Pilihanraya ke-14 pada 9 Mei 2018 baru ni kak fiezz lagi sekali bertugas sebagai petugas Pilihanraya..Kali ni kak fiezz ambil jawatan sebagai Kerani Pengundian dan Mengira Undi je..Tak mau jadi Ketua macam masa Pilihanraya ke-13 dulu..fuhhh banyak koje, weiii..Plus kak fiezz tak ada ciri-ciri untuk memimpin..tak reti..kak fiezz suka ikut orang je..Dah terbiasa kot sebab jawatan k.fiezz bekerja pun jadi PA bos..Dah biasa terima arahan bos untuk buat kerja..bukan kak fiezz bagi arahan kat orang.haha..so nampak tak, tak ada ketokohan tu..jadi kalini kita jadi kerani je la..Elaun kurang sikit tapi berbaloi la sebab kerja tak susah sangat...

SALURAN 1 

Kali ni kak fiezz dapat saluran 1 juga macam masa PRU ke-13 dulu..Saluran 1 ni utk info korang, saluran mengundi untuk orang tua / warga emas yang dah pangkat atuk-atuk/nenek-nenek kita..Ada yang berkerusi roda, bertongkat, ada yang macam tak boleh pun nak mengundi sbb ada sakit..tapi k.fiezz kagum sangat sebab dorang tetap datang menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.


www.fiezasani.xyz

Pas petugas & kak fiezz memilih undi seperti biasa memandangkan k.fiezz bertugas di parlimen yang sama dengan tempat k.fiezz mengundi..Dah petang sikit, orang dah tak ramai k.fiezz lari kejap ke sekolah yang k.fiezz kena mengundi...Siap..

www.fiezasani.xyz
Selfie sebelum kena sound dengan ejen tempat mengundi..huhu..

Pengalaman Bertugas Sebagai Petugas PRU di Saluran 1

Seronok sebab boleh tengok macam-macam karenah orang-orang tua/warga emas ni mengundi..Ada yang bila kita dah celup jari dengan dakwat tu ingat kena tanda kertas mengundi dengan jari tu..haha..adeh..besa la orang tua kan..tapi apa pun k.fiezz salute sangat dengan orang-orang tua/warga emas ni yang sanggup datang mengundi walaupun ada yang dalam keadaan tak berapa sihat..Siap ada yang guna tiub kat hidung, nak memangkah pun tak boleh..tapi datang juga masa hari mengundi tu untuk tunaikan kewajipan..tak ada lah semua tak sihat yang datang haritu tapi ada la beberapa orang..ada yang masih sihat walafiat..cuma sifat dorang yang datang mengundi tu buat k.fiezz kagum sbb dorang pernah hidup di zaman kita belum merdeka..dorang tahu pentingnya setiap undian untuk memilih pemimpin yang layak menjadi suara kita rakyat marhaen...jadi sila la contohi warga emas ni...

Ramai antara kita yang muda-muda ni & dah layak mengundi pun ada yang tak berdaftar..yang dah mendaftar, tak nak pi mengundi..haih..alasan..guna alamat kat kampung..dah kawen, duduk kat tempat lain..adeh..kenapa tak tukar alamat..menda simple je kot..Ada tu cakap 'eh..tak minat politik'..adeh..suruh korang pi berkempen ke?tak kan..suruh korang pangkah je..tu pun susah..Kalau tengok warga2 emas yang turun masa hari mengundi, korang tahu sedih tengok keadaan dorang yg sanggup turun utk tunaikan kewajipan pada negara..kita yang sihat walafiat..tuuu terbongkang ataih katil lagi...Nanti bila pemimpin yang tak layak naik, korang lak beria-ia bising..padahal mengundi pun tak..yang sedih tu mendaftar pun takkk..hmmmm..Tepuk dada tanya la selera..
Bak kata adik ipar k.fiezz, yang lelaki kalau ada yang tak mendaftar..tanggungjawab pada negara pun korang tak leh nak laksanakan..nak jadi ketua keluarga..huhu...

Tapi apapun tahniah pada Tun M yang kembali mengetuai Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7...Alhamdulillah, kerajaan baru yang memimpin Malaysia skrg..Semoga ada perubahan yang lebih baik dari sebelum ni..Kak fiezz membesar di zaman Tun M & memang di akui masa zaman Tun M dulu, tak ada sebarang masalah & rakyat tak tertekan dengan macam2 kos..Mungkin ada masalah ekonomi/kewangan dulu tapi berjaya ditangani dengan baik oleh kepimpinan Tun M..Moga Tun M terus sihat untuk membaikpulih Malaysia yang sekarang...

4 Comments

  1. Wah tahniah kak jalankan tanggungjawab pada negara

    ReplyDelete
  2. Oo.. sebelum ini akak dah pernah jadi ke. Kita hari tu ingat nak juga join tapi tak tau nak mohon macamana

    ReplyDelete
  3. WAh.. respek kat sis.. bukan senang nak bertugas dari pagi sampai ke petang..

    ReplyDelete
  4. Baca pos ini sebab hendak tahu pengalaman sebagai pegawai SPR. Kurang tahu bidang tugas secara terperinci. Rupanya boleh pilih sebagai undi pos atau undi biasa.

    ReplyDelete