3 In One Professional Air-Conditioner Cleaner
Menyedari berlakunya peningkatan kos sara hidup
ketika ini, kita seharusnya menilai semula perbelanjaan dengan cermat.
Antara perkara yang mungkin boleh dilakukan ialah
dengan melakukan rutin pembersihan sendiri tanpa perlu mengeluarkan sejumlah
wang bagi mengupah khidmat kontraktor walaupun untuk menyelenggara penghawa
dingin.
Kebanyakan rumah di Malaysia pastinya dilengkapi
dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan hidup sekeluarga namun,
harganya bukan murah dan sudah tentu
pengguna mengharapkan ia mampu bertahan lama.
Bagi memastikan alat penghawa dingin sentiasa
berfungsi dengan baik, pengguna harus melakukan rutin pembersihan dan penyelenggaraan
dengan sebaiknya.
Kerja pembersihannya sebenarnya bukanlah terlalu
rumit seperti apa yang disangka malah, ia lebih mudah dengan adanya produk
WD-40 iaitu ejen pembersihan terbaik 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional
Penghawa Dingin.
Ejen pembersih berasaskan air ini mampu menanggalkan
kotoran, debu, kulat serta kotoran lain yang terkumpul dari dalam gegelung
penyejukan penghawa dingin berkenaan. Ia tidak perlu dibilas. Ini adalah cara
mudah untuk menggunakan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin :
- Utamakan keselamatan, tutup suis penghawa dingin
anda.
- Alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada
penapis.
- Semburan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional
Penghawa Dingin pada sirip penyejuk secara menegak dari bawah ke atas
bagi memastikan setiap
bahagian dilitupi semburan.
- Biarkan sirip penyejuk selama dua minit untuk
memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis.
- Buka suis penghawa dingin semula dan biarkan
selama 15 minit untuk memastikan kotoran dapat dikeluarkan daripada hos
saliran.
Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!
Sebaik selesai melakukan pembersihan, alat penghawa
dingin anda lebih sejuk sekaligus mampu menjimatkan tenaga elektrik. Apa yang
lebih baik ialah anda berupaya menikmati udara lebih bersih dan nyaman! Jadi,
simpan wang anda kerana tidak perlu lagi berbelanja hingga beratus ringgit
untuk mengupah orang
lain membersihkan alat penghawa dingin di rumah dan
lakukannya sendiri ! Jadilah pengguna yang bijak.
Untuk mendapat tips dan idea lebih lanjut berkaitan
penjagaan rumah, sila lawati http://wd40asia bagi produk WD-40® serta rangkaian produk
3-DALAM-SATU®.
Tentang 3-IN-ONE®
Jenama 3-IN-ONE® mula terkenal sejak tahun 1894 lagi. Ia telah menyelesaikan
pelbagai masalah dan membuatkan orang tersenyum. Inilah penyebab syarikat WD-40
terlibat dengan bisnes 3-IN-ONE Oil pada
1995 dan dari masa ke masa melakukan inovasi bagi menghasilkan produk terbaik
dengan sistem terbaik.
Pakar dalam solusi produk tahan lasak
yang sentiasa menjadi pilihan pengusaha dan pusat diy, , jenama 3-IN-ONE®
antara produk berkualiti syarikat WD-40. Layari laman sesawang Asia untuk
maklumat lanjut https://goo.gl/NiDfNd; or http://wd40.asia/products/3-in-one/3-in-one-professional-air-conditioner-cleaner
Tentang syarikat WD-40
Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat
dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh
dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung
anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile
(peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas
bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir
kelembapan dan lain-lain.
Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang
profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka
.seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit.
Hari ini WD-40® boleh
diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk
baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE
dan WD-40® Specialist™ Automotive.
Rangkaian
produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai
perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia
Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com
3 Comments
Boleh buat sendiri lagi jimat dari panggil orang. setuju snagat zaman sekarang yang mana boleh cut cost sebolehnya
ReplyDeleteTQ FOR SHARING
ReplyDeleteMudah sangat zaman sekarang ni kan. Semuanya ada. Cakap je nak apa
ReplyDelete