Perlukan Rawatan Fisioterapi.PhysioMobileMy Sedia Membantu.
Selalu tak dengar, kalau
ada orang cedera ke apa yang sampai tak boleh nak berjalan atau bergerak..mesti
kena buat rawatan susulan di fisioterapi, kan..apa tu fisioterapi?yang k.fiezz
faham dengan fisioterapi ni macam pakar yang membantu pesakit-pesakit ni untuk
aktifkan semula anggota badan untuk bergerak seperti berjalan, berlari..Mungkin
tak seperti masa pesakit sihat sepenuhnya tapi dapat membantu pesakit untuk
bergantung pada diri sendiri untuk melakukan rutin harian..Ni tengok kat tv
la..secara detail,k.fiezz tak pasti..jom kita baca sikit pasal fisioterapi
ni...
Fisioterapi?apakah
ia?Kalau bahasa yang mudah nak faham fisio ni fisiologi yang bermakna fungsi
dan terapi yang bersamaan dengan penjagaan. Jadi bila digabungkan fisioterapi
ni adalah penjagaan atau pemulihan. Kalau di Malaysia ni, fisioterapi dikenali
sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota)..Apa
fungsi pakar fisioterapi ni?
FUNGSI PAKAR FISIOTERAPI
> Menerangkan secara detail pada pesakit fungsi tubuh manusia.
> Faham secara terperinci setiap fungsi tubuh manusia.
> Mempunyai pengetahuan mengenai penyakit, kecederaan yang dialami & proses untuk pulihkan anggota tersebut.
> Dapat membezakan postur, imbangan dan pergerakan antara yang normal dan tidak normal.
> Mempunyai kemahiran untuk rawatan 'massage', 'acupressure', manipulasi.
> Membantu doktor untuk menentukan jenis penyakit dengan membuat ujian yang tertentu.
> Memulihkan anggota badan pesakit dengan menggunakan teknik yang berkaitan (senaman, cahaya elektrik, ais, urut dan elektrik.
> Melatih pesakit untuk menggunakan alat bantuan berjalan untuk rawatan beserta dengan cara penjagaan yang betul.
> Memberi pendidikan kepada pesakit.
SIAPA YANG PERLUKAN RAWATAN FISIOTERAPI INI?
Pesakit yang ada masalah
seperti sakit belakang, sakit bahu, sakit lutut, sakit leher, sakit-sakit sendi
dan berkaitan. Serta pesakit yang cedera disebabkan kecederaan sukan, warga tua
dan pesakit yang lumpuh disebabkan strok.
Tapi selalunya kalau nak
buat fisioterapi ni, pesakit dikehendaki hadir ke mana-mana pusat fisioterapi
kan..kalau
pesakit tu susah nak bergerak. Dan perlukan bantuan untuk pergi ke pusat
fisioterapi ni, macamana?Mana-mana ahli keluarga kena ambil cuti untuk bawakan
pesakit ke situ..Okey tu okey la,kan..Contoh macam anak nak bawak ibu atau bapa
ke situ..Memang bagus sebab kita berkhidmat untuk ibu bapa cuma yang tak best
nya si anak kena kerap ambil cuti, agak susah jugak,kan. Dapat majikan yang
faham, tak pe..Dapat yang tak berapa nak faham..Boleh mengundang stress pada si
anak sebab kena dahulu kan yang mana..Kan bagus kalau ada fisioterapi yang
boleh datang ke rumah..Hah!ni nak kongsi dengan korang. Kot ada yang
mencari,kan..Korang wajib baca kat bawah ni..
PERKDHIMATAN FISIOTERAPI BERGERAK
K.fiezz nak kongsi dengan korang mengenai perkhidmatan fisioterapi bergerak ni yang boleh datang ke rumah pesakit dan sangat berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang ni..Ramai dah testimoni yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PHYSIOMOBILE ni..Nanti korang boleh rujuk gambar testimoni di bawah.
PHYSIOMOBILE menawarkan perkhidmatan pada pesakit-pesakit yang memerlukan khidmat pakar dorang seperti yang k.fiezz dah cerita kat atas tadi. PHYSIOMOBILE juga menawarkan program rehabilitasi terbaik untuk PESAKIT STROK, KECEDERAAN SUKAN, PEDIATRIK (KANAK-KANAK), WARGA TUA dan UNTUK YANG BARU MELAKUKAN PEMBEDAHAN. Dan pesakit yang mengalami slip disc juga ramai mendapatkan rawatan di PHYSIOMOBILE ni..Pernah dengar kan slip disc?Kalau tak pernah, pi google..yang mana tahu & mungkin mengalami masalah ni, korang boleh dapatkan rawatan ni di PHYSIOMOBILE..
Dan PHYSIOMOBILE memberikan servis fisioterapi korporat mengenai masalah berkaitan musculosketeal yang boleh menggangu rutin harian kita sebagai pekerja. Bila kita mendapat info dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini, kita dapat mengelakkan masalah musculosketeal dan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti bekerja kita.
Jom Baca Sejarah PHYSIOMOBILE ni?
Mula beroperasi pada tahun 2016 dengan 2 orang ahli fisioterapi sahaja dan masa tu menyediakan perkhidmatan servis fisioterapi ke rumah pesakit sahaja.
Selepas setahun, PHYSIOMOBILE mempunyai 13 orang ahli fisioterapi dan 8 orang kakitangan di bahagian pengurusan serta mempunyai pusat rawatan sendiri di Seksyen 22, Shah Alam, Selangor.
Semua ahli fisioterapi di PHYSIOMOBILE terlatih & berkelulusan Diploma & Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fisioterapi. Dengan kepakaran yang mencukupi, PHYSIOMOBILE mampu untuk menyediakan lebih daripada 1000 sesi rawatan yang berkualiti setiap bulan dan menerima pesakit dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kenapa PHYSIOMOBILE jadi pilihan?
K.fiezz dapat info mengenai PHYSIOMOBILE ni pun dari kenalan yang bawa ahli keluarga membuat rawatan di sini. Dari hasil rawatan ahli keluarga yang berkenaan menunjukkan perkembangan baik..
Bila k.fiezz usyar-usyar ke website PHYSIOMOBILE ni ramai testimoni yang memberi komen positif selepas membawa ahli keluarga membuat rawatan dengan PHYSIOMOBILE ni...dan kenapa PHYSIOMOBILE ni jadi pilihan, waktu rawatan fleksible (9pg-10mlm), rawatan bergerak di rumah atau di klinik, rawatan berkesan menggunakan manual technique physiotherapy, pakar terlatih yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam fisioterapi, satu pakar terapi satu pesakit, untuk pesakit wanita disediakan pakar fisioterapi wanita, lokasi klinik yang strategik serta mudah dicari & mendapat rating 4.9 bintang dari lebih 10,000 testimoni.
Di bawah ni antara testimoni yang memberi feedback positive selepas mendapatkan rawatan di PHYSIOMOBILE untuk ahli keluarga mereka..
KLINIK PHYSIOMOBILE DI SHAH ALAM, SELANGOR
Selain dari menawarkan perkhidmatan ke rumah pesakit, Physiomobile juga ada klinik dorang sendiri di Shah Alam. Jadi boleh pilih la samaada nak ke klinik terus atau membuat rawatan di rumah. Ramai juga pesakit-pesakit yang membuat rawatan secara terus di klinik.
Pada sesapa yang memerlukan rawatan fisioterapi untuk diri sendiri atau ahli keluarga, bole la cuba dapatkan rawatan di sini..Maklumat lanjut untuk mendapatkan rawatan bergerak atau rawatan klinik di PHYSIOMOBILE, boleh rujuk di -
FB - physiomobilemy/
website - http://physiomobile.my/
Cawangan - Bandar Dato Onn, Johor Bahru
4 Comments
good sharing..nak buat rawatan dekat hospital lah.sebab rabia kan mmg kerap pergi ke hospital.
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteThanks for sharing sis :P Good info.
ReplyDeleteMenarik.. saya pernah singgah physiomobile untuk buat rawatan sakit leher
ReplyDelete