Sorry.. Ni bukan k.fiezz nak condemn ke apa tau.. Just my experience & family in law makan malam kat kedai makan berdekatan Gunung Lang, Ipoh.. Tempat ni gabungan dua kedai yg berbeza & berkongsi lokasi yg sama.. Jadi pelanggan ada pilihan nak menu selera Malaysia atau menu omputih .. 



Pilihan kitaorg masa ke sini, makanan western. Jadi kitaorg order dengan Burger Cheese Ipoh ni.. So servis yg k.fiezz nak komen ni utk Burger Cheese Ipoh..Bukan nak komen atau kutuk kedai ni tak bagus cuma ada kekurangan sikit dari segi servis dan harap diperbaiki.. 

Kelemahan Di Burger Cheese Ipoh. 


Pertama - Budak yg hantar makanan pada pelanggan, x tau apa menu yg dia hantar.. Yelah kita kadang sedap order je tapi rupa menu x tau.. Kadang dalam gambar, lain.. Hat yg smpai depan mata, lain plak.. So kita expect staff yg hantar akan assist kita bagitau apa yg dia hantar.. Ni kita plak yg tertanya2 apa menu yg dia hantar tu..



www.fiezasani.xyz

 Chicken Chop Grilled

Kedua - order menu lain.. Yg dpt menu lain.. Pffft.. K.fiezz le punya ni.. K.fiezz order Chicken Chop Grilled.. Sekali yg sampai Lamb Grill Cheese.. Adeh..Try tanya  budak yg hantar, ni apa.. Chicken Chop Grilled ke? Dia angguk.. Sekali masa nak potong, k.fiezz rasa tu daging laaaa.. Apa lagi terus complaint la ngan staff yg lain.. Itupun dia x caya.. Dia siap bawak kertas yg staff dia amik order kitaorg tu.. mmg confirm tak de dalam senarai pun lamb cheese ni..

K.fiezz syak staff yg amik order tulis guna shortform tpi staff bhg dapur tak paham apa yg di tulis.. Agaknya la.. Kalau x, x kan order lain.. Dpt menda lain.. Huhu... 

Mak mertua k.fiezz pun ada terdengar perbualan pelanggan lain yg order menu lain, dapat menu lain.. Huhu.. 

www.fiezasani.xyz

Ni hah ghupe Lamb Grill Cheese.. K.fiezz, kambing pun tak makan.. Acane nak makan yg ni.. Adeh.. 


www.fiezasani.xyz

Ni mr hubby punya, lamb chop.. Kalau x silap la nama dia.. Tapi kambing la main course dia.. 

Ketiga - Helok makanan k.fiezz smpai, hujan pun turun.. Uwaaaa.. Dah la kitaorg duduk kat pondok yg beratapkan daun rumbia.. Menitik2 air ujan tembus kat celah-celahan daun.. Kelam kabut keluar dari situ cari tmpt teduh sambil bawak pinggan n gelas yg penuh makanan lagi.. Yg belum habis makan lagi K.fiezz, mr hubby & anak buah.. Dah dpt tmpt berteduh, staff situ boleh buat tak tahu je sebab kebetulan tempat semua penuh.. Bila mintak meja kosong, baru dorang carikan.. Tapi cari meja je la.. Kerusi, adik ipor k.fiezz main amik yg mana kosong..org jgn ckp la.. Semua usya kitaorg.. K.fiezz? Buat muka tebal je la.. 


Sila Perbaiki Mutu Servis


So Burger Cheese Ipoh, pls improve your service. Harga makanan korang pun bukan la murah sgt.. So hope berbaloi service n byrn makanan yg dibayar selain dari rasa makanan, service korang pd pelanggan pun amik kira jugak..

Do improve your service & staff skill in future..kalau service tak okey, orang pun len kali malas nak repeat.. Mungkin skrg ramai la org dtg tapi kalau teruskan servis camni, k.fiezz tak heran bila lalu kat sini next time, dah tutup.. Huhu... Bukan mendoakan tapi pendapat peribadi k.fiezz je.. 

8 Comments

  1. makanan semua mmg nampak sedap tapi seriously, service pun penting. Especially dah mmg kena bayar service charge kan... klu tak exclusive charge pun, harga makanan pun dah include service charge actually. *nampak cheese meleleh.. perghh

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. kambing tu bagi sha la kak, saya disini membaca entry ni sambil menangis teringin kambing hahaha. memang banyak kedai guna shortform tapi apahal yang ni sampai salah hantar makanan, mesti budak baru kerja huhu

    ReplyDelete
  3. tak best la macamtu bila kita order yang lain tapi yang lain pulak sampai. Service tu memang penting nak pula bila kita bayar mahal.

    ReplyDelete
  4. makanan tu semuanya nampak macam sedap..rabia pun biasa jgk pergi kedai makan.kita order menu lain.dia bagi dekat kita lain.aduhaii..ada lagi satu lambat pulak hidangan sampai tu.

    ReplyDelete
  5. tgk makanan sedap yg amat tapi servis out..huhu

    ReplyDelete
  6. tgk cheese meleleh gitu adoyaii sentap jiwa haha

    ReplyDelete
  7. nmpk menarik menunya tp kalo antar slh menu yg kita order mmg tk best la kan

    ReplyDelete
  8. alahai, mmg hilang mood nak makan kalau cenggini ;(

    ReplyDelete