Tetiba berminat nak amik vitamin C ni lepas ternampak post dua orang mummy blogger, mummy irra & mummy Linda. Dorang ada share pasal vitamin C dari brand Flavettes ni.. Memula k.fiezz tengok sekali lalu je post dorang tu.. Lepas tu duk pikir punya pikir, 'eh nak try la amik vitamin C'..maklum la k.fiezz ni makan buah jarang-jarang..lagipun k.fiezz mudah demam juga especially kalau berpanas..macam baru ni k.fiezz pi ke Penang..duk sakan berjalan meredah panas nak photoshoot punya pasal, balik KL k.fiezz demam..huhu...tahun lepas masa pi bercuti ke Langkawi pun sama..kena panas masa island hoping, balik dari pulau, k.fiezz demam..adeh...demam time cuti sangat la tidak best tau... 

<<Trip Terapi Minda Ke Langkawi Part 3>>

Bila perasan antibodi sejenis lemah, kena panas sikit dah demam, baru la sedar diri penting ambil vitamin C ni..Dulu pun kawan ofis k.fiezz macam pernah cerita gak pasal kebaikan Vitamin C ni tapi biasalah k.fiezz ni kedekut..Berkira ko nak keluar duit beli supplement..haha..Ni dah sedar diri, makin meningkat usia..antibodi pun dah kurang..lepas tu rambut pun dah beruban..huhu sangat yang ni tau..bila baca kebaikan vitamin C ni salah satunya untuk merawat rambut gugur dan mengelak rambut cepat beruban..Adeh..Rasa menyesal tak amalkan dari dulu...

Disebabkan faktor Kesihatan & juga KECANTIKAN, k.fiezz baru mulakan pengambilan vitamin C ni...

Flavettes Vitamin C


Pilihan vitamin C k.fiezz dari jenama Flavettes..keluaran CCM Pharmaceuticals yang dipercayai...Biasakan dengar brand ni..kalau pi farmasi mesti ada nampak produk2 berlabel CCM ni...Produk2 CCM ni dikilangkan di kilang yang diikitiraf dan harga pun mampu milik..

Harga Flavettes - 1 kotak ada 2 botol & setiap botol ada 15 tablet..Kalau beli sekotak ni tahan sebulan..sehari cuma ambil sebiji...K.fiezz beli di Watson, harga RM34.90..semalam beli yang kecik (1 botol -15 tablet) RM19.90..

Cara nak minum..Cuma rendamkan sebiji dalam air & biar dia larut sepenuhnya..Lepas tu boleh diminum..Rasa pun sedap..Macam minum air oren plak..hehe...

Waktu bila nak minum?tak ada time spesific..jadi k.fiezz minum lepas waktu makan tengah/hari..time lunch tak yah la k.fiezz nak beli air ke apa..minum vitamin C ni je..kan rasa dia oren..fefeling minum jus oren versi suam..



www.fiezasani.xyz
yang ni saiz besar (ada 30 tablet)..dlm dia ada 2 botol..setiap botol, 15 tablet...
k.fiezz ambil yang 1000mg ni...jadi sekali sehari je...

www.fiezasani.xyz
Selepas dilarut dalam air..ready untuk diminum..

APAKAH KEBAIKAN VITAMIN C NI?

K.fiezz duk story pasal Vitamin C ni..nak tahu jugak, bagus sungguh ke,kan?meh nak citer..Vitamin C ni antara fungsi dia..

Mudah Melawan Penyakit - yang senang demam, selesema tu dalam erti kata lain antibodi lemah, vitamin C boleh menguatkan sistem imun tubuh kita..

Mencantikkan kulit - Selalu dah dengar, orang cakap vitamin C ni elok untuk kulit..sebab vitamin C ni membantu penghasilan kolagen kita..Bila usia kita makin menginjak ke 30-an, badan kita dah kurang menghasilkan kolagen semulajadi..tu yang boleh nampak garis-garis halus kat mata..garis senyum & garis kat dahi pun dah mula nampak..tu tanda badan kita dah kekurangan kolagen semulajadi..pengambilan vitamin C ni membantu badan kita menghasilkan kolagen.

Kawan k.fiezz pun ada sharing pasal vitamin C ni sebab dia penah terkena minyak masa memasak..kalau tak silap la..kira tangan dia berparut disebabkan terkena percikan minyak..Dia amalkan minum air vitamin C, ada jual kat pasaraya. Dia amalkan hari-hari, alhamdulillah parut tu dah hilang..kebetulan pulak k.fiezz haritu terkena minyak jugak masa memasak..huhu..dah berparut kat tangan..mr hubby kata kalau belum kawen, boleh mintak kurang..sabar je la tau..so k.fiezz cuba amalkan vitamin C ni salah satunya untuk bantu hilangkan parut kat tangan ni..

Membantu Memusnahkan Radikal Bebas - Radikal bebas ni punca utama penuaan kulit..dan lagi scary salah satu penyebab kanser.huhu..punca radikal bebas ni wujud disebabkan gaya hidup kita sendiri..pemakanan yang tak baper nak sihat, stress & pencemaran.Jadi ni antara sebab pada penyumbang pembentukan radikal bebas dalam badan. 

Vitamin C ni memang dah dikenali sebagai antioksidan. Ia boleh memusnahkan radikal bebas dalam badan kita. dan salah satu supplemen penting untuk melawan radikal bebas selain Vitamin A & Vitamin E..

kalau ada antara family member, kawan kita yang merokok boleh turut menjejaskan tahap kesihatan & memusnahkan vitamin C dalam badan kita...

Melindungi Salur Darah - Fungsi vitamin C sebagai antioksidan mampu melindungi salur darah kita. Dalam erti kata lain, menjadikan salur darah kita lebih anjal dan sihat. Bila salur darah sihat, pengaliran darah pun jadi lebih baik. Bila darah mengalir dengan baik, tekanan darah juga menjadi normal & sekaligus jadikan kita lebih sihat..Kalau yang ada darah tinggi, elok amalkan vitamin C ni..

tetiba nak suruh mr hubby makan gak ni..dia ada darah tinggi...

Milk Booster -  Vitamin C boleh jadi sumber penggalak susu ibu sebab vitamin C penting untuk pertumbuhan sel & tisu. Bila vitamin C diambil secukupnya, boleh merangsang hormon menyusu. dan boleh menghasilkan susu yang lebih banyak..

Meningkatkan Hormon Estrogen - Pengambilan vitamin C boleh membantu aras hormon estrogen untuk meningkat..dan hormon ni penting untuk menggalakkan KESUBURAN...

KENAPA TAK AMALKAN DARI DULU?

Kalau korang google, banyak lagi kebaikan vitamin C ni...bila k.fiezz baca info-info kat blog lain, banyaknya kelebihan vitamin C ni..why la tak nak amalkan dari dulu?nyesal tau..Dulu eksen sangat...sekali bila rambut dah start beruban, lepas tu antibodi pun lemah baru sedar diri cari supplement tambahan vitamin C ni..Dulu ingat tak penting pun..huhu...

KESAN VITAMIN C FLAVETTES 

Setakat ni k.fiezz baru amalkan sebulan lebih kurang, yang k.fiezz perasan proses pembuangan buang air besar macam lancar gitu..haha..tak ada la kena memerah perut beria sangat..bila rasa sakit perut, terus je ke toilet..duduk, laju je keluar..eh..sorry..ter kotor plak..sila jangan bayangkan pulak tau..haha...


Lepas tu semalam mr hubby yang tegur k.fiezz..kata mr hubby nampak k.fiezz makin cerah..ni tak tau la bodek nak beli apa2 ke so puji k.fiezz cerah la bagai..haha..kulit k.fiezz yang berparut kena minyak tu, nampak makin pudar sikit...part muka plak, makin jelita..eh...haha..tak sure, part muka tak pasti...tengok cun je sentiasa..eh lagi..haha...

ni antara kesan vitamin C yang k.fiezz pasan sejak amalkan ..selain dari tu, mungkin ambil masa...yelah..baru kot amalkan..ambil masa la..idak la semua on the spot nampak kesan..bahaya pulak kalau nampak kesan cepat sangat..biar lambat, asal selamat..

oo..lupa plak.. amalkan vitamin C ni sila pastikan minum air putih banyak yea..bagi memudahkan vitamin C di proses dalam badan kita..

7 Comments

  1. Bila ada nampak dan rasa perubahan gembira kan kak...alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..kalau ada perubahan tu yg rasa happy..rasa semangat nak teruskan mkn...

      Delete
  2. Ramai juga yg amik jenama ni kan kak. Ana skrg consume yg 21st century tu je. Nanti nk try yg ni pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak suka yg mcmni,ana..jenis larut air..jenis kena telan, payah sikit tekak ni..haha

      Delete
  3. Replies
    1. untuk saya murah,cik nor..ada 30 biji..tahan sebulan..okey sgt la...

      Delete
  4. rabia makan macam tu vitamin tu.tak bancuh dgn air pun.

    ReplyDelete