Makan Durian Semasa Mengandung


Okey ni kisahnya minggu lepas, kak fiezz & family in law pi makan durian kat Kedai Durian SS2 area P.Jaya..Masa baru nak duduk tu, kak fiezz ternampak la sorang lady yang tengah pregnant..Ingatkan kot dia temankan sesapa makan durian kat situ..Sekali ternampak baik punya dia makan durian..kak fiezz terus macam 'eh..boleh ke makan sbb mengandung'..yelah macam kita tahu la kan, durian ni sifatnya panas..Jadi agak musykil pulak kak fiezz..Maklum la kita tak ada experience lagi..mana kita tahu..Tanya mak mertua, boleh ke perempuan mengandung makan durian..Mak mertua kak fiezz pun tak berapa pasti..sbb reaksi muka mak mertua kak fiezz masa tu macam teragak-agak..ataupun mungkin masa tu mak mertua k.fiezz tengah feel makan durian..tetiba menantu dia yang #moodmembawang bebila masa ni sibuk je menanya soalan2..haha...

So kak fiezz pun saja tanya kat facebook..Dan dapat respons dari ramai kawan-kawan yang berpengalaman..ada yang kongsi pengalaman adik-beradik..wahhh...bagus gak kan..Ilmu baru untuk kak fiezz  & boleh share kat blog..Kak fiezz tahun mesti ramai perempuan-perempuan yang mengandung cari info boleh ke makan durian semasa mengandung ni..Selalunya masa pregnant ni la memacam nafsu nak makan..Menda yang tak boleh tu la, yang paling nak..kan kan..Tahu dah..so kak fiezz simpulkan dari info-info yang kawan-kawan kak fiezz kongsikan kat situ...

Boleh ke Tak Perempuan Mengandung Makan Durian?

Kesimpulan dari info yang kak fiezz dapat dari status FB kak fiezz tu, kebanyakan komen terpulang pada penerimaan badan masing-masing..Ada je yang hari-hari makan durian masa mengandung & tak ada masalah..Ada yang melantak sampai sebiji durian tapi penyudahnya keluar balik sebab perut memulas..Dan ada juga yang keguguran lepas makan durian..Jadi apa-apapun berpada-pada untuk ibu mengandung kalau teringin sangat nak makan durian..Kat bawah ni antara tips-tips yang kak fiezz pendekkan dari komen-komen di fb kak fiezz...

>> Digalakkan makan selepas kandungan mencecah 5 bulan ke atas sebab masa tu kandungan dah kuat

>> Kalau masa awal-awal kehamilan teringin sangat, ambil dalam seulas dua je untuk lepaskan mengidam

>> Elakkan makan durian kalau esoknya ada check up atau kena minum air gula..Kang tinggi bacaan air gula walaupun kena berpuasa mulai dari 12.00t/malam..Kalau tinggi bacaan air gula tu, tak memasal je kena pantau dengan klinik/hospital

Melantak Durian Lepas Tempoh Berpantang

Okey yang ni, kalau dah lepas tempoh bersalin & berpantang sukahati korang la nak melantak durian banyak mana..Cuma masa tempoh tak boleh tu, cuba-cuba kawal diri & set mind supaya tak ikut sangat perasaan dan emosi semasa mengandung..Cuba ingat baby dalam perut tu..Sian dia..Mak dia sedap makan durian, dia yang kena kesannya kalau mak jenis badan tak tahan...Ececeh..macam kan ada pengalaman..haha..Takut kang time diri sendiri, lagi hoverr..hentak2 kaki tak dapat..haha..


6 Comments

  1. thanks for info. boleh beritahu kt kwn rabia ni.dia dh kahwin

    ReplyDelete
  2. viral tu ari kan pasal ni sbb bini nya sharnaz ahmad tu dok makan durian, abis kena kecam.
    Ala, takpe je nak makan. Asal jgn la sampai berbiji2. Setakat lepas ngidam seulas dua, shld be okay. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..tak tau plak kes bini sharnaz ahmad ni, ida..saya ternmpk sendiri ada pregnant lady makan derian masa kitaorang satu family ke kedai derian...tu saja tanya kat FB, boleh ke wanita mengandung makan durian?

      Delete
  3. Oo..gud info. Thanks for sharing kak fieza

    ReplyDelete
  4. selalu orang cakap kalau tu anak first, makan je apa nak makan. sha pun taktau sangat haha

    ReplyDelete