Baru ni kak fiezz layan movie THOR RAGNAROK..cerita dah kurang panas baru gedik2 kak fiezz sibuk nak tengok..haha..biasa la kalau citer tengah hot, tiket asyik habis je..Malas nak gaduh2..kita bagi orang tengok dulu..kita beralah la sikit..so 2 minggu lepas baru kak fiezz & mr hubby pi wayang tengok cerita ni..Best ke?

Kak fiezz ni tak ada la minat benor cerita ni..Kak fiezz suka tengok hero dia ensem je..hehe..tapi dalam cerita ni THOR buta sebelah mata sebab cedera masa berlawan..alooo..tapi dah pakai penutup mata sebelah, nampak makin ensem pulak..eh!!

Cerita Thor Ragnarok ni pasal Thor bergabung dengan adik angkat dia, Loki nak melawan kakak kandung Thor yang jahat, Hela..Hela ni lagi hebat kuasa dia dari Thor..Even penukul Thor yang berat tu pun Hela ni berjaya hancurkan..Jahat tak jahat la kakak si Thor ni..Permulaan cerita sepatutnya Thor halang kakak dia dari masuk ke planet dorang, Asgard kerana si kakak Thor ni cuba untuk menghancurkan planet ni dan semua penduduk di situ tapi kakak dia berjaya sampai ke situ melalui laluan yang Thor guna..Thor & Loki cuba halang tapi dorang kalah dan tercampak kat satu planet ni..Cubaan untuk keluar memang mencabar dan masa di planet ni juga Thor terpaksa berlawan dengan Hulk (si hijau) tu...Di planet ni juga thor berjumpa dengan pahlawan wanita Asgard yang dah menjadi penduduk di planet tu..Thor cuba minta bantuan tetapi masa mula-mula pahlawan wanita ni mengelak..Si Loki pulak kak fiezz pun confuse dia baik ke tak..Kejap tolong, kejap belot..haih...Tapi Thor berjaya dapatkan bantuan pahlawan wanita ni..Nak keluar dari planet diaorang terperangkap tu pun terpaksa berperang..Kira cerita ni banyak aksi & dialog-dialog pelakon-pelakon pun ada yang mencuit hati..tak perlu nak buat lawak beria sangat..

Bagi kak fiezz movie ni, plot demi plot cerita buat kita tak senang duduk nak tahu kesudahan dia macamana..Kak fiezz pun tahan nak shishi tau sebab nak tau kesudahan cerita dia..best sangat..eh!! tadi kata tak minat..tetiba best..haha..Okey, untuk kak fiezz kira best la..2 jam lebih tayangan movie ni memang tak membosankan dan setiap babak tu berkait & buat kita tak sabar nak tahu ending movie ni..Walaupun secara cliche kita dah tahu hero selamat..haha...Tapi yea ke selamat..Penduduk-penduduk Asgard pulak acane?Planet asgard selamat atau Hela berjaya musnahkan..Kalau selamat, siapa pula yang tolong sbb Thor sendiri berputus asa..eh!!banyak pulak persoalan..okey, nak tahu pi la tengok..

Korang kalau nak tengok thriller movie terbaru, waktu tayangan dan senarai wayang yang bakal keluar di Malaysia..korang boleh ke >> showtimes2u.com..

9 Comments

  1. Betul best Thor Ragnarok ni. Ada humor sense jugak. Samalah kita cerita dah nak habis baru tergedik nak layan...hihi

    ReplyDelete
  2. kita tengok dah, bagi kita citerrr dia agak lawak berbanding movie thor sebelum ni lebih serius

    ReplyDelete
  3. best best. best sangattttt

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. Bila dua filem thor yang sebelum ini dark je.. Tengok Ragnarok nie rasa happy pula sebab berwarna-warni.. Hehehe.. Tapi memang bestlah..

    ReplyDelete
  5. sha belum tengok lagi, susah betul nak ke cinema haha

    ReplyDelete
  6. ramai yg buat review bagi rating movie ni best.

    ReplyDelete
  7. Macam best je.. tak sabar rasa nak tengok

    ReplyDelete