Home Sweet Home..Ni rumah k.fiezz & mr hubby di Semenyih, Selangor..Untuk dijual atau disewa..Rumah ni betul-betul belakang Tesco Semenyih dan dekat jugak dengan Universiti Nottingham.Dulu masa beli kawasan ni tak membangun sangat..La ni dah boleh dikategori membangun..Taman  k.fiezz ni , berdekatan juga dengan eco hill yg kawasan rumah mewah area Semenyih ni..Lepas eco hill ni naik, taman rumah k.fiezz ni, agak hot..

Dulu k.fiezz & mr hubby stay kat sini..Kitaorang dua-dua kerja area KL..Kira dekat la pejabat k.fiezz & mr hubby..Masa tu berulang la KL-Semenyih hari-hari, hari kerja..sabtu ahad duk umah tak keluar memana pun sebab keletihan hari kerja, travel naik motor pi kerja..seronok kat sini sebab aman je..tak havoc macam kat KL dengan bunyi bising setiap masa..

tapi kitaorang terpaksa pindah sebab mr hubby dapat kerja kat area Subang..agak susah mr hubby nak pi kerja kat Subang,dan nak hantar k.fiezz kat KL..dah dua jalan yang berbeza..so kitaorang decide duk kat rumah mak k.fiezz area KL..kebetulan umah mak k.fiezz ni dekat dengan LRT..jadi cun la..k.fiezz ni masalah tak reti drive..tu la masalahnya...haih..

Jadi lepas pindah tu, umah ni kitaorang nak sewa atau jual..kot ada yg mencari rumah sewa ke, rumah nak beli ke di area Semenyih, boleh wasap k.fiezz...nnti k.fiezz bagi link...

actually ramai gak yang try tanya rumah ni tapi bila dengar rega semua senyap..haha..tak nafikan harga dia mahal...siap ada yg percubaan nak offer beli dengan harga rendah..ada gak yg ingt k.fiezz & mr hubby tak mampu nak bayar..so di tawar untuk pindah milik dengan bayar balance kat bank n sambung bayar..haha..adeh..alhamdulillah, takat ni mampu lagi bayar..kalau kitaorang tak bayar, lama dah bank letak kat pagar tu besar punya tulisan UNTUK DILELONG..

Jom k.fiezz tunjuk sikit belah dalam rumah kitaorang ni..kot ada yg berminat..Kalau yg nk sewa tu, sekali dengan perabot yea..yg tak ada cuma peti ais, mesin basuh & tv je...lain-lain complete..


www.fiezasani.xyz
Dari bahagian depan..


www.fiezasani.xyz
Di ruang tamu / ruang makan / tangga ke atas..yg langsir biru tu, bilik ke-4..


www.fiezasani.xyz
masterbedroom + ada bilik air..aircond & water heater


www.fiezasani.xyz
masterbedroom


www.fiezasani.xyz
Bilik ke-2..bilik ni besar..sorry, k.fiezz tangkap sikit je..tak tau nak tangkap gambar camana sebab ruang dia panjang..Boleh letak katil satu lagi ni..


www.fiezasani.xyz
Bilik ke-3..ada aircond...



www.fiezasani.xyz
Bilik ke-2 & ke-3 kongsi bilik air..ada water heater jugak ni..


www.fiezasani.xyz
Bilik ke-4 (belah bawah)


www.fiezasani.xyz
Dapur


www.fiezasani.xyz
Bilik air di tingkat bawah...

So kalau ada yang mencari rumah untuk disewa atau nak beli di area Semenyih, kalau kena bajet dengan korang, boleh roger k.fiezz..harga rumah ni untuk dijual 4**K++ . Kalau untuk sewa RM1K ke atas..

Bitau siap2 so kalau kena dengan bajet korang, boleh roger >> http://bit.ly/2MFZVTo...



8 Comments

  1. semoga dapat penyewa yang elok atau pembeli yang sepatutnya =)

    ReplyDelete
  2. Wahh selesanyaa rumah macam ni tapi nun di Semenyih pulak. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..mmg selesa sgt rumah ni..tapi jauh kat Semenyih..

      Delete
  3. Cantik rumah tu kak.. sayanglah kalau nak jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dri kosong gitu..sbb akak & asben, dtg ke sini sekali sekala je..tu pun bukan tido kat sini..kemas2 je kat garaj & dlm rumah sikit2...sbb umah ni kosong, ada org suka buang sampah dalam kawasan garaj kitaorang ni..so mmg tiap kali dtg ke sini, penuh sampah2 sarap..haih, geram je tgk...

      Delete
    2. Uiks.. gitu pula perangai.. apa ke buang sampah kat rumah orang..

      Delete
    3. ha'ah sha..tak berani la nak tuduh sapa tapi tiap kali kalau ke rumah tu, penuh sampah dlm kawasan rumah..yg baru ni ke situ, siap ada tanah liat macam dh kena pijak melekat kat area parking kereta rumah saya ni..huhu...tue yg nak sewa atau jual ni..sbb jiran2 tahu rumah tu kosong, jadi sesuka hati jadikan kawasan rumah saya tu tmpt buang sampah...

      Delete