Zaman skrg serba serbi senang..tekan tekan kat handphone, terus order..siap..Tunggu je orang hantar kat rumah..Selalu order online ni fastfood kan..Ni k.fiezz nak story order makanan biasa kalau kita pi kedai makan melayu  macam dalam gambar bawah ni...

Tak tau la korang pernah dengar ke tak, kita boleh order makanan biasa macam ni thru online...Biasa kita tahu fastfood je la kan..tapi k.fiezz sebenarnya agak jemu atau bosan makan fastfood ni.. tak lalu la weii..kalau tak ada pilihan tu, makan jugak la...eh..tapi tak tau la kalau korang tahu pasal order menu macam ni melalui online atau k.fiezz yang ketinggalan..hehe..tak kisah la kan..kalau yg tak tau, meh nak story sikit..

APLIKASI HONESTBEE Memudahkan


Mr hubby yang advance sikit pasal ni..maklum la orang I.T.kan..so tahu je la cari jalan yang senang macam ni..Mr hubby order ni melalui APLIKASI HONESTBEE..boleh install melalui PLAY STORE (Android)..

Kat aplikasi ni ada dua pilihan iaitu GROCERIES & FOOD..dua-dua kitaorang dah cuba..memang terbaik la..

Melalui aplikasi Honestbee ni, konsep order secara online & tunggu di depan pintu rumah untuk penghantaran..tak yah keluar la kiranya..duk je kat rumah...Ni untuk orang yang malas nak keluar2 rumah cam k.fiezz & mr hubby ni..hehe

ORDER MAKANAN MELAYU 

Ada sekali tu k.fiezz balik kerja lambat..so nak masak tak larat..cakap kat mr hubby..terus mr hubby cadang order kat aplikasi Honestbee ni je..terang biji mata k.fiezz bila mr hubby cakap cenggitu..wehhh..penat tau benornya masa tu..pukul 7 baru sampai rumah..nak masak lagi..uwaaa..tak larat...so dah mr hubby cadang order kat honestbee ni je..kitaorang scroll cari kedai makan yg kena dengan selera..Kat sini, ada banyak pilihan makanan ikut selera korang la masa tu..tak silap k.fiezz, ada makanan cina, melayu, western...

Pilih punya pilih, k.fiezz nak menu masakan melayu cam ni hah...tak lalu tekak hat fastfood tu je semedang...

Menu yg kitaorang order ni dari salah satu kedai yang ada kat dlm. aplikasi ni iaitu Warung Makcik Kiah, kedai dia dekat dengan rumah kitaorang ni..Lokasi kedai2 ni, k.fiezz rasa ikut alamat korang..nnti lepas install, korang kena masuk lokasi rumah kat mana..so dari situ dia cadang kedai yg ada berdekatan...


www.fiezasani.xyz
-Tomyam campur 
- Udang Sambal Petai
-Sotong Sambal Petai

total dalam RM40++ tapi ada diskaun kod dalam RM20++..hehe..
so jimat sikit...

dah beberapa kali jugak, k.fiezz & mr hubby order melalui aplikasi honestbee ni dan dengan kedai yang sama..setakat ni memang okey la dari segi penghantaran & rasa makanan warung makcik kiah ni..kalau tak, takkan repeat order,kan...

BELI BARANG DAPUR DI HONESTBEE

Masa raya haji baru-baru ni, kitaorang order bahan nak masak untuk raya haji..mula k.fiezz nak beli kat pasar tani pejabat k.fiezz..tapi tak ada orang jual derrr sehari sebelum raya..cakap kat mr hubby..nk pi ke pasaraya, malas..kang nak beli sikit, penuh troli..kitaorang selalu dah macam tu..adeh..pas tu over bajet..

so conclusion mr hubby order kat honestbee ni je..tadi kan k.fiezz beritahu kat aplikasi ni ada 2 pilihan iaitu GROCERIES & FOOD..kali ni nak beli bahan2 untuk masak, pilih GROCERIES..

acane okey ke idak?okey sangat la..

kalau ada barang yg kita order tu tak ada, dia akan whatsapp..Haritu mr hubby la yang berurusan dengan org perantaraan honestbee ni..Kira kita mintak org belikan brg la untuk kita..tunggu je orang tu belikan & hantar kat rumah..ala, sama je konsep kalau order online kat TESCO..tapi kalau tesco tu, idak la dorang nak whatsapp pulak bagitau barang yg kita nak tak ada ke apa..dia terus tukar je brg yg lain tapi mungkin berbeza la harga & jenama..dah sampai baru dia tanya, kalau kita nak..kita amik..kalau tak nak, bagi kat dorang semula...gitu la..

Pada k.fiezz, aplikasi honestbee ni okey sangat la..memudahkan..kalau korang nak cuba, boleh install di PLAY STORE..

9 Comments

  1. owh..bestnya.. xpyh ssh nak mask..:)

    ReplyDelete
  2. wow canggih dan menarik dan mudah!!

    ReplyDelete
  3. sekarang senang nak beli apa apa tanpa kita keluar dari rumah.. kalau rasa malas nak masak boleh cari yang boleh cod makanan

    ReplyDelete
  4. informasi yang bagus, boleh dicuba ni...

    ReplyDelete
  5. syiokk ni hehe..kalau rasa malas nak sepahkan dapur. Boleh order je macam ni.

    ReplyDelete
  6. Yeayyy...bolehlah rabia install aplikasi honestbee ni.Bab food lah rabia suka order..hehe.

    ReplyDelete
  7. skrg makanan pun online je eh haha

    ReplyDelete
  8. Wahh bestnya... Time busy nak sangatlah camni

    ReplyDelete