Bila lelaki demam..tak sihat..dia punya mengidam nak makan tu, request je kan..haih..kalau kita perempuan tak sihat...agak-agak kalau request nak makan sekian..sekian, laki masak ke idak..haha..tak tau la..tengok la pada en.suami masing-masing yea tak..dapat yang rajin, dia masak la nooo..kalau yang tak baper nak rajin, pi beli je la kat kedai...tak pe la walaupun beli, ada gak inisiatif tu...

ni sup ayam request by mr hubby kak fiezz yang tak baper nak sihat dari semalam...berjangkit dengan k.fiezz..hehe..

semalam mr hubby buat kerja dari rumah je...so petang semalam, mr hubby call suruh masak sup ayam pekat..kemain dia punya request tau..k.fiezz tanya la nak masak camne..tak penah masak weiii sup ayam..bukan tak mau masak tapi mr hubby tak suka sup ayam benornya..tetiba semalam, mr hubby request sup ayam plak..mr hubby bagi contoh video cara masak sup ayam kat you tube..tapi video tu pendek je..k.fiezz godek cari tutorial cara masak sup ayam yang lain..jumpa kak azie kitchen punya resipi..tengok cara masak dia, senang je..bahan pun tak banyak...kira cun la...

Let's masak bersama Chef Fieza Sani..

RESIPI SUP AYAM MUDAH

Bahan-Bahan : 

- Ayam (kuantiti terpulang)
-Bawang Merah, Bawang Putih & Halia (Ditumbuk kasar)
- Kiub Ayam (1 kiub)
- Rempah Sup (3 - 4 sudu) terpulang nak pekat ke tak..kalau tak nak pekat, kurangkan 
- Daun Sup
- Ubi kentang (potong kecil)
- Tomato 
- Garam
- Air



www.fiezasani.xyz

Cara Masak :

1) Tumis bahan tumbuk sampai kekuningan
2) Masukkan air sikit.
3) Diikuti kentang..Biarkan sampai ubi empuk
4) Masukkan ayam. Kalau kurang air, boleh tambah.
5) Biarkan sampai ayam masak.
6) Letak kiub ayam & rempah sup 
7) kacau-kacau & masukkan garam sikit..biarkan sekejap..
8) Lepas dah siap semua, baru masukkan tomato & taburkan daun sup untuk hiasan

SIAP..

Licin sup, orang demam makan semalam..hehe..tu maksudnya sedap le tu..

9 Comments

  1. Bila sakit, sup ayam n bubur ayam mmg comfort food untuk mrs pip.. Fav ni makan time sakit.

    ReplyDelete
  2. mmg mudah dan tentunya sedap.. boleh try la nanti

    ReplyDelete
  3. Rabia tak makan lagi sup ayam ni.heheh.sebab my dad kurang makan ayam.sup tulang makanlah

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak! lama tak makan sup haha

    ReplyDelete
  5. Kita pun baru masak sup juga tapi sup kaki ayam je hehe

    ReplyDelete
  6. Uit pekat likat kuah sup ayam akak. Memang sedap kalau kuah pekat dna likat macam tu

    ReplyDelete
  7. asben saya suka ayam tu kena goreng dulu. So, saya masak ikut cara dia nak makan hehehe

    ReplyDelete
  8. wow sedapnya tetiba nak masak sup juga laa

    ReplyDelete