Meh nak bagi tutorial cara buat cover instagram insta story kita..k.fiezz ada ternampak haritu member blogger buat..tapi masa tu macam tak berminat..macam renyah je nak buat..eh..biar la..koser nak pening..tapi lepas tu, bila intai2 kat ig blogger yang dah buat..eh, cantik pulak..berkenan..kebetulan ternampak blogger Fiza ada buat tutorial cara buat highlight cover instagram insta story  ni..

Jadi k.fiezz pun mencuba..Kalau ikut tutorial fiza tu, kena download applikasi PhotoLayer kalau tak silap kat Play Store.. 


Haih, dah naik jenuh k.fiezz scroll atas bawah..tak jumpaaa..siap dm fiza tanya aplikasi tu dah tak ada ke?bila fiza cuba cari, ada je..eh..dah kenapa tak ada dalam play store k.fiezz ni..marah pulak rasa...

Cari tutorial lain cara buat highlight cover instagram insta story ...Terjumpa satu yang paling k.fiezz familiar sangat aplikasi dia..PicsArt..suka la weiii..k.fiezz memang guna apps ni  pun kalau nak edit masukkan watermark kat gambar-gambar k.fiezz..Jadi tak ada la terkial-kial nak guna apps ni...

So korang kalau biasa dengan aplikasi PicsArt. boleh cuba buat highlight cover instagram insta story  dengan aplikasi ni..Kalau nak download, boleh cari kat Play Store je...

COVER STORY INSTAGRAM tu APA?

Kalau korang macam blur apa menda la yg k.fiezz duk mention dari tadi cover instagram insta story ..meh tengok gambar kat bawah ni...nampak dak yang k.fiezz bulatkan tu..nak buat cover untuk story instagram nie la..sebelum ni kita main up je story kat IG kita ni tapi tak tersusun..Kira bersepah la...Bila buat cover ni nampak tersusun la sikit Instagram Story kita tu..

Untuk blogger, melambangkan imej gak tu..Kalau PR nak cari blogger untuk job, senang la nak rujuk kalau dah tersusun ikut tajuk cam ni,hah...contoh macam PR yang cari blogger untuk travel, boleh tengok kat bawah tajuk TRAVEL..kan senang gitu...Boleh la decide samaada blogger tu sesuai ke dak dengan ciri-ciri yang dicari untuk job tu...

Acane nak buat highlight cover instagram insta story ni?Kalau korang bukan blogger pun boleh je buat..nampak kemas dah susun ikut folder yang sesuai dengan tajuk..idak la bersepah....

camne nak buat?Meh..kfiezz ajar guna PICS ART...


www.fiezasani.xyz

BUAT HIGHLIGHT COVER INSTAGRAM STORY DENGAN APLIKASI PICS ART


first of all, sila download aplikasi PICS ART dulu di Play Store untuk pengguna Android..Lepas dah install aplikasi ni,tak yah masukkan apa2 lagi kat sini..Cari dulu di GOOGLE, gambar untuk nak letak kat cover story instagram kita ni..macam k.fiezz buat kat atas ni...Kira macam icon la mengikut tajuk...

contoh bawah ni k.fiezz cari tajuk berkaitan travel icon..

www.fiezasani.xyz

Jadi sila google macam k.fiezz buat kat atas ni..travel icon png..Kenapa guna PNG?Sebab gambar2 PNG ni memang dah automatik transparent..Tak yah nak edit2 bagai...Cuma download gambar & masukkan dalam cover instagram insta story  kita je nanti...

Untuk gambar-gambar ni ikut la tajuk cover story korang yea..cuma masa search kat belakang tu jangan lupa guna '.... icon png'...tue je...sebab kita nak gambar yang transparent background dia...

www.fiezasani.xyz

Dah jumpa yang sesuai..Download...

Lepas tu baru buka aplikasi PICS ART..macam kat bawah ni...

www.fiezasani.xyz

Tekan butang + (yang k.fiezz bulatkan tu)...


www.fiezasani.xyz

Pilih 'EDIT'

www.fiezasani.xyz

Ada dua pilihan..1 untuk background yang ada gambar-gambar..dan 2 untuk background yang berwarna...

Untuk tutorial ni, k.fiezz pilih yang no.1...

www.fiezasani.xyz

Ni antara senarai yang ada dalam pilihan 1

www.fiezasani.xyz

Pilih la yang mana berkenan di hati untuk tema bunga...


www.fiezasani.xyz

Lepas dah pilih background yang memenuhi citarasa memasing, klik 'Tools' dan pilih crop...


www.fiezasani.xyz

Lepas tu keluar macam kat atas ni..jenis size yang kita nak untuk frame cover instagram insta story kita ni..yang best aplikasi PICS ART ni, dah sesiap size untuk instagram insta story (rujuk anak panah warna merah)...Jadi pilih je yang tu...sebab kita nak buat cover instagram insta story, kan...


www.fiezasani.xyz

Lepas dah pilih tu, dia akan jadi menegak macam ni...klik pulak 'Add Photo'...

www.fiezasani.xyz

Masukkan gambar yang kita dah buat tadi & adjust la ikut saiz yang korang nak..besar..kecil..suka hati...

www.fiezasani.xyz

dah siap..boleh SAVE...


Ni cara untuk masuk cover instagram insta story kat IG kita lepas dah buat pepenat tadi..


www.fiezasani.xyz

Kalau korang sejenis yang rajin up story ig, mesti dah melambak korang punya story ig korang..Pi kat tempat save IG Story favourite kita, klik lama sikit..kat mana insta story korang?bawah profile kat IG..sebelum gambar-gambar...Lepas korang klik lama sikit kat situ, keluar macam kat atas ni..pilih 'Edit Highlight'..


Lepas Edit Highlightkeluar yang ni pula..Edit Cover tu...

www.fiezasani.xyz

Dah masuk ni nanti, korang adjust la kedudukan dia..nak ketepi ke..ketengah ke..ikut la selera memasing...lepas tu save...

Klik pula kat tempat yang k.fiezz bulatkan atas ni..dan pilih cover instagram story yang korang dah buat tadi...dah selesai...Lepas tu boleh la susun ig story yang korang dah up tu mengikut tajuk...buat satu per satu...

memandangkan k.fiezz jarang-jarang up status kat IG Story ni, so k.fiezz buat cover ni satu-satu..haha..mula-mula buat terus semua..ada la dalam 2-3 macam tu..sekali Sha dm k.fiezz..dia ajar cara nak letak cover instagram story ni tanpa spam banyak-banyak..k.fiezz dah cuba buat tapi failed..haha..so korang kalau nak rujuk, boleh usyar kat blog Sha...


Sebenornya entry ni bukan untuk korang je..untuk rujukan k.fiezz gak..kot nanti nak tukar design ke..dah lupa pula cara-cara dia..hehe..k.fiezz kan pelupa tahap 1..haha...Jadi coverline up kat sini..kot ada yang berminat nak buat juga...SELAMAT MENCUBA...

12 Comments

  1. Senang je rupanya..heheehe..rabia selama ni pening kepala jugakkk lah macam manalah nak buat highlight dekat cover story Instagram ni.hehe.tq for share sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rabia baru je cuba..tq kak.nasiblah rabia baca entry blog kak.

      Delete
  2. rajinnya kak, cantik pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..hehe..try & error ni, mummy..nasib jadik

      Delete
  3. whhh..pakai picasrt pun boleh eh..harus mencuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..guna PicsArt je ni eda..nasib familiar dengan apps ni..tu laju je buat..

      Delete
  4. wooh senang juga kan.. so far guna yang ready made heheh sebab pemalas =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..k.fiezz tak de keja..duk kat umah..sesambil scroll ig tu..try & error je la..nasib helokk jadik...

      Delete