Cara Hilangkan Kesan Turun Warna Pada Baju

Baru ni k.fiezz beli satu set baju & skirt untuk pakai masa Hi-Tea hari jumaat ni..Dan kebiasaannya kak fiezz akan basuh dulu pakaian yang baru dibeli..Petang masa balik kerja sampai je kat rumah, terus masuk baju & skirt ni dalam baldi..rendam sekali dengan baju-baju kerja yang lain..Kak fiezz baju kerja, basuh guna tangan je..sbb tak kotor sangat pun..Rendam dengan sabun kejap..Sementara tu layan drama favourite k.fiezz sekarang, Kekasih Paksa Rela..

Habis je cerita tu, masuk bilik air..nak bilas la cadangnya..sekali tu diaaa..seperti di gambar pertama..why why..baru beli..uwaaa..Salah kak fiezz, pi rendam dengan 1 baju warna merah yang memang jenis turun warna kalau basuh..Lupa pulak baju tue jenis turun warna...Adeh..dah la baju yang dalam gambar  ni nak pakai masa hi-tea jumaat ni..Nasib baik skirt tak kena..Terus kak fiezz google cara hilangkan kesan turun warna pada baju..Jumpa beberapa cara tapi masa tu yang ada kat rumah limau nipis je..tak sure nama limau nipis ke kasturi..kak fiezz selalu confuse..tapi limau yang besar tu..bukan limau oren pulak tau..

Cara 1 - GUNA LIMAU 

1. Rendam baju yang terkena warna tu dalam air panas..perah limau dalam air tu..biarkan semalaman..

Hasilnya - tak memberangsangkan..uwaaa..Teringat cara yang kedua..tapi nak kena beli dulu barangnya..

www.fiezasani.xyz

Ni la baju yang terkena warna..kat bahagian tangan & agak terang warna merah tu..
Ni hasil rendaman guna limau dan tak berapa menjadi..

www.fiezasani.xyz
Clorox Lemon
Kak fiezz beli yang botol kecil je..RM2.55


Cara ke- 2 ~ CLOROX LEMON

Balik kerja petang semalam, singgah SOGO..cari Clorox Lemon ni..

Sampai kat rumah, rendam baju ni dalam baldi..campur serbuk basuh kain sikit..tuangkan 5x cecair clorox lemon ni dalam baldi (kak fiezz guna penutup botol clorox ni je untuk sukatan)..Sebatikan campuran & biar semalaman..

Hasilnya ~ Okey la okey la..warna tu masih nampak tapi kurang sikit berbanding gambar pertama yang kak fiezz guna limau tu...

www.fiezasani.xyz

Tak pe la, nanti lepas beberapa kali basuhan harap warna tu berjaya dihilangkan sepenuhnya..Positif..positif...

Next time kena check dulu setiap baju dalam baldi sebelum basuh...