau, boleh gantikan dengan gula organik atau madu pun okey..
lebih sihat gituuu...

Pilihan untuk add on -

Serbuk coklat (2 Sudu Besar)
Milo (2 Sudu Besar)

Nak tambah ais kiub pun boleh..so ada rasa sejuk2...nak minum pun sedap..sejuk je lalu kat tekak..

CARA BUAT

- Kisar semua bahan diatas...dan siap untuk diminum..

KHASIAT AVOKADO UNTUK KESUBURAN

Avokado mengandungi vitamin E yang tinggi..Fungsi Vitamin E ni untuk meningkatkan pergerakan sperma..Pergerakan sperma ni penting untuk membolehkan persenyawaan telur berlaku..

Selain tu, avokado ni kaya dengan folik asid yang penting untuk kesuburan wanita..Fungsi folik asid ni mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bakal baby kita..Kalau sekarang ni, wanita yang merancang untuk hamil, boleh amik supplement asic folic yg boleh dibeli kat mana-mana farmasi..tapi kalau malas nak makan supplement, boleh la cuba avokado ni...cuma kena rajin kisar je...

Avocado juga mempunyai kandungan lemak baik yang dikenali sebagai ‘monosaturated fat’ yang penting untuk mengawal sistem hormon di dalam badan dan boleh membantu merendahkan kolesterol.


Selain dari buat air avokado macam k.fiezz share ni, korang boleh klik link kat atas ni..ada yang kongsi makan gitu je buah avokado ni cuma tambah susu untuk bagi rasa sedap...

yang mana sedang cuba untuk hamil macam k.fiezz..good luck uolls..n good luck to me tooo..hehe

10 Comments

  1. Sedap. Nyumss. Ika suka minum jugak. Tapi selalu order bila dekat kedai ayam penyet hee sebab sedap depa buat.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/movie-review-ratsasan-2018.html

    ReplyDelete
  2. tk pernh buat sdiri tp pernah minum la yg original ms pi bandung...pernh minum yg kt kl tp tk brp sedap

    ReplyDelete
  3. Saya dulu rajin order kat restoran ayam penyet

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba pun. Sedap ke kak

    ReplyDelete
  5. mrs pip mmg suka minum avocado ...
    kalau nampak mesti nak beli...
    terbiasa minum coz my mom pun dulu selalu minum buah ni, hehe.
    good luck tau FS, hope berjaya conceive..
    kena minum selalu, maybe elok jadi rutin minum few times a week kan ...

    ReplyDelete
  6. sdapnya tp avocado mahal..hehe

    ReplyDelete
  7. pernah jugak beli avokado jadi kecut sebab simpan dalam peti ais

    ReplyDelete
  8. All the best ye mama doakan semiga mendapat cahayamata

    ReplyDelete
  9. i kenot goo hehe.. kalo makan sushi ade avokado sy buang. tapi kalo sambal ada pedas2 tu ada avocado boleh telan. insyallah.. semoga rezeki akak menanti.. ikhtiar sehabis baik ^^

    ReplyDelete