Serbuk Bunga Rambai

Siapa kat sini suka skrub badan di hari cuti?kita geng, hokay..kak fiezz salah sorang yang suka buat skrub badan ni kat rumah..Dari zaman anak dara lagi, kak fiezz memang suka beli serbuk bunga rambai ni kat Mydin..Harga pun murah je..Boleh beli yang 1 peket atau dah siap dalam 1 bungkusan 3 peket..Kak fiezz selalu beli 1 plastik (3 peket) sebab mr hubby bukan jenis rajin nak ulang ke Mydin..Weekend is us time kat rumah konsepnya..Okey berbalik pada topik serbuk bunga rambai ni, kalau korang berminat nak cuba boleh cari di Mydin..Tempat lain kak fiezz tak pasti ada ke tak..Yang biasa k.fiezz beli kat Mydin je...Jom baca review kak fiezz pasal serbuk bunga rambai ni & kenapa kak fiezz suka...

ww.fiezasani.xyz

Review Serbuk Bunga Rambai

Review jujur Kak Fiezz sebagai pengguna skrub serbuk bunga rambai ni..Bukan review berbayar tau...Kak fiezz suka sangat sebab lepas skrub, korang boleh rasa kulit badan korang lebih licin..Kak fiezz bila part nak cuci serbuk2 ni lepas proses skrub, nampak benor banyak sangat daki melekat kat badan..Haha..Jadi digalakkan untuk proses skrub badan ni seminggu sekali untuk menghilangkan daki & peluh pada badan serta sekaligus mengharumkan badan kita..Baru la confident berdepan dengan orang ramai, kan..terutama yang kerjanya banyak berurusan dengan orang luar..


Kenapa Serbuk Bunga Rambai Jadi Pilihan

Kak fiezz pilih serbuk bunga rambai ni sebab bahan-bahannya menggunakan berbagai jenis herba & bunga-bungaan untuk beri kesan kulit kita lebih licin, berseri serta lembut..Tekstur serbuk ni korang boleh tengok gambar di atas ni...Kak fiezz sangat-sangat berpuashati dengan hasilnya yang memberikan kulit badan kita lembut & licin..Bau dia pun best..1 peket serbuk ni boleh buat 2-3 kali..Jimat di situ...

Jadi kalau korang yang mencuba scrub badan sendiri di rumah tanpa perlu keluarkan duit di SPA, sila la cari serbuk bunga rambai ni..

Kalau tanya kak fiezz ni, mmg k.fiezz penggemar proses lulur badan ni sbb me time kak fiezz di rumah..Kalau dapat review SPA, tu laju je kak fiezz buat..sbb minat..hehe..ada ke sesapa nak suruh review SPA..meh e-mail tepi..eh!!haha

10 Comments

  1. tak pernah lagi jumpa set lulur dari bunga rambai ni

    ReplyDelete
  2. 10 tahun yang lepas pernah jumpa la...masa zaman mustika ratu popular..hehehe..tapi SA pakai lulur pi SPA je..x reti buat sendiri

    ReplyDelete
  3. Belum pernah cuba lulur dengan serbuk bungai rampai tapi boleh cuba cri dekat Mydin nanti. Me time gitu

    ReplyDelete
  4. salam..
    yaya singgh n follow sini.. -429
    salam kenal ye ^_^

    ReplyDelete
  5. lama tak beli ni.skrg pakai fellera beauty

    ReplyDelete
  6. Saya pun dulu slalu pakai ni.. Skrg je x rajin nak skrub.. Letih ngn anak je hihi

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html

    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  8. Seminggu sekali wajib skrub seluruh tubuh ..lepas skrub rasa kulit smooth je

    ReplyDelete
  9. Kita pun selalu guna ni.. memang best!

    ReplyDelete
  10. takpernah jumpa lagi, teringin nak try

    ReplyDelete