Salesman Yang Annoying
Eh..bukan korang tau..ni hah!!kak fiezz angin dengan seorang salesman yang jual barang kat pejabat kak fiezz..dia jual produk apa ntah..dari cerita member2 ofis yang beli, produk untuk urut2 belakang badan sekali boleh pecahkan lemak..kira macam produk slimming la..Masa budak ni jual haritu, dia tak ada masuk ke bilik kak fiezz pun..Alhamdulillah..kalau dia masuk nak promote pun, kak fiezz nak tolak awal2..nak cakap gini je 'dik..badan ahkak memang dah slim'..bukan la nak eksen tapi realiti kot..boleh tengok sendiri depan2..selamat part kak fiezz sbb dia tak masuk promote kat bilik akak pun..Ada kawan2 kak fiezz yang lari masa budak ni datang promote dari meja ke meja kat bahagian kitaorang ni...Macamana kak fiezz tahu..Sebab member2 datang lari ke tempat kak fiezz..Dorang tanya ada ke budak tu masuk ke bilik kak fiezz..Kak Fiezz cakap tak ada tapiii petang hari kejadian, dia dengan selamba menonong masuk bilik bos kak fiezz..kak fiezz yang kat luar bilik bos, tercengang2..eh!!ko..nampak kan ada P.A. kat luar..ko boleh buat kurang ajar gitu..tak pe la..kak fiezz abaikan je la part tu..Lepas dia dah promote bagai, bos kak fiezz keluar dengan budak ni & bos kak fiezz pesan kalau budak tu ada hantar apa2 barang, tolong amik..tolong amik, yea..so kak fiezz pun okey je la..
Semalam budak ni datang nak hantar barang..Bos kak fiezz tak ada kat bilik..Tengah jumpa bos besor..Kak fiezz suruh budak ni datang balik lewat sikit..Pi hantar barang yang orang lain order dulu kat Kementerian ni..Lepas2 tu, Kak fiezz beritahu juga dengan bos, budak ni datang nak hantar barang yang dia order..Bos kak fiezz tak cakap apa pun..Cuma bos mention, ingatkan budak tu datang harini (Jumaat)..Kak fiezz cakap tak tahu je la..Kak fiezz cakap dia dah datang tadi (Khamis)..Tapi bos tak bayar, so kak fiezz beritahu dah suruh budak tu datang petang sikit..Lepas tu setel..Kak fiezz dah beritahu bos..Ingatkan budak tu datang semalam belah petang lewat sikit la kan..Sekali pagi tadi (Jumaat), dia datang lagi & bos kak fiezz tak ada, ada meeting kat Putrajaya..Ni conversation kitaorang...
Budak Itu : Assalamualaikum kak..
Kak Fiezz : Jawab salam dalam hati je...Bos tak ada..Mesyuarat kat Putrajaya (sebab dah nampak muka budak itu, terus kak fiezz beritahu bos tak ada)...
Budak Itu : Bos cakap bagi barang ni kat akak & bayar pakai duit akak dulu..
Kak Fiezz : Eh!!bos tak cakap apa pun dengan akak..Akak tak bawak duit..Akak bawak duit belanja RM10 je sehari.. (Masa ni budak itu tenung kak fiezz dengan pandangan marah..kak fiezz balas la balik pandangan dia tu, kan)..ko dah kenapa nak tenung2 aku macam tu..Lagipun bos kak fiezz sebelum keluar gi meeting tadi pun, tak pesan apa2..Takkan nak suka2 bayar..Mana la tau kot dia menipu ke apa...
Budak Itu : Bos cakap dengan saya, haritu kat dalam bilik..Dia cakap nanti hantar barang, bayar pakai duit akak dulu kalau dia tak ada..
Kak Fiezz : Bos tak cakap apa pun..Kan semalam akak suruh datang lewat sikit..kenapa tak datang..bos ada semalam tapi dalam bilik bos besar...
Budak Itu : Tak pe la, kak...Buang masa saya je datang sini (dengan intonasi annoying)...Sebenarnya ada lagi conversation kitaorang tapi tak ingat sangat..Ni antara yang kak fiezz ingat...
Kak Fiezz : Okey...(Ingatkan nak minta maaf kat dia sebab kesian dia datang semalam & harini tapi sebab intonasi dia yang annoying tu, terus tak jadi)..Kak Fiezz balas pun dengan nada annoying jugak..
Dik, akak kesian ko datang jual barang..Dengan muka tebal pi dari meja ke meja nak jual barang..Cari rezeki...Yelah tu cara ko cari rezeki tapi kan cara ko tadi masa nak deliver barang kat bos akak, sangat la annoying ..Bukan takat intonasi ko je..Dengan gaya ko pun sama gak...Tak pe la dik..Moga murah rezeki ko...
9 Comments
Boleh Pula security bagi masuk sesuka hati ye
ReplyDelete:(
ReplyDeleteKadang-kadang kesian juga dengan jurujual ni kan.. tapi kalau dah mula memaksa dan anoying memang takde rasa kesian dah.. haihh
ReplyDeleteMain jual2 nama boss pula untuk jual barang..
huhuhu cmtu pulak yek.. satu jerk tak berkenan, bila dia ckp boss soh byr pakai duit fieza dulu.. Entah betol entah tidak tu..
ReplyDeleteSabar jewlah. Miza pun penah kena situasi camne. Orang lain beli barang tak pasal kita pulak kena dulukan. Hmm
ReplyDeleteAih kita yang baca ni pun rasa menyampah...amboiii suka hati jer...kalau rasa buang masa tayah a datang dik oiii...geram hihi
ReplyDeleteHmm..memang anoyying sangat ni...huhu
ReplyDeletemalas nak layan.... kalau datang cara mcm tu...
ReplyDeletekalau Bonde, Bonde suruh dia call Bos depan Bonde nak tau Bos jawab ke tak? ada ke Bos petik nama kita... suruh dulukan duit ke apa ke?
Mcmana lps masuk tu ye..adpi. geram kalau org jual mcm ni. Kita pn menjual gak. Tp ada adab
ReplyDelete