Ramai budak-budak remaja nak jadi InstaFamous sekarang ni..macam cendawan tumbuh..lepas sorang, sorang muncul InstaFamous baru..tak pe la dik..budak-budak senang nak naik..follower pun ramai..tambah-tambah yang muda-muda..advantage di situ..kalau ramai follower, like & comment pun main ribu-ribu..rezeki RM pun masyuk la..tambah penjual-penjual sekarang lebih suka guna InstaFamous ni..

KENAPA RAMAI SELLER SUKA GUNA INSTAFAMOUS

Sekarang, Instagram lebih diminati..letak caption & gambar..dah siap...kalau guna InstaFamous ni, peluang bila post barang kat ig lebih tinggi bila ramai follower...ramai follower bermaksud lebih ramai yang tengok dan nampak post produk si penjual...so tu la kelebihan beriklan dengan InstaFamous ni..tapi kena ingat juga IG ni untuk k.fiezz pengiklanan jangka masa pendek..sebab penggunaan # tu akan bertambah dari semasa ke semasa..so orang nak cari info sesuatu produk kena scroll banyak gambar sebelum jumpa yang betul-betul berkaitan dengan produk tersebut..kadang ada # yang digunakan tak berkaitan pun dengan produk tu..jadi memang jenuh kena scroll sebelum jumpa yang betul-betul berkaitan...

KENAPA SELLER PERLU GUNA KHIDMAT BLOGGER

Jadi kalau k.fiezz la kan..bukan la sebab k.fiezz blogger & k.fiezz back up blogger..tapi kalau k.fiezz menjual barang..k.fiezz pilih medium blog sebagai pengiklanan sebab entry kekal di blog selagi blogger tak delete entry tu..selalunya jarang blogger delete entry review melainkan ditipu tak dapat bayaran..kalau bayaran diterima, entry kekal di blog & bermaksud kekal di carian google...orang sekarang pun memang akan pilih google untuk cari apa-apa info..so nampak tak keuntungan di situ bila entry barang yg kita jual ada di carian google..lebih meluas pengiklanan...blog ni pengiklanan jangka masa panjang..

KALAU NAK JADI INSTAFAMOUS, PILIH UNTUK JADI YANG EDUCATED..

Bila melibatkan budak-budak remaja ni, ada terdiri dari yang berpelajaran dan masih sekolah..k.fiezz suka InstaFamous yang educated ni..dorang lebih bijak dalam memilih produk untuk review yang berkualiti..

Manakala yang melibatkan budak sekolah ni, ermmmm...mungkin tak la semua..tapi ada ternampak sorang instafamous anak dara, masih sekolah & masih di bawah umur review produk 18sx..oh nooooo..tak sesuai la dik disitu..duit pun duit juga tapi fikir juga kesan dari review tu di masa depan..Nanti orang nak ngorat pun risau sebab dah cop awak tu gatal..Mana tahu juga bakal suami ternampak review awak tu, tak segan ke..bakal mak/pak mertua..paling malu mak pak sendiri la..aduh...serius tak sesuai sangat tau anak dara review produk cenggitu..duit pun duit juga tapi fikir pada kualiti...jangan taksub benor dengan RM...Nak ditegur kang, kata kita busybody pulak..haih..so mampu tengok je la..moga ada la sesapa yg tegur adik tu...

tue la beza InstaFamous berpelajaran & tak berpelajaran..mungkin tak semua tapi segelintir..

Jadi kalau nak jadi instafamous, pilih la untuk jadi instafamous yang berpelajaran. ada beza instafamous yang berpelajaran dengan yang kurang berpelajaran ni..

TIPS UNTUK JADI INSTAFAMOUS


Cewah..k.fiezz sendiri bukan instafamous..cuma blogger suam-suam teh o je..tapi sikit tips la buat adik-adik yang nak jadi Instafamous ni..

- Be Yourself.

- Jangan kejar sangat RM tu. Pilih review yang ditawarkan bersesuaian dengan umur serta bukan berunsur lucah..Fikir kesan sebelum & selepas kalau terima sesuatu review tu..terutama kalau produk yang ditawarkan untuk review tu berunsur 18sx..

- Review tu review juga, kalau  yang masih belajar jangan malas nak belajar..macamana pun pelajaran tetap no.1..tue la penentu masa depan awak-awak semua..Nanti dapat result ntah apa2, salahkan sekolah pulak padahal salah sendiri sebab sibuk sangat buat review..sampai pelajaran terabai.

Jadi Instafamous ni, time famous memang la masyuk tapi instagram ni mampu bertahan sampai bila kita pun tak tahu..mana tahu nanti di masa akan datang, muncul apps yang lagi best dari Instagram ni & tak memerlukan khidmat InstaFamous?awak nak buat apa masa tu?

- Bagi anak dara tu, jangan ngengada sangat boleh tak depan kamera..mula-mula orang suka..kalau dah selalu sangat ngengada..orang meluat tau dak?just be  yourself depan atau belakang kamera...

Ni je la simple tips yang k.fiezz rasa logik untuk adik-adik yang berminat nak jadi InstaFamous...tapi apapun k.fiezz rasa mak pak tetap mainkan peranan untuk pantau aktiviti anak-anak di Instagram ni terutama yang anaknya jadi InstaFamous ni...

Sebenarnya pada k.fiezz tak sesuai sangat penggunaan smartphone ni untuk budak-budak yang tengah meningkat remaja ni..banyak dah contoh yang tak berapa elok kita nampak sekeliling kita..yes handphone tu penting untuk berhubung tapi ramai yang salah guna penggunaan handphone ni..Budak-budak remaja yang ada smartphone ni sibuk nak jadi instafamous tapi pelajaran terabai..huhu...sekarang seronok la duit masyuk dalam akaun..tapi sekolah entah ke mana...bukan la semua macamni tapi majoriti ramai yang ke arah itu...

8 Comments

  1. Setuju sangat dengan entri ni. Kadang tu kita ni boleh tanya, otak kat mana? Huhu. Apapun setiap igers kena ambil tahu nilai adab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la..kdg budak2 ni, pikir duit je..maklum la nak beli handphone la..baju la..napsu kalahkan orang dah kerja..tu main sebat je review brg ntah apa2...pdhal tak sesuai dengan umur..

      Delete
  2. setuju gilaaaa! meluat tengok tah apa apa budak ni, sha pun budak lagi (;p :p) tapi takdak la gigih macam dorang herrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..akak ni kdg terpikir..dorang ni duk buat review..asyik dengan hp..time bila belajor nya..kang gagal semua subjek, sekolah juga yang salah..pdhal salah sendiri tak sedor...kdg muka dah lawo tapi pelajaran out sebab sibuk nak jadi instafamous..

      Delete
  3. setuju bangat ni, kak hehehe. Jgn sebab duit, gadai maruah semua kan.

    ReplyDelete
  4. bdk2 sekolah skarang rmi btul instafemes..rata2 buat paid review tp tula..kdg2 mcm melampau sgt gaya nya...tp kalo nk iklankn brg better guna blogger...sbb entry tu kekal bila org google kn

    ReplyDelete
  5. Lebih suka blogger review dri insta pemes yg review . Blogger review ni dia akan review habis semua benda detail2 produk . Berbaloi dgn bayaran,

    ReplyDelete
  6. setuju sgt dgn pendapat akak.nak jadi insta famous boleh je.tapi biarlah bertempat jugak.pelajaran tu wajib kena studyyyy tu..jgn leka dgn duniawi ini.

    ReplyDelete