Kita Sempurna Kah?
Hujung-hujung tahun, time cuti sekolah ni ramai pasangan mendirikan rumahtangga...tapi kadang orang tak tunggu cuti sekolah pun...ramai yang kahwin...orang nak kahwin sekarang ni, tak tunggu cuti ke apa..nak kahwin, anytime je..janji duit cukup..pasangan dah ada menunggu..onzzz je..haha..
cerita pasal kahwin ni kan..k.fiezz saja la nak bagi nasihat untuk pasangan yang bakal berkahwin atau yang dah berkahwin..
kita ni bila kahwin je..kita bukan je kahwin dengan pasangan kita tau..kita kahwin dengan satu family dia..jadi suka ke tak suka ke..sah je akad, automatik keluarga pasangan tu jadi keluarga kita..dari satu keluarga..kita ada 2 keluarga..sila la terima keluarga pasangan kita tu walaupun mungkin keluarga pasangan tu ada kekurangan..layan la keluarga pasangan kita macamana kita layan keluarga kita..
cuba fikir sejenak, kata la kita tak suka dengan mana-mana ahli keluarga pasangan kita..mungkin perangainya atau kekurangan dia yang buat kita menyampah sangat dengan dia..okey, kita tak suka kan..cuba letak balik diri kita kat tempat pasangan kita..pasangan kita pulak tak suka kat adik beradik kita..apa kita rasa?mesti kita marahkan..'eh..kenapa tak suka abang/kakak/adik aku'..jadi cerita dia sama juga bila kita tak suka kat adik beradik atau ahli keluarga pasangan kita, dia pun rasa macamtu bila kita kutuk adik beradik/keluarga dia..kita ni sebelum buat apa-apa, fikir dulu..letakkan diri kita kat tempat orang tu..apa yang kita rasa..kalau rasa marah..hah, macam tu la orang tu pun rasa..jadi elakkan la buat perangai tak suka kat sesapa, as if kita ni perfect..
kena ingat tau, sebelum kita kahwin dengan pasangan kita..pasangan kita membesar dengan adik beradik dia, ahli keluarga dia..pasangan kita memang dah tahu, dah faham dengan family dia...kita orang luar yang masuk dalam keluarga dia cuba sesuaikan diri..kalau kata tak suka pun, jangan la tunjuk sangat tak suka tu..kita sapa?orang luar yang masuk dalam keluarga pasangan kita..jadi cuba adapt dengan family pasangan kita...
Cuba fikir, sebelum kita kahwin dengan pasangan kita..mungkin kita ni bukan orang senang..tapi rezeki kita dapat kahwin dengan pasangan kita yang senang sikit dari keluarga kita, jadi automatik kita pun dapat menumpang senang..kalau dah senang tu, tak yah la nak bangga diri sangat dan rasakan kita sempurna dalam segala segi sampai pandang rendah pulak pada orang lain terutama ahli keluarga pasangan kita yang ada kelemahan/kekurangan yg kita tak suka..eh, hello kita pun ada kekurangan yang kita tak sedar..jangan la pandang rendah pada orang lain pulak...
kita ni tak selamanya ada kat atas je...kehidupan kita ni macam roda..pusing, pusing..kejap kat atas..kejap kat bawah...
moral of the story kat sini >> hormat ahli keluarga pasangan kita & terima kekurangan masing-masing..sebab kita tak sempurna..
8 Comments
masih lagi solo..hihi
ReplyDeletenasihat..hehe..
Deletesetuju sangat tu, tapi ada je ahli keluarga cakap belakang2 tu tak boleh nak nafikan.. tapi alhamdulillah dapat keluarga mentua yang ok
ReplyDeletebetul..cakap2 belakang tu mmg wajib ada la mana2 pun..cuma kita as menantu dalam keluarga suami, cuba buat baik n jangan ada sikap tak suka abang/adik/kakak ipar kita..kita buat biasa je..even tak suka pun, tak yah la kot tunjuk protes kita yg tak suka si polan tu..sbb kita ni tak perfect pun..masing-masing ada kelemahan..masing2 ada kelebihan..
Deletehow true.. tq for sharing :)
ReplyDeleteOrang sibuk tanya bila lagi nasi minyak rabia? Umur tua dah.hurmmm..
ReplyDeleteHormat menghormati itu penting ... Lagi2 dgn family kan ...
ReplyDeletebetul kak, setuju sangat2
ReplyDelete