Green Dinosaur di Juice Works. Terutama Yang Tak Suka Sayur Boleh Cuba Ni
Dapatkan Green Dinosaur di Juice Works
"Habiskan sayur-sayuran anda atau anda tidak and dapat pencuci
mulut!"
Ibu anda mungkin menggoda anda sebegini
apabila anda masih kecil. Apabila anda semakin tua, anda mungkin pernah
menggunakannya sebagai motivasi untuk mengambil makanan hijau anda setiap hari.
Jika anda seorang ibu atau ayah sekarang, anda mungkin menggunakan helah yang
sama pada anak-anak anda.
Kami tahu sayu-sayuran hijau bukanlah makanan
kegemaran untuk setiap orang. Tetapi selalu ia mempunyai lebih daripada satu cara
untuk mendapatkan nutrien yang luar biasa dari sayuran berdaun itu. Mengapa anda
perlu memaksa diri anda jika anda tidak suka memakannya? Minum sahaja ia!
Dan terdapat begitu banyak kombinasi yang
hebat dan rasa yang didapati di kiosk Juice Works yang boleh membuat anda
berfikir semula mengenai hubungan anda dengan sayur-sayuran.
Khususnya untuk bulan Julai - dengan
musim lychee yang lebat ini – Juice Works ingin memperkenalkan kepada anda
minuman kami yang lazat, Green Dinosaur! Mengapa dinosaur? Kerana ia terdiri
daripada banyak kebaikan yang terlalu lazat untuk ditolak!
Apakah kandungan Green Dinosaur ni? Ia mengandungi
bayam, chia seed, Lime, Lychee (tentu saja!), jus tropika dan ais krim vanila
rendah lemak - semuanya dicampur dengan sorbet untuk faktor penyejuk tambahan.
Warna hijau semulajadi yang menakjubkan
dari minuman ini berasal dari bayam, yang dikenali sebagai salah satu sayuran
terbaik untuk dimakan dan ia telah disenaraikan sebagai Superfood oleh
sesetengah ahli nutrisi.
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa
Popeye the Sailor begitu suka bayam? Ia adalah kerana sayur-sayuran berdaun ini
kaya dengan larut air dan vitamin larut lemak, pelbagai fitonutrien, dan banyak
klorofil. Ia juga adalah sumber mineral magnesium dan besi, vitamin B2, B6, K
dan E, dan folat. Ia mempunyai kalsium, kalium, Vitamin A, mangan, dan juga
tembaga!
Sebagai tambahan ia di
tambahkan dengan laici untuk keharuman, kemanisan dan airnya! Rasa keenakkan
laici - ya, ia sangat baik dan ia juga adalah makanan kegemaran legenda
imperial Yang Guifei, salah satu Empat Gadis Tercantik dari Cina Kuno - buah
kecil ini penuh dengan kebaikan.
Ia kaya dengan Vitamin C antioksidan, dan
dikenali sebagai salah satu buah dengan kepekatan polifenol tertinggi di
kalangan buah-buahan - termasuk rutin, yang merupakan bioflavonoid yang
dikenali untuk menguatkan saluran darah. Ia juga mempunyai quercetin,
antioksidan yang kuat dengan sifat anti-radang, serta kaempferol yang dikenali
untuk manfaat kanser dan manfaat jantungnya.
Oleh itu, jangan menyeksa diri anda
dengan sepinggan sayur-sayuran lagi. Dapatkan cawan anda ** Green Dinasour hari
ini!
**Green Dinosaur Dinosaur boleh didapati di dalam tiga jenis saiz: Junior (250mL) RM8.95;
Sederhana (450mL) RM9.95; Dan Besar (650mL) RM10.95.
P/s: Tidak pasti apa itu anti-oksidan? Jangan risau. Secara ringkasnya, ia adalah sumber
pertahanan yang diberikan oleh alam semula jadi untuk melawan radikal bebas yang
boleh menyebabkan penyakit. Mereka juga boleh membantu melambatkan proses penuaan.
MENGENAI JUICE WORKS Malaysia
Juice Works Malaysia
adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai
oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunakan ramuan
bahan-bahan semulajadi yang terbaik.
Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.
Bermula daripada satu
kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus
buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu
hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan
minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan
akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada
ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia
mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.
Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 28 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.
Untuk maklumat dan imej, sila hubungi
Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6010
295 4802
e-mel chan@greatworksmarketing.com
e-mel chan@greatworksmarketing.com
5 Comments
nanti nak cuba heheheh
ReplyDeletewow penuh khasiat
ReplyDeletemana dapatkan?
ReplyDeleteGiant ada jual tak kak fieza ? Rabia kurang makan sayur..buah makanlah
ReplyDeleteHuhuhu lea tak dapat nk cuba sbb kat kuantan tak de kiosnya.. Adehh.. dpt tgk gambar ajek la jwbnye.. huhuhu
ReplyDelete