Saja beli asid folic kat Lazada..Brand Appeton ni kalau kat farmasi, mahai..RM40++ cam tu..walaupun harga dia agak pricey sikit tapi tahan lama sebab dalam 1 kotak ada 90 biji cuma nak beli sekotak RM40++ tu rasa bercinta je..haha..so k.fiezz saja try usya kat Lazada..eh..sekali tengok rega dia RM33.50, plus penghantaran RM2.40, baru RM35.90..murah la tu kan...

Yang ni k.fiezz request C.O.D je..K.fiezz kalau beli barang kat Lazada, kalau barang tu boleh C.O.D, k.fiezz akan pilih ni je..senang...

tadaa..ni la asid folic brand Appeton yang k.fiezz beli secara online di Lazada...

Appeton Asid Folic

Semalam sampai, k.fiezz check kandungan dia semua okey, tak ada la terkoyak ke terbuka ke..Kotak dia pun elok berbungkus dengan plastik..Expired date dia pun lambat lagi bulan 06, tahun 2021..takut la seller jual murah sebab dah nak tarikh luput ke apa kan..tapi tak..lambat lagi expired dia...

Seller bungkus pun elok dengan wrapping paper kotak appeton asid folic ni...


www.fiezasani.xyz

Eh..k.fiezz ni duk cerita pasal asid folic ni..apakah ia?okey for info untuk bakal-bakal ibu semua, seeloknya 3 bulan sebelum merancang kehamilan, kita dah boleh start consume asid folic ni dan teruskan sebaik sahaja disahkan mengandung..

Asid Folic ni bukan lah ubat kesuburan tetapi ia mengandungi vitamin B9 yang di perlukan untuk pembentukan DNA yang baru dan memperbaiki masalah DNA yang rosak. Dan ia sangat di perlu kan oleh bayi di dalam rahim untuk pembentukan sel-sel baru. Kalau mak kekurangan asid folic, kesihatan bayi turut terjejas.. 

FUNGSI ASID FOLIC 

Disebabkan kita pun tak tahu bila kita akan pregnant jadi fungsi asid folic ni untuk mengelakkan kecacatan pada bakal bayi kita nanti...kira macam persediaan untuk kita preggy.. Mungkin dalam masa kita tengah amalkan asid folic ni kita tengah preggy tapi kita tak tahu jadi asid folic ni membantu perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi semasa dalam kandungan kita...

no worry kalau takut terlebih makan asid folic  ni sebab kebiasaannya asid folic  akan keluar dari badan kita melalui air kencing...dia sejenis pil yang senang larut dalam air...

Kalau korang search pasal asid folic ni untuk hamil, banyak info-info yang korang boleh baca di blog-blog yang share pasal ni.. 

K.fiezz pun pernah share pasal  <<asid folic>> 

KAT MANA NAK BELI ASIC FOLIC

asid folic ni tak perlukan prekripsi doktor..boleh dapatkan di mana-mana farmasi atau di website online mcm Lazada ni..ada macam-macam jenama..kalau nak yang murah pun ada..sepapan (10 biji) RM1.00..k.fiezz penah beli gak yang macam ni..ni gedik cuba hat brand sebab katanya elok..hehe..ramai share testimoni berjaya preggy dengan brand ni..eh...tak semestinya tau, korang..mitos je..kalau dah sampai rezeki..makan brand apa pun, insyaallah lekat..korang jangan la ikut pangai k.fiezz ni..yang percaya sangat dengan mitos..hehe..maklum la k.fiezz kan dah lama mencuba untuk preggy so memang sejenis mudah percaya..dah selalu makan asid folic yang biasa, ni kita cuba yang branded pulak..hehe..ni kotak ke-2 k.fiezz consume asid folic appeton..so kira dah 3 bulan la k.fiezz konsisten amalkan asid folic appeton tanpa skip..eh..kagum plak..selalu on off on off..mungkin sebab brand mahai kot..haha..

So untuk yang bakal mendirikan rumah tangga dan merancang untuk hamil cepat, sila consume asid Folic dari sekarang.. Mana tau bunting pelamin... Aamiin.. 

6 Comments

  1. Kalau tak silap Yani, 3 bulan sebelum mengandung Yani consume asid folik brand ni. Wallahualam kalau kebetulan lepas 3 bulan ada zuriat dalam rahim Yani ....try la Fieza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, yani. Mmg tgh consume yg ni skrg.. Moga berhasil mcm Yani.. Aamiin..

      Delete
  2. Murah kak juga akk dpt. Asid folic mmg bagus kak.saya doakan akk murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, saja tgk je hritu kat Lazada. Eh, murah plak.. Terus laju2 order.. Insyaallah, moga berhasil.. Aamiin..

      Delete
  3. rabia tak pernah beli dengan lazada.hehehe.agak murah kan.

    ReplyDelete
  4. Eehhh dah murah dah tu kak.. jimat dua tiga hinggit dah tu. Moga terus konsisten ye kak. Dan semoga akak akak cepat-cepat dapat Baby. Aamiin

    ReplyDelete