Masalah PosLaju..Barang Tak Sampai, Kita Guna Medium Twitter
Haritu ada ternampak post mummy linda pasal tweet dengan pos malaysia selepas status barang tak diketahui dalam erti kata lain masalah pos laju barang tak sampai..dan baru-baru ni, kak fiezz mengalami masalah yang sama jugak iaitu barang tak sampai. Status no.tracking barang yang customer order , pending gitu je dalam sistem pos..nombor tracking tu ada tapi tak di kemaskini..weh..tak kelakar tau pos buat macam tu..
dah la customer dari Brunei yang borong n.batu & kapsul nenas batu ni..Mau tak cuak..yelah melibatkan kepercayaan,kan..Nanti customer ingat kak fiezz menipu pulak..Padahal masalah di pihak Pos Laju..faham la customer ni macam-macam ragam..Nasib baik, alhamdulillah customer dari Brunei yang borong dengan kak fiezz ni sangat-sangat okey & tak mendesak duk tanya status barang dia..Kak fiezz update je dengan dia status barang dan dia pun check juga dalam website pos laju..Legaaa..Maklum la kadang customer ni kita bagi no.tracking tapi dia tak check pun..Barang tak sampai, bising kat kita.fuhhh..mencabar hokay..Rezeki dapat customer yg sporting dari Brunei macam ni...
So memandangkan barang kak fiezz ni statusnya barang tak sampai, apa lagi meh la kita guna medium twitter..ni screenshot tweet kak fiezz & pos malaysia..Alhamdulillah, ada reply dari pihak Pos Malaysia..Masa Pos jawab tweet kak fiezz ni, barang dah ada kat Miri untuk penghantaran..Petang sikit, kak fiezz tengok dah selamat diterima...Legaaaa kak fiezz...
So korang kalau ada masalah barang tak dikemaskini atau nak tahu status barang, boleh la cuba cara ni..Confirm di jawab dari bagi e-mail atau telefon..Kalau telefon, jenuh nak dapat cakap dengan customer service dia...e-mail pun lepas beberapa hari baru dapat reply..Jadi twitter ni salah satu medium yang boleh digunakan kalau menghadapi masalah macam k.fiezz ni...
5 Comments
semua kasik tweet je sekarang kan
ReplyDeletesempat jugak poslaju ni check twitterkan , heheh
ReplyDeleteRamai yg kata jugak kan .. masalah poslaju ni.
ReplyDeleteBanyak pula dengar aduan pasal pos laju dua tiga menjak ni. Harap-harap pihak pejabat pos boleh ambil tindakan segera untuk mengelakkan hal ini berulang lagi
ReplyDeleteSaya dulu ada masalah dgn poslaju, mmg bikin panas, saya call tak jawab, saya email tak reply...lepas tu saya ignore saja...tp lepas ni , tau dah boleh guna twitter, hehe...
ReplyDelete